Post ini adalah hasil penulisan Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood dalam artikelnya yang bertajuk Ciri-Ciri Suami Idaman Bahagian 2 di dalam Majalah Solusi Isu No. 25, m/s 83-84
Memanggil Dengan Panggilan Manja
Panggilan terhadap isteri memainkan peranan penting dalam mengikat hati suami isteri. Panggilan juga menunjukkan tahap kemesraan antara suami isteri. Misalnya seseorang yang memanggil isterinya dengan panggilan nama atau panggilan "maknya", "awak" dan lain-lain yang seumpamanya, sudah tentu berbeza implikasinya berbanding dengan panggilan "darling", "yang" dan seumpamanya.
Rasulullah s.a.w memanggil Sayidatina Aisyah dengan panggilan "Ya Humaira" (si merah jambu). panggilan ini menunjukkan kasih sayang baginda kepada Aisyah. Baginda juga sering memanggil isteri-isteri baginda dengan panggilan yang mesra dan lunak.
Jauhi Dengan Panggilan Buruk
Allah amat melarang hamba-hambaNya memanggil orang lain dengan gelaran-gelaran yang boleh mendatangkan kehinaan kepada orang tersebut. Ini termasuklah gelaran yang digunakan oleh suami isteri.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan jangan kamu memanggil nama-nama atau gelaran yang buruk. Ingatlah bahawa seburuk-buruk panggilan ialah panggilan yang buruk sesudah iman dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang melampaui batas." (Surah al-Hujurat 49:11)
Suka Memberi Hadiah
Hadiah merupakan tanda kasih atau simbol kepada kasih sayang suami terhadap isterinya. Rasulullah s.a.w amat menggalakkan amalan memberi hadiah dalam rumahtangga kerana dengan cara ini kasih akan bertambah. Seorang suami tidak perlu menunggu isterinya yang memberi hadiah, sebaliknya suami hendaklah melakukan amalan ini terlebih dahulu.
Waktu Yang sesuai Untuk Memberi Hadiah
- Ketika pulang dari tempat kerja
- Pada hari ulang tahun kelahiran isteri
- Pada hari ulang tahun perkahwinan
- Ketika suami mendapat ganjaran lebih seperti bonus
- Ketika mendapat sesuatu kejayaan dalam kerjayanya. Isteri akan rasa dihargai kerana berasa khidmat dan pengorbanannya selama ini diiktiraf oleh suami
Ulasan Saya:
Pemberian hadiah >> Isteri juga boleh melakukannya, tapi yang saya tahu, isteri atau lebih sesuai wanita/perempuan sememangnya amat sensitif dengan perkara-perkara ini. Setahu saya juga perempuan memang suka memberi hadiah dan ganjaran. Jadi, mereka tentu lebih suka apabila mereka mendapatkannya kerana apa yang mereka lakukan itulah yang mereka inginkan... Wanita juga sukakan sesuatu yang surprise... Tapi janganlah comment plak bila hadiah yang anda dapat tidak menepati kehendak anda... Coz lelaki memang tak berapa tahu apa kehendak kita... jadi tunjukkanla appreciation kita then cakaplah elok-elok, macam ni contohnya... contoh je ni tau...
"Terima kasih, saya suka hadiah ni... tapi lain kali bagi pulak saya hadiah jam Swatch ke... Sun Glasses Gucci ke... Handbag Guess ke..."
tapi sambil gelak-gelak... Apa yang penting akhirnya anda kene berkata...
"Saya serius ni... saya memang nakkan benda-benda tu..."
Coz, kalau anda kata, anda bergurau, mereka memang akan menganggap anda bergurau... sebabnya mereka straight to the point... kalau ada yang sensitif pun saya rasa 1 dalam 50... Perlu diingat wanita bukannya terlalu inginkan kemewahan (kalau dapat satu kelebihan la kan... rezeki x kan nak tolak..), mereka cuma ingin dihargai dan disayangi... ~Wallahualam~
Sambungan Bahagian 3 (Akhir)
No comments:
Post a Comment