Sunday, January 30, 2011

.:Bahagian 4 - Ujian DariNya Buat Yang Mampu Sahaja:.

Kesedihan kawan saya yang saya kongsikan, mempunyai hikmah dari sudut pandangan saya. Allah tidak memberikannya semata-mata yang buruk sahaja. Jika dilihat, Allah menganugerahkannya dengan zuriat yang merupakan harta yang tak ternilai di dunia ini. Allah memeberikannya zuriat yang mana Nabi Zakaria memohon untuk mendapatkannya berpuluh tahun. Bersyukurlah wahai sahabatku.

Sesungguhnya Allah menunjukkan kasih-sayangNya dengan ujian-ujian yang diturunkan kepada hambanya, seperti sakit yang kita hidapi, manusia yang tidak pernah sakit dan tidak ditimpa musibah ialah Firaun. pPikir-pikirkanlah.

Di lihat dari sudut kedekatannya dengan Allah s.w.t, dia lebih beruntung, dengan masalahnya itu, menjadikan dia lebih banyak beribadat. Banyak juga melakukan solat-solat sunat, hanya untuk memohon akan petunjuk dari Allah, memohon untuk Allah membuka hati suaminya ke jalan yang benar, memohon kepada Allah Supaya mengampunkan dosa-dosa suaminya. membuatkan dia lebih banyak berzikir mengingati Allah. Sedangkan orang lain lupa, alpa dan terlena dibuai nikmat yang Allah berikan kepada mereka. Bersyukurlah kau sahabatku.

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasullullah s.a.w bersabda,

"Seorang wanita yg mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kpd suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya." (HR Abu Nuaim)

Maka, sahabatku, ketaatan kamu kepada suami selagi tidak melanggar hukum islam, memudahkan kamu mendekati Jannah! Allah telah memberikan peluang itu kepada kamu. Tapi dalam keadaan yang tertekan dan marah takut pula akan terjadinya derhaka, maka bersabarlah. Namun tak saya nafikan, sedangkan dalam keadaan biasa seorang isteri sering terlupa akan batasannya. Saya mendoakan yang terbaik buat dia dan suaminya, semoga Allah memberikan dia jalan yang sebaik-baiknya. Ingatlah ujian yang Allah beri itu adalah ujian yang mampu ditanggung oleh kamu!

~Wallahualam~

Monday, January 24, 2011

.:Bahagian 3 - Ujian DariNya Buat Yang Mampu Sahaja:.

Cerita sahabat saya, saya dengari lagi, katanya, dia begitu terasa dengan kata-kata suaminya bila dia menutup grill dengan bunyi yang agak kuat, memang salah dirinya, katanya. "Ko ingat ni rumah ko!", itu kata suaminya bila grill tu ditutup. Dia kata, memang betul pun kata suaminya, tiada satu sen pun duit dia dalam rumah tu, semua duit suaminya.

Ya Allah, mengucap saya, "Itu memang tanggungjawab suami ko pada ko...", ujar saya. Apa yang suami dia tanamkan pada dirinya memang berkesan! Sebab dia pernah cerita bahawa suaminya pernah berkata yang saya terjemahkan seperti ini, si suami menganggap yang si isteri tak membawa keuntungan kepadanya, kerana dia sahaja yang keluarkan duit, si isteri tidak dapat mendatangkan duit! Siapakah manusia ini? Layakkah dia digelar suami? Apa yang difahaminya dengan tanggungjawab sebagai suami? Memang dia ni tak sekolah!

Hari ahad yang lepas, family kandungnya datang melawat, suaminya hanya menunjukkan muka yang masam dan tidak bertegur dengan ibu dan bapanya. Bagi saya itu adalah sangat biadab! its to much! Tak tau langsung menghormati orang tua. Sebelum ini pun sahabat saya pernah bercerita tentang kekurang hajaran suaminya kepada bapanya, tapi saya tak dapat nak ingat dengan baik apa ceritanya, yang saya ingat memang dia ni tak bermoral.

Luahan perasaan sahabat saya, saya dengar dengan hati yang bengkak. Kalaulah membunuh di dunia ini tidak berdosa, maka, saya akan menjadi pembunuh. Terkenangkan kegembiraan kami bersama dari kecil, membesar bersama sahabat saya ini, membuatkan hati saya sedih. Dia gadis yang cantik, yang digilai ramai ke mana pun dia pergi. Jodohnya, dengan suaminya ini. Mungkin ketika ini sahabat saya, hanya nampak hartanya, sifatnya ketika itu, pengaruh suaminya, ataukah sahabat saya di... Wallahualam.

Tapi berbeza sungguh si suami semasa belum berkahwin dengan sahabat saya ini, walaupun ketika itu saya memang agak tidak bersetuju dengan jodohnya ini. Kerana saya melihat dari segi pegangan agamanya, solatnya. Saya tak senang hati. Tapi siapa saya untuk menghalang jodoh yang ditentukan olehNya. Sebelum kahwin, suaminya sangat baik terhadap family sahabat saya. Memang selalu datang rumah sahabat saya bertemu dengan ibu bapanya, menolong segalanya yang boleh ditolong! tapi memang hampeh! Semuanya lakonan belaka!

Teringat saya akan majlis merisik mereka, hari yang cantik itu tiba-tiba turun hujan batu! Allahuakbar, memang tak pernah turun hujan batu sebelum ini di perkampungan itu, detik hati saya adakah ini satu petanda? Doa saya agar semuanya baik sahaja. Dihari pertunangan, ribut melanda sehingga tercabut pokok durian, luruh gugur semua buahnya yg baru berputik, hilang daunnya di bawa angin mengganas. Detik hati saya, adakah ini petanda?

Di hari perkahwinannya, awan hitam mula berarak, tapi berkat doa seorang ibu dan ayah agaknya, Allah menjadikan cuaca cantik semula. Malangnya di hari perkahwinan di sebelah lelaki, rombongan pengantin perempuan yang kebiasaannya akan bersama-sama menjamu selera bersama pengantin (kat johorlakan), dibiarkan begitu sahaja, hanya dijemput menjamu selera di atas rumah, bukan bersama pengantin, membuku hati saya ketika itu sebagai sahabatnya, sedih melihatkan ibu bapa dan saudara terdekatnya yang termanggu-manggu duduk di sofa dan lantai beralas permaidani dan tikar getah, menanti hidangan yang baru dicedok dari periuk di bawah khemah. Bukan makanan cantik seperti makanan untuk makan beradab.

Tau tak hidangan makanan beradap yang terhidang cantik di meja pengantin tu untuk siapa? Untuk gang-gang si suami, cina, india dan entah siapa lagi yang confirm bukan saudara-mara pengantin perempuan. Kemudian abang ipar pengantin perempuan membisikkan di telinga suami saya, ada minum-minum kat bawah. Allahuakbar, Tuhan sahaja yang tahu ketika itu. Apa saya nak kata? Apa saya nak buat? Hanya Allah yang mengetahui akan segalanya. Semua saudara-mara pengantin perempuan hanya berdiam diri. Dan menambah kesadisan di malam itu, pengantin perempuan diserang histeria! Kata 'dukun' si suami, ada orang nak kenakan suaminya, tapi kene pada isterinya. Hurmmmmm.

Itu kisah dulu dan kisah semalam, sahabat saya berharap akan ada perubahan nanti, sentiasa berharap agar Allah memberi petunjuk kepada suaminya, dia berdoa dan terus berdoa. Dia sering juga dengan sengaja membiarkan sejadah terbentang, dengan sengaja meletakkan buku agama di sebelah tempat tidur suaminya, dengan sengaja memasang cd ceramah agama, dengan harapan dapat membuka pintu hati suaminya.

Katanya, di sebalik apa yang saya lihat 'jahat' ada juga kebaikan dari suaminya, tidak semuanya 'jahat', kerana suaminya masih menyediakan makan pakai yang cukup untuk anak-anaknya. "Untuk ko? dia bagi?", soal saya, "ada...", lambat dan teragak-agak. Kemudia dia menyambung, "Masa nak bersalin tu memang aku tak ada duit langsung kat tangan, sekarang adalah... 20 ringgit, takpelah, aku bukan nak beli apa pun", Aduh! Sakitnya hati saya, penuhnya air di mata saya yang menanti untuk tumpah, yang saya tahan demi tak nak menambahkan kesedihan di hatinya.

Dan sehingga saya menulis ini, suaminya masih tidak mahu bercakap dengannya sejak dia balik dari berpantang anak ke dua di kampung, yang mana perginya tidak berhantar, baliknya tidak berjemput. Saya menasihatkan dia agar terus sahaja bercakap dengan suaminya, walaupun ketika ini, dia seperti bercakap dengan dinding batu-bata yang sedang beku, kerana jika tidak saya takut dia tidak mentaati suami, atau bahasa mudah derhaka kepada suami.

Saya juga menasihatkan agar cuba muhasabah diri, lihat kesalahan diri sendiri, biar berat dugaan di duni, semoga ringan di akhirat kelak, dengan harapan kata-kata saya ini sedikit sebanyak dapat meredakan keresahan hatinya. Kerana itu sahaja yang saya mampu untuk menolongnya, dengan nasihat saya, walaupun nasihat itu pahit di lidah saya.

BAHAGIAN 4 : HIKMAHNYA

.:Bahagian 2 - Ujian DariNya Buat Yang Mampu Sahaja:.

Luahan perasaan kawan saya itu membuatkan saya teringat peristiwa-peristiwa yang lepas, bermula dari mula perkahwinannya, 3 bulan usia perkahwinan adalah bulan madu bagi pasangan suami isteri, tapi tidak dia, dia didatangi ujian yang bukan sedikit, tetapi hebat bagi saya. Saya sebagai wanita jika menerima ujian sebegitu, saya tak akan sanggup untuk menerima suami sebegitu.

Melihat video suami sendiri dengan wanita lain, boleh membuatkan hati saya hancur lebur, berkecai-kecai, tak dapat digambarkan. Tapi dia boleh memaafkan suaminya (mungkin tak dapat lupakan). Meneruskan perkahwinannya hingga hari ini. Benci juga saya dengan sikapnya yang begitu, tapi saya tak berada ditempatnya, dan tak tahu apa yang dipikirkannya.

Tau tak macamana suaminya meminta maaf? Pada saya dia memang tak tahu hukum agama atau baginya berzina itu hanyalah dosa yang sangat kecil. Dia hanya minta maaf begitu sahaja, malah sebelum itu sempat mengungkit pelbagai masalah yang di buat oleh si isteri, yang pada hemat saya hanya untuk menutup kesalahannya yang seumpama bangkai gajah itu dengan sehelai daun rambutan!

Sedihya saya bila teringatkan ceritanya bahawa dia pernah keguguran untuk kandungannya yang pertama, tapi yang amat menyedihkan, suaminya tiada disisi, sibuk dengan bisnesnya, hanya ibu bapanya sahaja yang menemaninya. Sehinggalah dia keluar dari hospital.

Menunggu kehadiran cahaya mata memang indah buat bakal ayah dan ibu. Memang dia gembira, tapi diselubungi keperitan yang saya tak tau nak ungkapkan, tapi melihatkan dia, saya memang sangat kagum kerana masih boleh melalui harinya dengan tenang. Tak taula dalam hatinya bagaimana.

Dia pernah dilempang oleh suaminya ketika dia mengandungkan anaknya yang sulung, nasib sempat disambut oleh bapa kandungnya. Kalau tak, saya tak tahulah apa yang akan terjadi. Jika difikirkan semula, betapa beraninya si suami melempang si isteri di dalam rumah tempat tinggalnya dari kecil, di hadapan ibu bapa yang menjaganya, yang mengasuhnya dengan penuh kasih sayang, yang memberinya kehidupan yang sempurna.

Di manakah pula keberanian si bapa ketika itu? Terkesima.... Hanya mampu menghalau si menantu keluar dari rumah. Namun selepas itu, si menantu datang dengan membawa pelbagai buah tangan memohon maaf. Huh! Memang menyakitkan hati saya!

Pernah dia mengadu setelah melahirkan anaknya yang sulung, suaminya menyatakan bahawa kasih sayangnya hanya untuk anaknya sahaja sekarang, dan kerana anak itulah dia suaminya masih bertahan dengannya, apa yang mampu dia katakan? Hanya air mata yang tumpah sebagai tanda luahan hatinya. Sedangkan semasa ankanya di dalam kandungan tiada perhatian di beri. Itu yang pertama, yang ke dua lagilah, dia seorang sahaja yangmenangani anaknya, yang membesarkan anaknya, kasih sayang suaminya hanya dinilaikan dengan wang, umpamanya membayar gaji seorang pembantu rumah, yang perlu menjaga makan pakai si anak.

Si suami juga pernah mengeluarkan ayat lebih kurang seperti ini semasa anaknya yang pertama masih di dalam kandungan "Nasib ada anak tu... kalau tak dah lama dah...", apakah perumpamaan yang boleh diberikan kepada lelaki seperti itu?

BAHAGIAN 3

Sunday, January 23, 2011

.:Bahagian 1 - Ujian DariNya Buat Yang Mampu Sahaja:.

Semalam, seseorang yang amat saya kenali mengadu nasibnya kepada saya, katanya, dia dah tak tahan dengan keadaan rumahtangganya. Dia tak tau nak buat apa dengan perkahwinannya yang semakin suram walaupun usia perkahwinan baru mencecah 3 tahun. Suaminya bersikap dingin dan tidak ambil kisah. Mempunyai 2 orang anak yang comel sepatutnya memberikan kebahagian kepada pasangan suami isteri, tetapi tidak baginya, tanggungjawab menjaga anak diserahkan bulat-bulat kepadanya.

Walaupun dalam keadaan sarat mengandung anak ke dua, dia terpaksa sendirian pergi membuat checkup, ops, bukan sendirian tapi membawa bersama anak pertamanya yang berusia setahun lebih, bayangkanlah macamana keadaan dia menangani semua ini. Suaminya hanya memenuhi tanggungjawab yang berupa kewangan, mungkin suaminya menganggap wang boleh menyelesaikan semua masalah.

Alasan si suami selalunya adalah kerana kerjanya yang tidak menentu, suaminya bekerja sendiri, yang memebuatkan dia tak ada masa untuk keluarga. saya sendiri tak habis pikir, apa yang dia buat sampai 2 - 3 pagi duk dalam kebun? Mungkin menjaga kebun dari dicerobohi (positif).

Kelahiran anak kedua tidak dihadiri oleh si suami, walaupun dalam keadaan pantang, suami hanya datang menjenguk 2 -3 kali, tu pun tanpa huluran tangan untuk membantu isteri yang di dalam pantang, bukan anak nombor dua je si suami bersikap lepas tangan, tapi dari anaknya yang pertama lagi, secara positif thinking, maybe si suami tak reti menunjukkan rasa kasih sayangnya kepada isteri dan anak-anak.

Walaupun begitu, suaminya masih melengkapi keperluan harian mereka, cumanya, keadaan si suami yang suka marah-marah dan bersikap dingin membuatkan jiwa mudanya tertekan. Menjadi ibu di usia muda dengan ujian sebegini memungkinkan seseorang bersikap di luar batasan. Alhamdullillah tidak dengan dirinya. Allah menjadi tempat dia mengadu nasib.

Di akhir bicara kami malam tadi, dia berkata, dia tak boleh tinggalkan suami dia dalam keadaan macam ni, walaupun 3 tahun menderita, sebab dia kesian dengan keadaan suaminya yang tiada landasan agama. Jika disenaraikan dosa besar yang telah dilakukan, hanya membunuh sahaja tiada dalam senarai.

Dia juga takut sekiranya berlaku penceraian, suaminya akan merampas kedua-dua anaknya yang selama ini dijaga dan di belai sepenuhnya oleh dirinya. Inilah yang paling ditakuti olehnya sebagai isteri dan ibu.

BERSAMBUNG BAHAGIAN 2

Saturday, January 22, 2011

.:Berhenti Berfikir, Bukan Berhenti Berdoa:.

Semalam saya membelek-belek entry dalam blog saya yang jumlahnya sangatlah ciput ini, pastu barulah saya perasan post saya sekarang semuanya tentang tempat-tempat yang kitorang pergi, kedai makan yang kitorang terjah, tentang aktiviti yang kitorang buat... Tak der pun post tentang rawatan untuk mendapatkan babykan... yang mana asal pembinaan blog saya ni bertujuan berkongsi masalah saya tentang mendapatkan zuriat...

Buat masa ni saya akan berhenti seketika membuat post yang berkaitan dengan zuriat, kitorang tak nak berfikir tentang masalah ni untuk masa ini, tapi tak bererti kami sudah berhenti berharap atau berputus asa... Cuma nak berehat seketika, lagi pun rawatan seterusnya akan di jalankan bulan April nanti... Tapi, kami akan terus berdoa semoga Allah memberikan jalan mudah buat kami....

Harapan saya, mak, abah, mak mentua, abah mentua, adik-adik saya, adik-adik ipar saya, rakan-rakan saya, dan pembaca blog saya sentiasa mendoakan agar suatu hari nanti Allah akan memakbulkan doa kitorang...

Kepada mereka yang selalu menyoal saya "bila nak dapat anak" jawapan tu tak bocor lagi, Allah simpan sebaiknya... Yang saya tahu, sememangnya ada hikmah di sebalik semua ini...

