Luahan perasaan kawan saya itu membuatkan saya teringat peristiwa-peristiwa yang lepas, bermula dari mula perkahwinannya, 3 bulan usia perkahwinan adalah bulan madu bagi pasangan suami isteri, tapi tidak dia, dia didatangi ujian yang bukan sedikit, tetapi hebat bagi saya. Saya sebagai wanita jika menerima ujian sebegitu, saya tak akan sanggup untuk menerima suami sebegitu.
Melihat video suami sendiri dengan wanita lain, boleh membuatkan hati saya hancur lebur, berkecai-kecai, tak dapat digambarkan. Tapi dia boleh memaafkan suaminya (mungkin tak dapat lupakan). Meneruskan perkahwinannya hingga hari ini. Benci juga saya dengan sikapnya yang begitu, tapi saya tak berada ditempatnya, dan tak tahu apa yang dipikirkannya.
Tau tak macamana suaminya meminta maaf? Pada saya dia memang tak tahu hukum agama atau baginya berzina itu hanyalah dosa yang sangat kecil. Dia hanya minta maaf begitu sahaja, malah sebelum itu sempat mengungkit pelbagai masalah yang di buat oleh si isteri, yang pada hemat saya hanya untuk menutup kesalahannya yang seumpama bangkai gajah itu dengan sehelai daun rambutan!
Sedihya saya bila teringatkan ceritanya bahawa dia pernah keguguran untuk kandungannya yang pertama, tapi yang amat menyedihkan, suaminya tiada disisi, sibuk dengan bisnesnya, hanya ibu bapanya sahaja yang menemaninya. Sehinggalah dia keluar dari hospital.
Menunggu kehadiran cahaya mata memang indah buat bakal ayah dan ibu. Memang dia gembira, tapi diselubungi keperitan yang saya tak tau nak ungkapkan, tapi melihatkan dia, saya memang sangat kagum kerana masih boleh melalui harinya dengan tenang. Tak taula dalam hatinya bagaimana.
Dia pernah dilempang oleh suaminya ketika dia mengandungkan anaknya yang sulung, nasib sempat disambut oleh bapa kandungnya. Kalau tak, saya tak tahulah apa yang akan terjadi. Jika difikirkan semula, betapa beraninya si suami melempang si isteri di dalam rumah tempat tinggalnya dari kecil, di hadapan ibu bapa yang menjaganya, yang mengasuhnya dengan penuh kasih sayang, yang memberinya kehidupan yang sempurna.
Di manakah pula keberanian si bapa ketika itu? Terkesima.... Hanya mampu menghalau si menantu keluar dari rumah. Namun selepas itu, si menantu datang dengan membawa pelbagai buah tangan memohon maaf. Huh! Memang menyakitkan hati saya!
Pernah dia mengadu setelah melahirkan anaknya yang sulung, suaminya menyatakan bahawa kasih sayangnya hanya untuk anaknya sahaja sekarang, dan kerana anak itulah dia suaminya masih bertahan dengannya, apa yang mampu dia katakan? Hanya air mata yang tumpah sebagai tanda luahan hatinya. Sedangkan semasa ankanya di dalam kandungan tiada perhatian di beri. Itu yang pertama, yang ke dua lagilah, dia seorang sahaja yangmenangani anaknya, yang membesarkan anaknya, kasih sayang suaminya hanya dinilaikan dengan wang, umpamanya membayar gaji seorang pembantu rumah, yang perlu menjaga makan pakai si anak.
Si suami juga pernah mengeluarkan ayat lebih kurang seperti ini semasa anaknya yang pertama masih di dalam kandungan "Nasib ada anak tu... kalau tak dah lama dah...", apakah perumpamaan yang boleh diberikan kepada lelaki seperti itu?
BAHAGIAN 3
2 comments:
sedihnya.....aku pon bersimpati dengan nasib kawan ko tuh...kita kena bersyukur dengan apa yang ada..kadang2 tak semua yang indah tu manis ditelan...
Memang sedih... tapi tgk ketabahan dia, aku tabik beb... tengok kesabaran dia... aku kagum... hati dia tak taula...
Post a Comment