Cerita sahabat saya, saya dengari lagi, katanya, dia begitu terasa dengan kata-kata suaminya bila dia menutup grill dengan bunyi yang agak kuat, memang salah dirinya, katanya. "Ko ingat ni rumah ko!", itu kata suaminya bila grill tu ditutup. Dia kata, memang betul pun kata suaminya, tiada satu sen pun duit dia dalam rumah tu, semua duit suaminya.
Ya Allah, mengucap saya, "Itu memang tanggungjawab suami ko pada ko...", ujar saya. Apa yang suami dia tanamkan pada dirinya memang berkesan! Sebab dia pernah cerita bahawa suaminya pernah berkata yang saya terjemahkan seperti ini, si suami menganggap yang si isteri tak membawa keuntungan kepadanya, kerana dia sahaja yang keluarkan duit, si isteri tidak dapat mendatangkan duit! Siapakah manusia ini? Layakkah dia digelar suami? Apa yang difahaminya dengan tanggungjawab sebagai suami? Memang dia ni tak sekolah!
Hari ahad yang lepas, family kandungnya datang melawat, suaminya hanya menunjukkan muka yang masam dan tidak bertegur dengan ibu dan bapanya. Bagi saya itu adalah sangat biadab! its to much! Tak tau langsung menghormati orang tua. Sebelum ini pun sahabat saya pernah bercerita tentang kekurang hajaran suaminya kepada bapanya, tapi saya tak dapat nak ingat dengan baik apa ceritanya, yang saya ingat memang dia ni tak bermoral.
Luahan perasaan sahabat saya, saya dengar dengan hati yang bengkak. Kalaulah membunuh di dunia ini tidak berdosa, maka, saya akan menjadi pembunuh. Terkenangkan kegembiraan kami bersama dari kecil, membesar bersama sahabat saya ini, membuatkan hati saya sedih. Dia gadis yang cantik, yang digilai ramai ke mana pun dia pergi. Jodohnya, dengan suaminya ini. Mungkin ketika ini sahabat saya, hanya nampak hartanya, sifatnya ketika itu, pengaruh suaminya, ataukah sahabat saya di... Wallahualam.
Tapi berbeza sungguh si suami semasa belum berkahwin dengan sahabat saya ini, walaupun ketika itu saya memang agak tidak bersetuju dengan jodohnya ini. Kerana saya melihat dari segi pegangan agamanya, solatnya. Saya tak senang hati. Tapi siapa saya untuk menghalang jodoh yang ditentukan olehNya. Sebelum kahwin, suaminya sangat baik terhadap family sahabat saya. Memang selalu datang rumah sahabat saya bertemu dengan ibu bapanya, menolong segalanya yang boleh ditolong! tapi memang hampeh! Semuanya lakonan belaka!
Teringat saya akan majlis merisik mereka, hari yang cantik itu tiba-tiba turun hujan batu! Allahuakbar, memang tak pernah turun hujan batu sebelum ini di perkampungan itu, detik hati saya adakah ini satu petanda? Doa saya agar semuanya baik sahaja. Dihari pertunangan, ribut melanda sehingga tercabut pokok durian, luruh gugur semua buahnya yg baru berputik, hilang daunnya di bawa angin mengganas. Detik hati saya, adakah ini petanda?
Di hari perkahwinannya, awan hitam mula berarak, tapi berkat doa seorang ibu dan ayah agaknya, Allah menjadikan cuaca cantik semula. Malangnya di hari perkahwinan di sebelah lelaki, rombongan pengantin perempuan yang kebiasaannya akan bersama-sama menjamu selera bersama pengantin (kat johorlakan), dibiarkan begitu sahaja, hanya dijemput menjamu selera di atas rumah, bukan bersama pengantin, membuku hati saya ketika itu sebagai sahabatnya, sedih melihatkan ibu bapa dan saudara terdekatnya yang termanggu-manggu duduk di sofa dan lantai beralas permaidani dan tikar getah, menanti hidangan yang baru dicedok dari periuk di bawah khemah. Bukan makanan cantik seperti makanan untuk makan beradab.
Tau tak hidangan makanan beradap yang terhidang cantik di meja pengantin tu untuk siapa? Untuk gang-gang si suami, cina, india dan entah siapa lagi yang confirm bukan saudara-mara pengantin perempuan. Kemudian abang ipar pengantin perempuan membisikkan di telinga suami saya, ada minum-minum kat bawah. Allahuakbar, Tuhan sahaja yang tahu ketika itu. Apa saya nak kata? Apa saya nak buat? Hanya Allah yang mengetahui akan segalanya. Semua saudara-mara pengantin perempuan hanya berdiam diri. Dan menambah kesadisan di malam itu, pengantin perempuan diserang histeria! Kata 'dukun' si suami, ada orang nak kenakan suaminya, tapi kene pada isterinya. Hurmmmmm.
Itu kisah dulu dan kisah semalam, sahabat saya berharap akan ada perubahan nanti, sentiasa berharap agar Allah memberi petunjuk kepada suaminya, dia berdoa dan terus berdoa. Dia sering juga dengan sengaja membiarkan sejadah terbentang, dengan sengaja meletakkan buku agama di sebelah tempat tidur suaminya, dengan sengaja memasang cd ceramah agama, dengan harapan dapat membuka pintu hati suaminya.
Katanya, di sebalik apa yang saya lihat 'jahat' ada juga kebaikan dari suaminya, tidak semuanya 'jahat', kerana suaminya masih menyediakan makan pakai yang cukup untuk anak-anaknya. "Untuk ko? dia bagi?", soal saya, "ada...", lambat dan teragak-agak. Kemudia dia menyambung, "Masa nak bersalin tu memang aku tak ada duit langsung kat tangan, sekarang adalah... 20 ringgit, takpelah, aku bukan nak beli apa pun", Aduh! Sakitnya hati saya, penuhnya air di mata saya yang menanti untuk tumpah, yang saya tahan demi tak nak menambahkan kesedihan di hatinya.
Dan sehingga saya menulis ini, suaminya masih tidak mahu bercakap dengannya sejak dia balik dari berpantang anak ke dua di kampung, yang mana perginya tidak berhantar, baliknya tidak berjemput. Saya menasihatkan dia agar terus sahaja bercakap dengan suaminya, walaupun ketika ini, dia seperti bercakap dengan dinding batu-bata yang sedang beku, kerana jika tidak saya takut dia tidak mentaati suami, atau bahasa mudah derhaka kepada suami.
Saya juga menasihatkan agar cuba muhasabah diri, lihat kesalahan diri sendiri, biar berat dugaan di duni, semoga ringan di akhirat kelak, dengan harapan kata-kata saya ini sedikit sebanyak dapat meredakan keresahan hatinya. Kerana itu sahaja yang saya mampu untuk menolongnya, dengan nasihat saya, walaupun nasihat itu pahit di lidah saya.
BAHAGIAN 4 : HIKMAHNYA
No comments:
Post a Comment