Friday, October 29, 2010

Ke Klinik Datin Dr Mimin

Rabu, 20 Oktober 2010
kawan ofis saya baru balik dr scan baby dlm perut dia di klinik pakar kat Hosp Pantai... Dr Mimin kata "InsyaAllah perempuan..", "Alhamdulillah" kata saya...
"Najah... g la mintak consultant kat Dr Mimin ni..." Kak Sarah kawan ofis saya memberi cadangan... tetiba je...

Saya tak pikir panjang, sain surat keluar 4 jam, kebetulan En Hubby saya cuti... So, petang tu saya n En Hubby pergilah ke Hospital Pantai, Ipoh dengan tujuan untuk mendapatkan colsuntancy dr Dr Mimin ni...

Swasta... Memang prosesnya sangat cepat dan mudah... Jumpa Dr Mimin, dia terus je buat perancangan utuk membantu ktorang nak dapat baby... 1st step is Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray).... Hari ke-10 selepas period... thats mean... 2 Nov 2010, hari selasa ini... sedikit penerangan tentang proses X-ray diatas;

 'Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.'  

Untuk En Hubby...
Dr Mimin mencadangkan dia membuat satu ujian yg dipanggil 'Sperm count' untuk memeriksa keadaan sperma... Sebelum ini pun kitorang dah pernah buat... 3 thn lepas... And... semuanya ok... termasuk saya... Ujian & rawatan sebelum ni semuanya di hospital kerajaan, HSI di Johor... Selama 2 tahun saya dan En Hubby saya buat rawatan kat sana... tiada hasilnya... Apa yg Dr di sana bagi tau adalah anda berdua tiada masalah...

So... tunggulah 2 Nov ni untuk Ujian Hysterosalpingogram (HSG)... And the next prosedur...

P/S: takutlaaa....


No comments: