Sunday, January 23, 2011

.:Bahagian 1 - Ujian DariNya Buat Yang Mampu Sahaja:.

Semalam, seseorang yang amat saya kenali mengadu nasibnya kepada saya, katanya, dia dah tak tahan dengan keadaan rumahtangganya. Dia tak tau nak buat apa dengan perkahwinannya yang semakin suram walaupun usia perkahwinan baru mencecah 3 tahun. Suaminya bersikap dingin dan tidak ambil kisah. Mempunyai 2 orang anak yang comel sepatutnya memberikan kebahagian kepada pasangan suami isteri, tetapi tidak baginya, tanggungjawab menjaga anak diserahkan bulat-bulat kepadanya.

Walaupun dalam keadaan sarat mengandung anak ke dua, dia terpaksa sendirian pergi membuat checkup, ops, bukan sendirian tapi membawa bersama anak pertamanya yang berusia setahun lebih, bayangkanlah macamana keadaan dia menangani semua ini. Suaminya hanya memenuhi tanggungjawab yang berupa kewangan, mungkin suaminya menganggap wang boleh menyelesaikan semua masalah.

Alasan si suami selalunya adalah kerana kerjanya yang tidak menentu, suaminya bekerja sendiri, yang memebuatkan dia tak ada masa untuk keluarga. saya sendiri tak habis pikir, apa yang dia buat sampai 2 - 3 pagi duk dalam kebun? Mungkin menjaga kebun dari dicerobohi (positif).

Kelahiran anak kedua tidak dihadiri oleh si suami, walaupun dalam keadaan pantang, suami hanya datang menjenguk 2 -3 kali, tu pun tanpa huluran tangan untuk membantu isteri yang di dalam pantang, bukan anak nombor dua je si suami bersikap lepas tangan, tapi dari anaknya yang pertama lagi, secara positif thinking, maybe si suami tak reti menunjukkan rasa kasih sayangnya kepada isteri dan anak-anak.

Walaupun begitu, suaminya masih melengkapi keperluan harian mereka, cumanya, keadaan si suami yang suka marah-marah dan bersikap dingin membuatkan jiwa mudanya tertekan. Menjadi ibu di usia muda dengan ujian sebegini memungkinkan seseorang bersikap di luar batasan. Alhamdullillah tidak dengan dirinya. Allah menjadi tempat dia mengadu nasib.

Di akhir bicara kami malam tadi, dia berkata, dia tak boleh tinggalkan suami dia dalam keadaan macam ni, walaupun 3 tahun menderita, sebab dia kesian dengan keadaan suaminya yang tiada landasan agama. Jika disenaraikan dosa besar yang telah dilakukan, hanya membunuh sahaja tiada dalam senarai.

Dia juga takut sekiranya berlaku penceraian, suaminya akan merampas kedua-dua anaknya yang selama ini dijaga dan di belai sepenuhnya oleh dirinya. Inilah yang paling ditakuti olehnya sebagai isteri dan ibu.

BERSAMBUNG BAHAGIAN 2

No comments: