Showing posts with label Rawatan. Show all posts
Showing posts with label Rawatan. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

.:Intra Uterine Insemination ~ IUI:.

Setelah 5 hari 5 malam membuat research tentang IUI maka... Kali ini entry saya berkisar dengan IUI, bukan apa dah alang-alang membaca dan membuat sedikit penyiasatan (ala-ala Detective Conan), rasa macam nak tulis plak, ini kesimpulan dari semua pembacaan saya tentang IUI... Video kat bawah ni dah bleh faham dah...


IUI ialah...
Intra Uterine Insemination, bahasa malaysianya 'Permanian Dalam Rahim' iaitu sperma akan dimasukkan ke dalam rahim melalui serviks dengan menggunakan tiub kecil, maka persenyawaan akan berlaku di dalam rahim dengan sendirinya ~ ni kira shortcut la, sperma tak payah berenang jauh2... hehehehe...

Sperma tu pulak akan dibersihkan/ dicuci (sperm washing)terlebih dahulu bertujuan untuk memilih sperma yang sihat dan active. Untuk IUI ni sperma yang diperlukan sekurang-kurangnya 5 juta, tapi untuk peratus hamil yang lebih tinggi, 20 juta ke atas adalah yang terbaik...

IUI ni di buat pada hari ovulasi, jadi doktor kene kiralah...

Peratus Kejayaan IUI...
Tanpa menggunakan ubat kepada isteri, peratusnya sangat kecil, lebih kurang 6% sahaja (huhuhu... kecik giler). Tetapi sekiranya penggunaan ubat yang boleh merangsang folikel, peratusnya ialah 30%. Tapi, jumlah sperma yang kurang boleh mengecilkan peluang kehamilan, secara puratanya, peratus untuk hamil ialah 15% - 20%.

Nak sembang & Tanya pendapat yang berpengalaman..
Daripada ruangan ni http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=13306 , kat sini pun bleh http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-167815-page-87.htmlbanyak pendapat tentang peratus kejayaan IUI ni... Pada saya apa yang penting usaha, rezeki kita tak tau kan...


Pembaca sekalian, kitorang amat mengharapkan doa anda supaya segala urusan kami dipermudahkan... Mana tau ada rezeki kami dengan usaha ini... Amin...

P/S : Nak tau dengan detail bleh tengok kat laman web di bawah ni...

Wednesday, January 5, 2011

::Next Treatment::

Allahuakbar... Subhanallah... Hanya Allah yang mengetahui akan segalanya, akan apa yang dirancangkan, sebagai manusia, saya hanya mampu berusaha... Kata orang usaha tangga kejayaan... Kalau dulu saya berusaha untuk dapatkan degree, pastu master... Kita tau usaha kita tu akan berhasil... tau limit nya, 4 tahun lg grad, 1 tahun setengah lagi dapat master... sekarang ni usaha saya kabur di hujung jalan... tak tau bila... Suami saya kata "Percayalah pada percaturan Allah s.a.w".

Berbalik pada treatment saya, ikutkan rancangan awal doktor, bulan Jan ni saya akan memulakan IUI, tapi, manusia hanya merancang, atas nasihat doktor, kami memilih untuk buat pada bulan April nanti... Sebabnya, ada sedikit problem pada kami berdua... Problem apa... Hahahaha... Nak secret la kat sini... Tapi yang penting ada problem... Sekarang ni tengah tunggu satu lagi keputusan daripada doktor... Hope semuanya ok...

Dalam hati saya sekarang hanya berdoa semoga Allah mempermudahkan jalan kami... Kadangkala saya rasa pasrah dengan semuanya... Malas nak pikir...

Our next plan is... getting adopted child... Ada sesapa tak nak bagi baby tak... Saya nak yang baru lahir... Lelakila kalau boleh, perempuan pun boleh (tp sy sendirilah yang kene jadi ibu susuan)... Lagipun kan sekarang ni my sister baru melahirkan anak... so, blehla numpang jadi ibu susuan... hehehehehe... Banyak songel...

Chyok... Chayok... dont worry be happy!


Friday, November 26, 2010

Dua Langkah Memulakan Rawatan Kesuburan


PERINGATAN:
Langkah ini adalah berdasarkan pengalaman saya... Ini adalah kaedah rawatan moden.


Pengalaman saya

Kebetulan saya ke sebuah klinik, demam masa tu, jadi saya mengambil kesempatan bertanyakan masalah saya, then, doktor bagi saya satu surat, macam surat rujukan untuk ke hosp kerajaan bagi merujuk masalah saya... surat tu saya bawa ke hospital kerajaan, untuk pertama kali datang, bukan terus jumpa doktor and buat check up, tapi juz utk buat appointment, so, next time datang ikut tarikh appointment tu... baru memulakan checkup, soalan rutin adalah tentang kitaran haid, masa tu hubby saya dah buat sperm count, so terus proceed kepada saya rawatan tu, bermula dengan check darah, pastu scan rahim, makan ubat subur (chlomid) for 3 cycle (tp x jadi gak), pastu check lagi, dia bagi lagi chlomid untuk 2 cycle lagi, bagi folic asid (mkn hari2), doktor juga ajar saya cara kiraan waktu subur (http://drazwan.blogspot.com/2008/01/mengira-waktu-subur-wanita.html). lastly dia suh saya buat HSG... tapi x sempat sebab saya kene posting ke Perak - untuk semua treatment tu memakan masa 2 tahun... Lepas tu saya tukar ke swasta pula (baca entry saya sebelum ni rawatan dengan Datin Dr Mimin)


Masalah kesuburan berlaku apabila pasangan tersebut sudah berkahwin dalam tempoh 2 tahun tetapi masih belum mendapat zuriat... tetapi bagi saya ia bergantung kepada faktor umur, sekiranya anda berkahwin di umur yang muda, 25 years below, waiting for 2 years before doing the treatment.. is ok, but... if your age, when u get married is 26 and above... i think, juz wait for 1 year only... pastu terus je pegi jumpa doktor and dapatkan pandangan.

Jadi, bagaimana nak memulakan rawatan kesuburan? Bila nak mulakan? Di mana nak buat? Nak jumpa siapa?

Itu adalah antara persolannya yang bermain difikiran bagi sesiapa yang ingin membuat rawatan dengan berjumpa doktor. So, saya simpulkan hanya 2 langkah mudah sahaja diperlukan;


1st Step: Suami & Isteri
  • Terus sahaja ke klinik or hospital swasta yang berkaitan dengan O&G (Pakar sakit puan)- cepat, kos agak tinggi - dapatkan consultation dari doktor di klinik/ hospital berkenaan - doktor akan guide kita untuk buat rawatan dan check up..
  • Datang ke hospital-hospital kerajaan, pergi ke bahagian O&G - Yang ni kos dia murah - Pertama kali datang hanya untuk membuat appointment - Prosedur agak lambat - datang untuk dapatkan consultation from the doctor

2nd Step: Suami - Sperm Count
  • Boleh buat di mana-mana Pathlab yang ada - kos RM60-RM80 - setahu saya Pathlab ni ada di seluruh Malaysia and juz walk in to do the test
  • Atau pergi ke hospital-hospital swasta (Pantai, KPJ dll), biasanya diorang ada makmal untuk menjalankan ujikaji.
  • Kerajaan - saya x pasti, tapi saya rasa pasti ada dan lebih murah

Mengikut pengalaman saya, lebih mudah sekiranya suami membuat sperm count terlebih dahulu sebelum isteri membuat rawatan... Ujian ni jugak boleh dibuat sebelum berjumpa dengan doktor, coz doktor akan suruh buat juga akhirnya. ~Wallahualam~

Friday, October 29, 2010

Ke Klinik Datin Dr Mimin

Rabu, 20 Oktober 2010
kawan ofis saya baru balik dr scan baby dlm perut dia di klinik pakar kat Hosp Pantai... Dr Mimin kata "InsyaAllah perempuan..", "Alhamdulillah" kata saya...
"Najah... g la mintak consultant kat Dr Mimin ni..." Kak Sarah kawan ofis saya memberi cadangan... tetiba je...

Saya tak pikir panjang, sain surat keluar 4 jam, kebetulan En Hubby saya cuti... So, petang tu saya n En Hubby pergilah ke Hospital Pantai, Ipoh dengan tujuan untuk mendapatkan colsuntancy dr Dr Mimin ni...

Swasta... Memang prosesnya sangat cepat dan mudah... Jumpa Dr Mimin, dia terus je buat perancangan utuk membantu ktorang nak dapat baby... 1st step is Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray).... Hari ke-10 selepas period... thats mean... 2 Nov 2010, hari selasa ini... sedikit penerangan tentang proses X-ray diatas;

 'Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.'  

Untuk En Hubby...
Dr Mimin mencadangkan dia membuat satu ujian yg dipanggil 'Sperm count' untuk memeriksa keadaan sperma... Sebelum ini pun kitorang dah pernah buat... 3 thn lepas... And... semuanya ok... termasuk saya... Ujian & rawatan sebelum ni semuanya di hospital kerajaan, HSI di Johor... Selama 2 tahun saya dan En Hubby saya buat rawatan kat sana... tiada hasilnya... Apa yg Dr di sana bagi tau adalah anda berdua tiada masalah...

So... tunggulah 2 Nov ni untuk Ujian Hysterosalpingogram (HSG)... And the next prosedur...

P/S: takutlaaa....