Thursday, February 17, 2011

.:Kek Coklat Basah Sedap:.


KEK KUKUS COKLAT BASAH

BAHAN-BAHAN
11/2 Cawan Mentega
1 1/4 Tepung Naik Sendiri
1 Cawan Gula Kastor
1 Cawan Gula Perang
1 Cawan Serbuk Koko
1 Sudu Kecil Esen Vanila
4 Biji Telur
1 Cawan Susu Segar

CARA MENYEDIAKAN
~ Ayak tepung dengan serbuk koko
~ Pukul mentega bersama gula kastor dan gula perang hingga gebu
~ Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga kembang
~ Panaskan susu hingga suam, Tuangkan sedikit demi sedikit
~ Masukkan tepung dan serbuk koko
~ Pukul hingga gebu, tangkan dalam bekas
~ kukus hingga masak

* cawan yang nak digunakan tu, cawan yang yang orang dulu-dulu buat minum kopi, warna putih dgn piring putih tu, takpun suka hatila nak guna cawan apa, besar cawan, besarlah kek, banyakla dia.
* Boleh jugak di tuang dlm acuan kecil-kecil.

TOPING
Serbuk Koko (dibancuh dulu dgn air)
Susu Pekat Manis (Ikut suka manisnya)
1 Sudu Butter (untuk nak nampak kilat)
Tambahkan tepung jagung kalau cair sangat
MASAK ATAS DAPUR TAU!

*semua sukatan terpulang pada anda...


No comments: