Friday, December 31, 2010

.:Menyambut Ahli Baru:.

Disember, hujung tahun, Year End Sale, masa untuk habiskan duit, masa dapat bonus. kakitangan kerajaan je x der bonus, dapatlah RM 500. bolehlaaaaa...


Tapi Disember 2010 ni penutupnya, dapat anak sedara baru, 2 orang ok... Dan... lelaki kedua-duanya, menjadikan jumlah anak-anak sedara saya 6 orang... Dan lagi sekali... 6 orang tersebut kesemuanya adalah LELAKI... Wah banyak betul hero kat rumah tu... Memang agak kelam kabut sikit...

Terutamanya nak control Muhammad Eusoff Hariz dan Muhammad Zhariff... Diorang 2 orang ni payah sikit... Eusoff kerjanya mendengki si Zhariff, melalak la budak tu... Pastu lincahnya ya Allah... Active sungguh... Zhariff ni plak pantang pintu terbuka... tau-tau je kat laman rumah... Budak ni memang tak banyak cakap, tapi perbuatan dia... Mak aiiii... bleh terbeliak mata... Diorang ni 2 orang maybe sebab banyak sangat 'f' kat belakang nama kot...


Muhammad Adam Hariz dengan Emir Rayyan x berapa banyak masalah, Adam dah besar kot, so, dah pandai bawak diri, kalau ada pun sikit-sikitla... Keje dia main game je... Kat handset or kat laptop.... Rayyan plak walaupun sebaya Zhariff, tapi dia macam orang dah besar, main dengan orang dewasa je... Dengan budak-budak kecik tak mainla... Kawan mainnya Adam... Tak pun Papa dia... Tak pun bibik dia... hahahaha... (Rayyan x der masa mandi-manda ni, dia tido)

Bila melayan kerenah mereka berempat ni, terubat sikit kasayuan hati saya, sedikit sebanyak dapat mengubat hati saya yang pilu dan kerinduan ni... (chewah!)

Sekarang yang baru, 2 lagi Hero Malaya, Muhammad Zhafran dan Muhammad Elyas Hariz... Lahir bulan yang sama Disember, Zhafran 1/12/2010 diikuti dengan Elyas 24/12/2010... Dan... Mereka berdua ni adalah saudara susuan, sebabnya Elyas telah disusukan oleh mama Zhafran, sebab susu Ibu Elyas x nak keluar... Elyas plak dah kembung-kembung perut, lapar kot... Maka kerja si Ibu Elyas menjadi sedikit mudah... Bila Elyas nangis masa tu pulak dia tengah mengurut ke, mandi ke, makan ke, apa-apalah kerja pun... "Mama! Susukan Elyas tu, dia nak susu", hehehehe... senang je kan.

Muhammad Zhafran (23 hari)


Muhammad Elyas Hariz (1 hari)

Memang seronok dapat orang baru, tengok muka baby tu, suci je... Anak sendiri tak ada, pada merekalah saya menumpang keseronokan... Congratulations to both of my sisters...

WELCOME 2011!!!

Monday, December 20, 2010

::Jalan2 di Perak - Kellie's Castle::

Kata orang "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan"... So, dah alang-alang kene duduk perak ni... Jelajahla semua tempat yang ada kat Perak ni... Apalagi, mohle datang ke Perak... Tempat ni memang cantik kalau nak buat photoshoot... Untuk wedding... memang melatopla...


Sebenarnya saya ngan hubby tak merancang nak pegi kat sini... Tapi disebabkan bosan yang tahap gaban punya pasal, hubby saya pun checkla kat GPS, tetiba keluarla Kellie's Castle ni... Tak jauh dari Ipoh, lebih kurang 1 jam je... Bangunan ni tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah... Menarik bangunan peninggalan sejarah ni... 

Bangunan ni di bina oleh William Kellie Smith seorang peladang getah terkemuka British. Apa yang menarik, bangunan Kellie's ni adalah bangunan pertama yang mempunyai lif yang pertama di Tanah Melayu... Walaubagaimanapun, bangunan ni tidak sempat disiapkan apabila Kellie Smith meninggal dunia... Jadi, apa yang kita lihat adalah bangunan yang belum siap di bina...

Nampak macam apa pokok ni?


Runtuhan bangunan berwarna kuning tu adalah tempat tinggal keluarga Kellie's dan akan berpindah ke Kellie's castle apabila ianya siap di bina, dan sebelahnya adalah Kellie's Castle yang sedang di bina. Ha... Nak tau lagi sejarah dia baca kat sini eh... http://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Kellie
Lepas pegi Kellie's Castle ni... Kitorang pergi plak Gunung Lang... Nanti saya cerita kemudian... Ni kiranya penjelajahan satu harila... Sebab... Bosan punya pasal... Dan... Nilah jugak hobi kitorang... Jalan-jalan... Lepas tu cari makan...

Wednesday, December 8, 2010

::Bila Allah Kata Bukan Rezeki Kita::

Ini adalah kronologi berkenaan percubaan saya dan zaujati dalam mengambil anak angkat:

Cubaan 1 : Akhir 2008
Berita tentang seorang bayi yang akan dilahirkan, dan ingin diberikan kepada orang disampaikan oleh adik ipar saya (adik kepada isteri saya). Hamba Allah tersebut adalah pekerja kepada suami adik ipar saya, biras saya, bila dia tanya, kitorang, okla... Tapi akhirnya... Baby tu di ambil oleh kawan kepada adik ipar saya tu... Walaupun mulanya diorang tu ragu2 nak ambil, baby tu lelaki... Betullah kan... Bila Allah Kata Bukan Rezeki Kita... Maka...


Cubaan 2 : Awal 2009
Daripada adik ipar saya yang sama (banyak pulak le lubang dia ni), seorang wanita ingin memberikan anak yang dikandungnya, memang excited gak dah masa tu... Tapinya, demand la pulak... Nak bersalin kat swasta... Duit plak masa tu di paras bahaya... Tak dapeklah den nak nolongnya... tak adalah rezeki.... Tulah... Bila Allah Kata Bukan Rezeki Kita... Dia yang lebih nmengetahui...


Cubaan 3 : Julai 2009
Makcik kepada isteri saya beritahu, saudara sebelah suaminya , telah kematian suami, sedang mengandung anak ke tiga, jadi tak mampulah nak menyara, kalau boleh nak bagila kat orang... Bila dengar je kitorang memang excited berganda-gandalah... Tunggu punya tunggu, senyap je, isteri saya pun telefonlah mak dia (mak mentua saya), rupanya mak mentua saya tak sampai hati nak bagi tau yang family sebelah suami wanita yang nak bagi anak tu, tak nak bagi kat orang... Diorang nak bela... Maka, begitulah Bila Allah Kata Bukan Rezeki Kita... Frustrated jugakla masa tu...


Cubaan 4 : September 2010
Dalam bulan puasa, adik ipar isteri saya (biras saya), ada seorang makcik bagi tau dia, ada seorang wanita ni nak bagi anak dia, anak ke tiga, dia memang tunggu masa je nak bersalin, saya dan isteri excited untuk kali ke tiga... Kitorang pun dapatkan alamat, dan pergilah jumpa wanita tu...

Ya Allah! Memang kesian tempat tinggal mereka, sempat saya berfikir macamanalah kehidupan mereka, dua family dengan bilangan kanak-kanak dalam tu 8 orang, memang sempit, dengan keluasan rumah tu hanya boleh letak kerusi rotan, dan rak yang nak roboh... Adalah space sikit buat duduk... memang kecil dan dan agak kotor... Bersyukur seketika saya dengan apa yang Allah dah berikan pada saya...

Memang dah nekad dalam hati, niat nak tolong, bila saya tanya wanita tu yang tengah sarat mengandung bila nak melahirkan, dia tak tau due yang tepat, rupanya dia tak pernah langsung jumpa doktor sepanjang kehamilan, oh ya, wanita tu adalah warga indonesia yang berkahwin dengan orang Malaysia... Isteri saya mencadangkan supaya bawa wanita tu ke klinik untuk pemeriksaan, di pendekkan cerita, di klinik tulah baru kitorang tahu bahawa wanita tu adalah PATI... Yang langsung tiada pasport...

Bila Allah Kata Bukan Rezeki... Atas nasihat bebrapa orang, terpaksalah kitorang lupakan, walaupun kecewa sesangat... Ini disebabkan susah bagi kitorang untuk mengambilnya sebagai anak angkat, prosedur tersangkut, mereka tiada sijil sah perkahwinan, anak dia yang 2 orang lagi tu pun rasanya tak ada surat beranak... Susah nak sekolahkan budak tu nanti... Dan macam2 lagi...



