Monday, December 6, 2010

Memelihara Kebahagiaan Rumahtangga - Bahagian 3

Sambungan dari penulisan Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood dalam artikelnya Ciri-Ciri Suami Idaman bahagian 2 dalam Solusi No. 25.


Makan Angin
Tidak perlulah makan angin jauh-jauh. Cukuplah di persekitaran kawasan yang berdekatan. Ini adalah untuk mengurangkan kos kewangan dan lain-lain. Boleh pergi makan angin di tempat yang jauh, tapi biarlah berpatutan, contohnya setahun 2 kali.


Ringan Tulang
Berusaha membuat kebaikan kepada isteri pada hari ini, kerana esok belum pasti. Peranan suami isteri tidak lagi dibahagikan dengan jelas, yang mana suami keluar mencari nafkah manakala isteri duduk di rumah menguruskan anak-anak. Keadaan pada zaman ini, isteri sudah pun keluar bekerja untuk membantu suami dari segi ekonomi.

Apabila suami dan isteri kedua-duanya keluar bekerja, mereka berdua mestilah ringan tulang dalam urusan rumahtangga. Contohnya, suami membantu isteri membersihkan rumah ketika isteri sedang sibuk memasak di dapur.


Bergurau Senda
Sudah menjadi sunnatullah, semua orang suka bergurau senda dan bergelak ketawa. Ini termasuklah gurau senda antara suami isteri. Rumah tangga yang tidak ada gurau senda akan menjadi hambar dan tawar. Suami hendaklah bijak mencari masa untuk bergurau senda untuk mewujudkan suasana yang mesra dan hangat.

Bergurau senda antara suami isteri akan menjadi ibadah kepada Allah dan di beri pahala jika dilakukan dengan niat untuk menggembirakan hati pasangan masing-masing. Oleh sebab itu, Nabi menganjurkan agar lelaki yang ingin berkahwin agar memilih pasangan yang masih gadis supaya dengannya kita boleh bergurau senda.

Walaupun demikian, suami mesti tahu membaca suasana untuk bergurau senda. Janganlah bergurau sewaktu isteri tiada mood. Rasullah SAW suka berjenaka tetapi Baginda tidak berkata melainkan yang benar. Dalam hal ini Rasullah SAW bersabda yang bermaksud: "Segala sesuatu selain zikir kepada Allah adalah permainan yang sia-sia kecuali dalam empat keadaan; seorang suami yang bergurau senda dengan isterinya, seorang yang melatih kudanya, seseorang yang berjalan menuju antara dua sasaran, dan seseorang yang melatih berenang." (Riwayat al-Nasa'i.


Gurau senda mengikut syariat
Dalam bergurau senda dan bergelak ketawa dengan isteri, suami hendaklah bijak seimbangkan antara lemah lembut dengan sifat tegas. Di samping suami merendahkan taraf sebagai seorang seorang lelaki dengan isteri, janganlah sampai kehebatan seseorang suami hilang sama sekali. Maknanya dalam bergurau itu, kehormatan suami tetap ada.

Jangan biarkan isteri mengikut nafsunya sehingga rosak akhlak, dan jangan beri peluang berlaku kemungkaran ketika bergurau senda. Suami yang bergurau senda dengan isteri secara berlebihan dan berlawanan dengan kehendak syariat, adalah lelaki dayus. Sebaliknya suami hendaklah mengawasi supaya jangan sampai isteri menguasainya sewaktu bergurau senda. Sabda Rasullah SAW yang bermaksud: "Tidak beroleh kemenangan dan kejayaan, lelaki yang diperintah oleh kaum wanita."


Ulasan Saya:
Dalam rumahtangga perlu ada toleransi, saling bertolak ansur, saling tolong-menolong... Gaduh2 dan selisih pendapat tu biasala... bak kata P Ramlee 'sedangkan lidah lagi tergigit', salah seorang perlulah mengalah, beristigfar bila rasa diri bersalah... Terutama isteri (kadang2 kan geram punya pasal x sedar suara meninggi... hehehe)... Kadang2 tu plak, tersalah gurau... Bila kita gurau, dia ingat serius, bila dia gurau kita plak ingat serius...

Ha... bila dah jadi macam ni... pegila cuti2 malaysia... bagi angin sejuk semula... Akhir kata.. tepuk dada tanya selera...
~Wassalam~

 

No comments: