Sunday, October 31, 2010

5th Anniversary Photoshoot

Habis separuh masa saya di hari minggu ni dengan menjelajah setiap satu gambar photoshoot kitorang... Nak gi cuci and i wanna to make it one album for our 5th anniversary... Gambar ni di ambil di KTM Berhad... Jurugambarnya muda, and i juz call her Lian... So, i presenting some of the pic here...




Pic ni saja je kitorang ambil utk suka-suka... Sebagai satu lambang kebahagiaan kitorang dalam tempoh 5 thn ni... Walaupun dalam kekurangan kitorang dlm memiliki zuriat... kitorang still bahagia bersama... Acara ni jugak salah satu cara kitorang mem'positif'kan diri  masing-masing...

Lagi gambar dan cerita di bawah...

Saturday, October 30, 2010

Masalah Ketidaksuburan

Mengatasi Masalah Kesuburan dan Infertilitas
Hari ni terasa nak wat macam-macam research tentang masalah ketidaksuburan lelaki dan perempuan... Actually sebelum ni pun selalu jugak search page berkenaan dengan masalah kehamilan... Cuma kali ni rasa nak berkongsi...

Antara masalah yang timbul menyebabkan sukar untuk mendapatkan zuriat boleh di baca di link yang saya jumpa di bawah;


Keidaksuburan Lelaki : Didalam page yang saya baca di bawah ada menerangkan tentang sebab-sebab kemandulan bg lelaki, bagaimana kemandulan boleh terjadi kepada lelaki, pemeriksaan yang perlu dijalankan dan rawatannya. Nak tau teruskan dgn link ni...
http://www.ekedai2u.com/index.php/pelbagai-artikel/artikel/kemandulan-lelaki.html

Wanita Dan Kesuburan : Link ni ada menceritakan tentang bagaimana nak mengetahui waktu kesuburan, Rawatan bagi mengatasinya melalui beberapa ujian... So, bacalah...
http://www.mengandung.com/newsletter/

Kenali Petanda-Petanda Awal Masalah Kesuburan :
http://www.mudahhamil.com/blog/sukar-hamil/kenali-petanda-petanda-awal-masalah-kesuburan/

Friday, October 29, 2010

Ke Klinik Datin Dr Mimin

Rabu, 20 Oktober 2010
kawan ofis saya baru balik dr scan baby dlm perut dia di klinik pakar kat Hosp Pantai... Dr Mimin kata "InsyaAllah perempuan..", "Alhamdulillah" kata saya...
"Najah... g la mintak consultant kat Dr Mimin ni..." Kak Sarah kawan ofis saya memberi cadangan... tetiba je...

Saya tak pikir panjang, sain surat keluar 4 jam, kebetulan En Hubby saya cuti... So, petang tu saya n En Hubby pergilah ke Hospital Pantai, Ipoh dengan tujuan untuk mendapatkan colsuntancy dr Dr Mimin ni...

Swasta... Memang prosesnya sangat cepat dan mudah... Jumpa Dr Mimin, dia terus je buat perancangan utuk membantu ktorang nak dapat baby... 1st step is Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray).... Hari ke-10 selepas period... thats mean... 2 Nov 2010, hari selasa ini... sedikit penerangan tentang proses X-ray diatas;

 'Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.'  

Untuk En Hubby...
Dr Mimin mencadangkan dia membuat satu ujian yg dipanggil 'Sperm count' untuk memeriksa keadaan sperma... Sebelum ini pun kitorang dah pernah buat... 3 thn lepas... And... semuanya ok... termasuk saya... Ujian & rawatan sebelum ni semuanya di hospital kerajaan, HSI di Johor... Selama 2 tahun saya dan En Hubby saya buat rawatan kat sana... tiada hasilnya... Apa yg Dr di sana bagi tau adalah anda berdua tiada masalah...

So... tunggulah 2 Nov ni untuk Ujian Hysterosalpingogram (HSG)... And the next prosedur...

P/S: takutlaaa....


Thursday, October 28, 2010

Satu Permulaan

Nilah permulaan saya dalam penulisan blog... Blog yang akan berkisar tentang kehidupan saya n En saya dalam melaui kehidupan... So, far... kitorang dapat meng'handle' rumahtangga kitorang... Gaduh... tulah perkara paling best dalam kehidupan kitorang... hahaha... like it very much... sakit2 hati... pastu baik semula...

Kitorang kahwin masa saya umo 24 n En saya umo 26 thn... masa tgh tulis ni umo saya 29 (muda lg kot)... Masa kawin tu saya still study in bachelor degree... tp my En. dah keje masa tu... So... We all PJJ* la... Sampailah habis wat degree tu... saya sambung plak master degree (wajib oleh kementerian)... PJJ lg... After that... abis je Master... kenela posting kat Perak ni... PJJ lg... Sampilah 1 Dec 2010... My En Hubby dpt la keje kat Perak... Kawin 27 Mac 2005... So, total PJJ kitorang plus minus 5 thn la kan...


Gambar Kahwin Kitorang (27 Mac 2005)


Anak... Nur Ain... Zuriat...
Apa yang dinantikan oleh setiap org yang berkahwin... tp Allah itu maha mengetahui akan segalanya... Rezeki utk kitorang memiliki cahaya mata belum tiba... walaupun macam2 perkara dah dibuat... berurut... hosp kerajaan... 2 thn buat rawatan... Doc kata... 'u n ur husband ok... x der apa-apa masalah... so lps ni kita cek darah... bla2..." pastu macam2 ubat dah mkn... termasukla Biodex... yang ya ampun mahalnya... masih belum ada gak rezeki...

Apa yang kita 2 orang buat...
bagi mengisi kekosongan hidup... my En hubby penuh dengan xtiviti amal ibadahnya... si Pn isteri ni plak... agak degil ckit... tp syukurlah dpt suami mcm En Hubby ni... Alhamdulillah... Bimbingannya dlm beribadah sgt kuat...

Lagi kita 2 orang buat...
Berjalan-jalan... pantang En Hubby cuti sabtu ahad... Confirm... x duduk rumah... berjalan ke sana sini... nanti saya akan masukkan semua tempat2 yang kita 2 orang pegi... Suka cari makan... Cari pasal... x dok eh...

Okla... Nanti saya masukkan cerita kita 2 orang lagi...

*PJJ - Perkahwinan Jarak Jauh