Bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih membenarkan saya menghirup udara di bumi yang aman (dalaman x tau, luaran nampak aman) di tahun baru 2011 ini. Terima kasih kerana masih membenarkan saya menggunakan semua anggota saya dengan sebaiknya. Terima Kasih juga kerana memberikan segala kebahagiaan kepada saya dan suami saya. Alhamdulillah atas segalanya...
Saya berdoa semoga tahun 2011 ini memberikan saya lebih kekuatan untuk mengharungi segala liku yang akan dilalui, semoga Allah memberikan ketabahan dan kesabaran yang semakin bertambah, juga meningkatkan keimanan saya. Berdoa juga dimakbulkan segala doa yang belum dikabulkan sebelum ini. Harap boleh menjadi insan yang lebih positif...
Satu lagi, nak jadi isteri yang solehah! Kurang melawan (aduiiii)... Nak buang ego (ish... ish...)... Nak kurangkan perasaan sakit hati (wahahaha)... Nak jadi isteri yang pandai mintak duit banyak2 (kuang... kuang.. kuang..)... hehehehehe...
Secara kesimpulannya azam tahun ni ialah;
Semoga dilindungi daripada segala sifat Mazmumah, semoga Mahmudah menjadi hiasan diri dan hati....
Good Bye 2010!!
No comments:
Post a Comment