Begitulah kehendak Allah, sesungguhnya dia memang maha mengetahui akan segalanya, apa yang terbaik untuk hambanya... isteri saya sempat buat sunat istikharah, meminta petunjuk masa cubaan ke 4 tu, dan mungkin itulah kehendakNya.... Kami redha... Kami hanya mampu berdoa dan berusaha, semoga Allah mendengar doa kami dan memberkati usaha kami...
~Wallahualam~

Monday, December 6, 2010

Memelihara Kebahagiaan Rumahtangga - Bahagian 3

Sambungan dari penulisan Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood dalam artikelnya Ciri-Ciri Suami Idaman bahagian 2 dalam Solusi No. 25.


Makan Angin
Tidak perlulah makan angin jauh-jauh. Cukuplah di persekitaran kawasan yang berdekatan. Ini adalah untuk mengurangkan kos kewangan dan lain-lain. Boleh pergi makan angin di tempat yang jauh, tapi biarlah berpatutan, contohnya setahun 2 kali.


Ringan Tulang
Berusaha membuat kebaikan kepada isteri pada hari ini, kerana esok belum pasti. Peranan suami isteri tidak lagi dibahagikan dengan jelas, yang mana suami keluar mencari nafkah manakala isteri duduk di rumah menguruskan anak-anak. Keadaan pada zaman ini, isteri sudah pun keluar bekerja untuk membantu suami dari segi ekonomi.

Apabila suami dan isteri kedua-duanya keluar bekerja, mereka berdua mestilah ringan tulang dalam urusan rumahtangga. Contohnya, suami membantu isteri membersihkan rumah ketika isteri sedang sibuk memasak di dapur.


Bergurau Senda
Sudah menjadi sunnatullah, semua orang suka bergurau senda dan bergelak ketawa. Ini termasuklah gurau senda antara suami isteri. Rumah tangga yang tidak ada gurau senda akan menjadi hambar dan tawar. Suami hendaklah bijak mencari masa untuk bergurau senda untuk mewujudkan suasana yang mesra dan hangat.

Bergurau senda antara suami isteri akan menjadi ibadah kepada Allah dan di beri pahala jika dilakukan dengan niat untuk menggembirakan hati pasangan masing-masing. Oleh sebab itu, Nabi menganjurkan agar lelaki yang ingin berkahwin agar memilih pasangan yang masih gadis supaya dengannya kita boleh bergurau senda.

Walaupun demikian, suami mesti tahu membaca suasana untuk bergurau senda. Janganlah bergurau sewaktu isteri tiada mood. Rasullah SAW suka berjenaka tetapi Baginda tidak berkata melainkan yang benar. Dalam hal ini Rasullah SAW bersabda yang bermaksud: "Segala sesuatu selain zikir kepada Allah adalah permainan yang sia-sia kecuali dalam empat keadaan; seorang suami yang bergurau senda dengan isterinya, seorang yang melatih kudanya, seseorang yang berjalan menuju antara dua sasaran, dan seseorang yang melatih berenang." (Riwayat al-Nasa'i.


Gurau senda mengikut syariat
Dalam bergurau senda dan bergelak ketawa dengan isteri, suami hendaklah bijak seimbangkan antara lemah lembut dengan sifat tegas. Di samping suami merendahkan taraf sebagai seorang seorang lelaki dengan isteri, janganlah sampai kehebatan seseorang suami hilang sama sekali. Maknanya dalam bergurau itu, kehormatan suami tetap ada.

Jangan biarkan isteri mengikut nafsunya sehingga rosak akhlak, dan jangan beri peluang berlaku kemungkaran ketika bergurau senda. Suami yang bergurau senda dengan isteri secara berlebihan dan berlawanan dengan kehendak syariat, adalah lelaki dayus. Sebaliknya suami hendaklah mengawasi supaya jangan sampai isteri menguasainya sewaktu bergurau senda. Sabda Rasullah SAW yang bermaksud: "Tidak beroleh kemenangan dan kejayaan, lelaki yang diperintah oleh kaum wanita."


Ulasan Saya:
Dalam rumahtangga perlu ada toleransi, saling bertolak ansur, saling tolong-menolong... Gaduh2 dan selisih pendapat tu biasala... bak kata P Ramlee 'sedangkan lidah lagi tergigit', salah seorang perlulah mengalah, beristigfar bila rasa diri bersalah... Terutama isteri (kadang2 kan geram punya pasal x sedar suara meninggi... hehehe)... Kadang2 tu plak, tersalah gurau... Bila kita gurau, dia ingat serius, bila dia gurau kita plak ingat serius...

Ha... bila dah jadi macam ni... pegila cuti2 malaysia... bagi angin sejuk semula... Akhir kata.. tepuk dada tanya selera...
~Wassalam~