Jadi bagi mengelakkan saya dari terus berfikir yang boleh membuatkan saya bersedih, maka saya pun membuatlah post yang happening... yang gumbira-gumbira... yang menggumukkan... hahahahaha... Apapun saya harap post2 saya tu sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mencari info yang seangkatan dengan entry dalam blog saya.. Saya akhiri celoteh saya dengan serangkap pantun... ececeh...

Jalan-jalan di tepi paya,
Sambil mengutip si daun pandan,
Bila membaca di blog saya,
Ambil yang baik jadikan teladan....

Manis sidara berbaju kebaya,
Bermain selut mencari lokan,
Bila membaca di blog saya,
Apa yang buruk sila buangkan... 

Wednesday, January 19, 2011

.:Movie Time ~ Khurafat:.

Semalam saya dan hubby meronda-ronda Ipoh (5 kali seminggu)... Hehehhe... Almaklumla... Kitorang nikan almost in honeymoon mood... Sebenarnya niat asal adalah nak melunaskan tekak my hubby yang mengidamkan domino's... Dijadikan cerita, sayalah yang kene belanja makan sebab Hubby telah berjaya menyelamatkan setongkol emas yang saya paki di jari manis daripada selamat di dalam lubang tandas.. huhuhuhu... Terima kasih tak terhingga buat suamiku tercinta ini... hahahahaha...


Okla... Lepas tu tempat biasa yang wajib pergi ialah Jusco...  Sebab Jusco jelah Shopping Mall yang best selain Ipoh Parade. Jalan punya jalan, hubby terjumpa ngan kawan dia yang baru je habis menonton wayang bertajuk "khurafat" tu... Kawan dia kata best cerita tu... Sebelum tu memang dah berangan dengan sorang office mate ni nak tengok "khurafat" yang digembar-gemburkan sebagai best...

So, kitorang yang telah 87.8% terpengaruh ni pun, belilah tiket (saya kene belanja, sebab peristiwa cincin)... kebetulan ada plak kan... waktu 9.50 pm. Kami pun tengok la.... Walamakkkkkkkkkk... Fuyooooooooooooo... Adusssssssss... Wargggghhhhhhh... Memang menakutkan cerita tu... Waktu tayangan taklah lama, lebih kurang sejam lebih sikit... Tapi saya rasa macam lama gila... Rasa nak keluar je... Memang seram cerita Syamsul Yusoff ni... good job...2 thumds up  untuk 1st filem seram dia...

Saya ni jenis yang kurang penakut, kalau tengok cerita hantu, boleh gelakkan lagi hantu yang keluar sebab rasa kelakar... Terutama Ju-on... hahahahha... Tapi cerita ni.. seriously menakutkan or lebih tepat banyak adengan yang memeranjatkan.... Lagi-lagi masa si Syamsul kendong mayat tu dlam hutan lepas kemalangan... huhuhuhuhu... Sebenarnya saya tak dapat nak menonton filem tu 100%, sebabnya lebih banyak menutup muka berbanding tengok .... hahahahaha... sebenarnya jalan cerita dia sangat ringkas.. tapi aksinya memang padat...

Tu pendapat saya, nak tau pendapat hubby saya... Maybe ni suara lelaki kot... "la... Nak takut apa... biasa je cerita tu... tak takut pun... Yang awak jerit-jerit ni kenapa?", huh... dia nak samakan dia dengan saya... mana boleh... Tak pela tu pendapat dia.. yang penting nak jerit jugak.. cover keseraman yang berlaku dalam diri...
Massage cerita tu... sangat simple, jangan melakukan benda-benda yang khurafat, yang bertentangan dengan agama islam... Akibatnya hidup tidak senang di dunia, kalau terlepas di dunia, pasti tidak akan senang di akhirat, kerana janji Allah itu pasti... Yang perlu kita percaya hanya 1 sahaja.. iaitu Allah s.a.w...

P/S: Cerita ni sekadar pandangan saya sebagai penonton.....

Saturday, January 15, 2011

.:1.1.11 ~ Coconut Shell Cave Adventure:.


Merupakan gua batu kapur yang berumur 400 juta tahun, terletak di Lembah Tempurung, Gopeng, Perak. Nama tempurung adalah disebabkan oleh bahagian atasnya yang menyerupai tempurung (tak dapat amik gambar, tak terang). Memang best gua tempurung ni, banyak package boleh ikut.


Disebabkan saya dan My Hubby sampai dah petang, maka dapat ikut package pertama je, iaitu Tour 1 ~ RM 6. Tour ni kira penat gakla, dalam 45 minit, turun naik tangga, oh ya! Gua ni dah siap ada tangga, jadi senanglah nak menjelajah. Tour guide akan bawak satu group jalan dalam gua melalui platform yang telah disediakan, dia jugaklah yang kan tunjukkan beberapa bentuk yang telah membentuk dalam gua ni, antaranya bentuk muka kucing, ikan, kepak rama-rama, dan macam-macam lagi bentuk yang ada.


Memang letih tau... Bukan letih sebab apa, sebab banyak tangga nak kene mendaki. Package Gua tempurung ni ada 2, Package 1 tu ikut tangga je, Package 2 ( Wet Tour)best & adventure, sesapa yang sukakan sesuatu yang adventurous, cubalah kat gua ni. Bagi saya dan My Hubby, package yang ditawarkan memang best, cuma kitorang tak ada masa nak pergi je yang wet tour tu... Tungggguuuuuuu... Akan kami jelajahi jua...

                    

******************************************************************
***************************************************************
CATWALK TOUR (Platform Dry Tour)

TOUR 1 (Golden Flowstone) ~ Paling senang tetapi menarik, tempoh 40 min, dari pintu masuk hingga platform 3 (separuh gua je), balik ikut jalan yang sama, waktu dia dari pukul 9.00 am - 4.00 pm. Harga dewasa RM 6, Kanak-kanak RM 2.50 (6-12 thn), warga emas RM 3.00 (60 thn ke atas)

TOUR 2 (Top Of The world) ~ Minimum 5 orang, tempoh 1 jam 45 minit, dari pintu gua hingga platform 5 dan balik ikut jalan yang sama, waktu dia 9.00 am - 3.00 pm. Harga dewasa RM 9, Kanak-kanak RM 4.50, Warga emas RM 3.00.


CATWALK AND RIVER ADVENTURES (Wet Tour) - Minimum 8 orang

TOUR 3 (Top Of The World & Short River Adventures) ~ A challenging tour, dalam masa 2 jam 30 minit, jarak lebih kurang 2.4 km iaitu bermula dari pintu masuk ke golden stone dan balik melalui jalan underground river. waktu dia dari pukul 9.00 am - 12.00 pm. Dewasa Rm 11, Kanak-kanak RM 6, Warga emas RM 6.

TOUR 4 (Grand Tour) ~ Exiting & challenging, masa 3 jam 30 minit, penjelajahan lebih kurang 3.8 km bermula dari pintu masuk hingga ke penghujung gua, dan balik melalui sungai. waktu dari 9.00 am - 11.00 am, harga dewasa RM 22, Kanak-kanak RM 11, Warga emas RM 6.

*Untuk Tour 3 dan 4 hendaklah membawa lampu picit dan pakaian untuk persalinan.

***************************************************************
******************************************************************

So, kitorang dah pergi untu Tour 1, lepas ni kitorang rancang nak pegi yang Tour 4... Saper nak ikut, jomla! Its must be exiting & challenging & interesting!



::Kunjungi www.guatempurung.com untuk keterangan yang lebih lanjut:: 

Thursday, January 13, 2011

.:Makan Time ~ Restoran Tasik Raban:.

Nampaknya nilah entry paling sedap pertama yang saya masukkan... makanya, ini adalah group entry yang baru dan sedap, tentang makan! Yummy.. yum.. yum.. So, untuk entry pertama tentang makan ni, saya nak cerita pasal Restoran Tasik Raban. Restoran ni ada 3 cawangan rasanya kat Perak ni... Tapi yang memenuhi tekak diva saya ni ialah restoran yang betul-betul terletak di Tasik Raban, Lenggong. Tepi highway je, jalan nak ke Gerik. satu lagi terletak di Ipoh, dekat dengan stadium.


Apa yang sedap kat sini? ha moh sini si tekak diva nak bagi tau... Ikan bakar dia paling saya suka, sedap, ada banyak jenis, tak ingat, tapi saya suka talapia... Masyukkkkkk.. Dengan dia punya rencah ikan bakar tu, memang ngamlah... kalau saya makan dengan en suami saya tu, cukuplah dengan nasi, ikan bakar, ulam, tempoyak + sambal belacan, tak pun air asam dia... fuiyooooooo... marvelous!!!


Harga dia? Ha.. Boleh tahanla... Pada saya ia berpatutan bila compare dengan rasa, kebesaran ikan tu memangmantop!!! Yang kat atas tu seekor dalam RM 28. Selalunya kalau saya & En suami makan, nasi 2 pinggan + ikan bakar + ulam-ulaman (1 pinggan penuh) + aneka sambal + air yang sedap-sedap = RM 35 - 38. Tak pernah lagi over RM 40.


Yummy... Yum.. Yum.. Ha... Ni namanya kerabu perut, sedap, pendek kata dan panjang pun turut berkata-kata, kat sini memang sedap. Bukak waktu tengah hari sampai pukul 4 petang.
 So, camana? Sedap tak? Nak tau mohle ke Perak!!! Rasa yong, jangan tak rasa, makan Yeop, jangan tak makan... Memang sedap hingga menjilat jari (sunah nabi tu). Tapi kan, lupa nak amik gambar lauk-pauk dia yang lain, yang beraneka jenis, sampai ikan pekasam pun ada... Andaian saya ada dalam 30 jenis lauk-pauk yang boleh di makan, yang tak boleh makan pun ada... Makanan palsu sebagai hiasan!

SELAMAT MENCUBA! SELAMAT MENCEKIK! SELAMAT MELANTAK!
yang penting memang sedap di tekak diva saya!

.:Gunung Lang, Perak:.

Salam semua...
Hari tukan saya dah masukkan entry pasal Kellie's Castle, ni adalah lawatan sekali dengan Kellie's Castle tu... Jalan-jalan cari ilham... wah! ilham konon! ilham apa pun tak tau... Pada hal, memang kejenye bejalan je. Tapi apa pun best jugak perak ni sebenornye, banyak tempat boleh tengok, pastu bolehla saya nak komen best ke tak best.



Secara umumnya, boleh dikatakan best, bagi mereka yang nak mencari kelainan, Gunung Lang ni ada sejarahnya sendiri, kiranya macam satu pulau, nak ke pulau satu lagi tu kenelah naik bot dalam RM 4... Pemandangan boleh tahan...

 

Hah! ni air terjun buatan kot rasanya, sebabnya, dia macam satu tunggul batu yang mempunyai air terjun.. Tak boleh mandi-manda ye kat sini, tempat orang yang bercintan-cintun bolehla.. (yg halal je yer...).


Tempat ni tak berapa ramai orang, tapi ada orang... Masa ni adalah satu pasangan pengantin yang buat photoshoot... Pada sesiapa yang sukakan gunung-ganang dan kehijauan alam, bolehlah datang sini.




Perwira gagah perkaasa yang tengah bercekak pinggang tu, bergambar dekat rumah 'akar', ni nama saya cipta sendiri... hahahaha... Sebabnya dalam pondok ni semua akar, daun-daun dia ada kat atas bumbung... Wirawati yang cute tu pulak, kat rumah kayu yang ada 2 -3 bijik kat kawasan gunung ni...


Ni salah satu menara yang ada kat kawasan gunung ni, sayangnya penyelenggaraannya sangat kurang, harap kerajaan negeri perak tidak mensia-siakan apa yang ada... Kepada pembaca, jomlah cuti-cuti malaysia di Perak, banyak tempat menarik (macam duta pelancongan negeri Perka je aku ni), nanti saya cerita lagi... Selamat berjalan!!!

Wednesday, January 12, 2011

.:Intra Uterine Insemination ~ IUI:.

Setelah 5 hari 5 malam membuat research tentang IUI maka... Kali ini entry saya berkisar dengan IUI, bukan apa dah alang-alang membaca dan membuat sedikit penyiasatan (ala-ala Detective Conan), rasa macam nak tulis plak, ini kesimpulan dari semua pembacaan saya tentang IUI... Video kat bawah ni dah bleh faham dah...


IUI ialah...
Intra Uterine Insemination, bahasa malaysianya 'Permanian Dalam Rahim' iaitu sperma akan dimasukkan ke dalam rahim melalui serviks dengan menggunakan tiub kecil, maka persenyawaan akan berlaku di dalam rahim dengan sendirinya ~ ni kira shortcut la, sperma tak payah berenang jauh2... hehehehe...

Sperma tu pulak akan dibersihkan/ dicuci (sperm washing)terlebih dahulu bertujuan untuk memilih sperma yang sihat dan active. Untuk IUI ni sperma yang diperlukan sekurang-kurangnya 5 juta, tapi untuk peratus hamil yang lebih tinggi, 20 juta ke atas adalah yang terbaik...

IUI ni di buat pada hari ovulasi, jadi doktor kene kiralah...

Peratus Kejayaan IUI...
Tanpa menggunakan ubat kepada isteri, peratusnya sangat kecil, lebih kurang 6% sahaja (huhuhu... kecik giler). Tetapi sekiranya penggunaan ubat yang boleh merangsang folikel, peratusnya ialah 30%. Tapi, jumlah sperma yang kurang boleh mengecilkan peluang kehamilan, secara puratanya, peratus untuk hamil ialah 15% - 20%.

Nak sembang & Tanya pendapat yang berpengalaman..
Daripada ruangan ni http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=13306 , kat sini pun bleh http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-167815-page-87.htmlbanyak pendapat tentang peratus kejayaan IUI ni... Pada saya apa yang penting usaha, rezeki kita tak tau kan...


Pembaca sekalian, kitorang amat mengharapkan doa anda supaya segala urusan kami dipermudahkan... Mana tau ada rezeki kami dengan usaha ini... Amin...

P/S : Nak tau dengan detail bleh tengok kat laman web di bawah ni...

Wednesday, January 5, 2011

::Next Treatment::

Allahuakbar... Subhanallah... Hanya Allah yang mengetahui akan segalanya, akan apa yang dirancangkan, sebagai manusia, saya hanya mampu berusaha... Kata orang usaha tangga kejayaan... Kalau dulu saya berusaha untuk dapatkan degree, pastu master... Kita tau usaha kita tu akan berhasil... tau limit nya, 4 tahun lg grad, 1 tahun setengah lagi dapat master... sekarang ni usaha saya kabur di hujung jalan... tak tau bila... Suami saya kata "Percayalah pada percaturan Allah s.a.w".

Berbalik pada treatment saya, ikutkan rancangan awal doktor, bulan Jan ni saya akan memulakan IUI, tapi, manusia hanya merancang, atas nasihat doktor, kami memilih untuk buat pada bulan April nanti... Sebabnya, ada sedikit problem pada kami berdua... Problem apa... Hahahaha... Nak secret la kat sini... Tapi yang penting ada problem... Sekarang ni tengah tunggu satu lagi keputusan daripada doktor... Hope semuanya ok...

Dalam hati saya sekarang hanya berdoa semoga Allah mempermudahkan jalan kami... Kadangkala saya rasa pasrah dengan semuanya... Malas nak pikir...

Our next plan is... getting adopted child... Ada sesapa tak nak bagi baby tak... Saya nak yang baru lahir... Lelakila kalau boleh, perempuan pun boleh (tp sy sendirilah yang kene jadi ibu susuan)... Lagipun kan sekarang ni my sister baru melahirkan anak... so, blehla numpang jadi ibu susuan... hehehehehe... Banyak songel...

Chyok... Chayok... dont worry be happy!


Saturday, January 1, 2011

.: Welcome 2011 - Semoga Mahmudah Menjadi Hiasan Hati:.

HAPPY NEW YEAR 2011!!
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih membenarkan saya menghirup udara di bumi yang aman (dalaman x tau, luaran nampak aman) di tahun baru 2011 ini. Terima kasih kerana masih membenarkan saya menggunakan semua anggota saya dengan sebaiknya. Terima Kasih juga kerana memberikan segala kebahagiaan kepada saya dan suami saya. Alhamdulillah atas segalanya...

Saya berdoa semoga tahun 2011 ini memberikan saya lebih kekuatan untuk mengharungi segala liku yang akan dilalui, semoga Allah memberikan ketabahan dan kesabaran yang semakin bertambah, juga meningkatkan keimanan saya. Berdoa juga dimakbulkan segala doa yang belum dikabulkan sebelum ini. Harap boleh menjadi insan yang lebih positif...

Satu lagi, nak jadi isteri yang solehah! Kurang melawan (aduiiii)... Nak buang ego (ish... ish...)... Nak kurangkan perasaan sakit hati (wahahaha)... Nak jadi isteri yang pandai mintak duit banyak2 (kuang... kuang.. kuang..)... hehehehehe...

 Secara kesimpulannya azam tahun ni ialah;

Semoga dilindungi daripada segala sifat Mazmumah, semoga Mahmudah menjadi hiasan diri dan hati....

Good Bye 2010!!