Thursday, November 4, 2010

Bersyukur, Redha Dan Sabar

Selepas apa yang telah saya dan My Hubby usahakan... Saya kini berserah kepadaNya yang Esa... Kitorang saling berpesan diantara satu sama lain bila ada diantara kitorang yang mengeluh mengingatkan kepayahan dalam mendapatkan zuriat... Ayat hubby dan saya yang sering kami lontarkan ialah...

"Sesuatu yang berlaku itu tentu ada hikmahnya... Bersyukurlah dengan apa yang Allah dah bagi sekarang"

Hubby pernah kata kepada saya;
"sekiranya Allah membukakan hijab apakah yang akan berlaku sekiranya apa yang kita kehendaki di berikan begitu sahaja, pastinya kita akan bersyukur yang teramat sangat"

Dalam kitorang menantikan apa yang akan prosedur seterusnya, doa dan beberapa amalan dari al-quran kitorang amalkan... Antaranya doa Nabi Zakaria... Solat Taubat dan solat hajat... Tapi saya lebih malas berbanding hubby yang lebih istiqamah :D... Semoga Allah menjauhkan saya dengan sifat itu...


Doa nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat dan menghadapi kehidupan dalam kesabaran.

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-anbiya, ayat 89)


هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)


 
Selain dari tu kitorang banyak membaca melalui blog dan laman web berkenaan dengan amalan yang perlu dilakukan untuk mendapatkan zuriat, antaranya

Pengambilan Suplemen
Yang mana pengambilan beberapa vitamin seperti vitamin C, E, B12, Zink, Selenium dan banyak lagi yang boleh membantu meningkatkan kesuburan (ada masa nanti saya buat huraian yang lebih detail). Vitamin-vitamin tersebut juga boleh didapati melalui makanan harian kita (pasni nak serang farmasi).

Tabiat Pemakanan
Pemakanan yang tidak sihat boleh mengakibatkan kurangnya kesuburan, dalam bacaan saya pengambilan makanan laut boleh meningkatkan kualiti sperma. Manakala pengambilan kafein boleh menyebabkan kurang kesuburan kepada kedua-dua pasangan (mulai sekarang x bleh minum kafein... huhuhuhu). Satu lagi... Tembikai, boleh meningkatkan produksi sperma (wow, nak beli tembikaila...)

Perkara Yang Perlu Dielakkan
Merokok (memang patut pun, busuk), kafein (mcm kat atas), Ikan... ha ikan? sesetengah ikan mengandungi kadar merkuri yang tinggi (ikan apa x dpt cari lagi, nanti ye), tapi ikan paling baik adalah ikan salmon dan tuna (tuna ni sama ngan ikan tongkol@ikankayukan...)

Tips Untuk Lelaki
Jangan pergi sauna, jangan pakai jeans ketat, jangan merokok...


Itulah antaranya yang kitorang buat... Yang penting perlu ingat apa yang kita miliki kini dan bersyukurlah dengannya... Serta sentiasalah redha dengan setiap kehendaknya... Bersabarlah dengan setiap ujian darinya... Sesungguhnya ujian itu adalah tanda Dia tidak melupakan kita sebagai hambanya...

P/S: Nanti nak cerita pasal hasutan syaitan dalam otak saya... hehuhahehaha



No comments: