Assalaualaikum dan Salam Sejahtera;
Sebelum tu izinkan saya menggunakan kata ganti nama ‘aku’ untuk entry ni… Terima kasih…
Kenapa Aku Seorang Blogger?
Aku seorang Isteri, seorang anak, seorang kakak kepada 5 orang adik beradik, juga seorang ‘ummi’ kepada 6 orang anak saudara yg semuanya lelaki, dan seorang lecturer… Tapi tak pernah pulak terpikir kenapa aku seorang itu semua… hmmmmm… Tapi hari ini, disebabkan segmen ni aku terpikir… Kenapa aku seorang blogger… Kenapa ya… Ni dia sebab musababnya setelah diimbas kembali…
1. Nak berkongsi tentang rawatan kesuburan yang aku dan suami aku buat untuk dapatkan baby setelah 6 tahun berkahwin…
2. Berkongsi camana nak mengatasinya… Camana nak redhakan diri… Camana nak tepis kata-kata orang… Sebab kat luar tu ramai je yang senasib dengan aku…
3. Disamping aku nak mengisi masa lapang aku di malam hari, di kala semua ibu2 sibuk mendodoi dan melayan kerenah anak mereka…
4. Blogging juga.. nak elakkan aku kesedihan memikirkan tak memiliki zuriat lagi… so, bz la ckitkan… (suami memang hepila… sebab aku taklah memurungkan diri lagi)
5. Sekarang ni ada lagi satu sebab, Nak berkongsi cerita aku pulak… Dari seorang yang gagal kepada yang Berjaya… Sebab aku Lecturer… Nak berleter student tak suka… Ha… Tulis blog… suh diorang baca… Camana aku bleh jadi lecturer… Sedangkan dulu UPSR aku ada ‘D’…
6. Dan yang penting, aku nak menyampaikan ilmu pengetahuan yang aku dapat, samada dr bacaan, internet, mahupun pengalaman aku sendiri, dari pemerhatian keadaan sekeliling aku yang boleh dijadikan iktibar, taknaklah blog ni tak dapat memberikan apa2 impak dari segi ilmiah kepada pembaca… Tugas mendidik bukan sahaja dihadapan student dengan konsep 2 hala…
7. Yang terakhir dan sebenarnya adalah permulaan; Aku lecturer di Kolej Komuniti, dan seorang penyelaras IT (aku bkn org IT pun) bagi kursus pendek sekarang dipanggil Program Latihan 1 Malaysia, jadi banyaklah permintaan nak kursus buat blog ni… Memang gila buta blog aku ni... So, dari bodoh tak tau apa2 kalau orang tanya… Baik aku belajar… dan ideanya adalah dari no 1 tu… Sekarang aku boleh jadi pengajar kursus blog… hehehehe… Asas jelah kan… tak delah hebat mana… Tapi, dapat jugak ajar makcik2 buat bisnes and promosi bisnes guna blog... So skarang aku sendiri ada 2 blog utk di handle… 1 yg peribadi… 1 lagi untuk cari income lebih… Chanteq 2U Boutique…
Sekian, terima kasih…