Friday, November 26, 2010

Memelihara Kebahagiaan Rumahtangga - Bahagian 1

Hari ni saya membelek-belek majalah kegemaran suami saya Solusi (isu no. 25), baca celup-celup, tengok-tengok gambar, sampai satu muka surat tu tajuk dia 'Ciri-Ciri Suami Idaman-Bahagian 2' (Nak cari bahagian 1)... Hasil tulisan Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood... Idola saya.. Saya baca isinya... hmmm... menarik... so, terdetik hati dan tangan saya untuk berkongsi bacaan saya... saya rumuskan dan ceritakan seringkasnya... walaubagaimanapun, huraian ini adalah dari sudut pandangan saya sendiri...

PETUA MENGEKALKAN SIFAT ROMANTIS
  • Isteri mesti bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana yang romantik - Pada saya bilik tidur adalah sesuatu yang privacy kepada suami dan isteri, perlu sentiasa kemas dan bersi, semestinya berbau wangi, walaupun kadang-kadang bila kita letak pewangi contohnya lilin yg wangi tu dia akan tanya... "ni lilin-lilin ni nak buat apa?"... huhuhu..
  • Isteri hendaklah menjaga penampilan - Maksudnya pakai baju cantik-cantik, wangi-wangi, sikat rambut elok-elok (kalau rambut cam sarang tebuan, pegi je rebonding), ni sebenarnya dapat menyenangkan hati suami... walaupun dia akan kata... "buang tebiat ke awak ni?" atau "ni nak pegi mana ni?"....
  • Usah malu mengungkapkan kata cinta - Keegoan biasanya yang menolak suami atau isteri untuk mengeluarkan perkataan yang romantis selain dari perasaan malu, tapi pada saya tanpa ungkapan kita boleh luahkan dengan perbuatan... Ungkapan cinta yang terlalu kerap juga akan menjadikan perkataan itu nampak 'murah'... so, sekali-sekala lebih sweet... hehehehe (gelak gedik)
  • Bijak mencari masa berdua-duaan - Kehadiran zuriat sememangnya menambah kebahagiaan, tapi sukar untuk mencetuskan suasana romantik, so, pegilah bercuti berdua... main lari-lari tepi pantai, golek-golek atas pasir (cam industan tu), candle light dinner... huih romantiknya... mesti akan menyuburkan semula perasaan sayang dan cinta yang kita x sedar kepudarannya....
  • Layangkan kad ucapan romantik - Pada sesiapa yang berat mulut untuk mengungkapkan  kata cinta, penulisan adalah penyelesaiannya, cubalah... Saya pasti isteri akan sangat teruja bila dapat kad seperti tu... walaupun kad tu cuma harga 50 posen atau kad tu anda terjumpa dalam laci orang lain (kes rembatla ni) tapi janganlah cakap ngan pasangan anda tu... huahuahua..
  • Tangani masalah dengan segera - Masalah perselisihan faham memang sering terjadi... biasalah tu... tapi cepat-cepatlah selesaikan... jangan pendam lama-lama... duduklah berbincang... tapi tunggulah bila dah sejuk sikit... takut jadi lain plak... x pun kalau x puas hati sangat... tulis surat je... ini boleh mengelakkan si isteri dari meninggikan suara (derhaka plak nantikan..)
SKETSA KASIH SAYANG RASULULLAH S.A.W
'Rasulullah s.a.w selalu berpegangan tangan dengan isterinya semasa mereka berada di rumah. Kadangkala Baginda memotong kuku isterinya, mandi junub bersama-sama dan akan mengajaksalah seorang daripada isteri Baginda untuk bermusafir bersama-sama utuk mengeratkan ikatan kasih sayang. Baginda juga memanggil isteri-isteri baginda dengan panggilan yang mesra dan menyenangkan' (Dato' Siti Nor Bahyah, Solusi isu no. 25. m/s 83)


NOTIS
Ada lagi yang nak saya kongsikan... Nanti saya akan mengetuk lagi papan ni untuk bahagian 2...

No comments: