Monday, November 29, 2010

"Abang, Siapa Nak Doakan Kita Bila Kita Mati? Kita Tak Ada Anak.."

Ketika sedang duduk-duduk selepas solat maghrib berjemaah, si Suami membaca hdith di bawah sebagai tazkirah pada hari itu kepada isterinya, hadis tersebut berbunyi;


*****************************************************

Daripada Anas r.a, berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang selepas matinya;

  • Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan orang untuk beramal ibadat didalamnya
  • Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya
  • Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya
  • Orang yang menggali perigi ada orang yang menggunakannya
  • sesiapa yang menanam tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung
  • Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama diamalkan orang yang mempelajarinya
  • Orang yang meninggalkan anak yang soleh iaitu anak yang selalu diajar ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya tanpa mengurangi pahala anak iti sendiri.

Abu Hurairah berkata, rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara iaitu sedekah yang berjalan terus, ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan baik baginya"

******************************************************

Maka timbullah persoalan di benak si Isteri dan timbullah persoalan darinya, "Abang, siapa pula yang akan mendoakan kita bila kita mati? Kitakan tak ada anak..." Soal si Isteri perlahan. Si suami tersentak dengan persoalan itu. Namun si Suami buat-buat cool je. Persoalan itu segera bermain-main dalam fikiran si Suami selama beberapa hari sambil berdoa kepada Allah agar memberikan jawapan kepadanya.

Seperti biasa setiap hari Selasa si Suami akan menghadiri kelas Bahasa Arab bimbingan Ustaz Mohd Khalid bin Salikin Al-renggami. Dalam kelas yang sunyi si suami cuba mendengar dan mengikuti kelas walaupun matanya sangat mengantuk dan kepalanya terhenguk-henguk macam ayam mematuk beras, tiba-tiba matanya kembali segar sebaik sahaja mendengar sebaris ayat yang disampaikan oleh Ustaz Khalis, "Apakah maksud anak yang soleh yang mendoakan ibu bapanya ketika sudah tiada? Adakah anak kandung sendiri? Bagaimana bagi mereka yang tiada anak? sesungguhnya Allah itu maha Adil".

Lalu beliau meneruskan, " maksud anak soleh sangat luas. Tidak terbatas kepada anak kandung sendiri. Anak soleh termasuklah anak saudara kita, anak jiran-jiran kita, anak murid kita, orang-orang yang menyampaikan ilmu yang baik untuk mereka tidak kira tua atau muda secara langsung atau tidak".

Mata si Suami kembali segar membulat walaupun sebenarnya matanya agak kecil (sepet), seperti kata orang-orang sekeliling. dengan senyuman membunga hingga ke telinga membuatkan matanya yang kecil semakin mengecil, si Suami merasa tidak sabar untuk pulang ke rumah untuk memberitahu si Isteri. habis sahaja kelas Ustaz Khalid, si Suami terus balik, member-member ajak pergi ngeteh (agenda biasa untuk membesarkan perut bila habis kelas atau mesyuarat) pun tidak dihiraukan.

Samapai sahaja di rumah si Suami terus memberitahu si Isteri tentang ilmu yang baru didapatinya sebentar tadi sekaligus menjawab semua persoalan yang bermain di fikiran mereka berdua. Maka kembali cerialah hidup kedua pasangan ini. Pesan si Suami kepada si Isteri yang juga seorang pendidik, "Ikhlaskan diri dalam menyampaikan ilmu, semoga anak-anak soleh ini kan mendoakan kita apabila tiada kelak".

MORAL OF THE STORY:

  • Sentiasa bersangka baik kepada Allah terhadap ujian yang kita hadapi kerana Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Adil.
  • Kepada pendidik sekalian, hendaklah sentiasa mengiklaskan diri dalam menyampaikan ilmu tidak kira berapa teruknya anak murid kita. Mudah-mudahan keberkatan dalam keikhlasan kita menyampaikan ilmu akan menjadikan mereka seorang anak yang soleh.
  • Jangan kedekut atau segan untuk menyampaikan ilmu walaupun nampak macam biasa je ilmu tu.
  • Ilmu yang Allah kurniakan amatlah luas umpama mencelup jari di lautan lalu diangkat jari itu. Air di jari ibarat ilmu yang kita ada, sedangkan lautan adalah ilmu yang masih kita tidak tahu.
  • Rajin-rajinlah menhadiri majlis ilmu, kuliah agama. Bagi mereka yang hatinya keras, sentiasa tidak tenang, gusar dan sentiasa dihantui pelbagai masalah, amalkan selalu menghadirinya, tidak kira di mana. Kenapa? tak percaya? Cuba dulu... tak perlu makan pil banyak-banyak...

~WALLAHUALAM~

Sunday, November 28, 2010

.:Makbulkan Doa Kami Ya Allah:.


My Beutiful Family
 Melihatkan sekeliling hidup saya, sebenarnya amat membahagiakan... Ketika ini masih menantikan kelahiran anak saudara saya yang ke-5 dan bulan Januari ini ternantikan pula kelahiran anak saudara saya yang ke-6... Saya ada 6 orang anak saudara tahun depan... dan buat masa ini semuanya lelaki... Alhamdulillah...

Saya dikelilingi oleh wanita-wanita yang mengandung... Dan yang baru melahirkan anak... Mahupun sedang membesarkan anak... Saya? Saya hanya melihat... Bila berkumpul pastinya topik berkisar kerenah anak-anak mereka, pengalaman melahirkan anak dan jugak pengalaman semasa hamil... Saya? Masih menjadi pendengar setia... Sedikit sebanyak saya jadikan sandaran pengalaman untuk diri saya...

Saya pernah bertanya dengan anak saudara saya Adam, 3 tahun usianya, ketika itu sibuk dia bertanyakan baby dalam perut ibunya, lalu saya bertanya "Dalam perut Umi ada tak baby?" (anak-anak saudara saya memanggil saya Umi), Adam jawab dengan anggukan (walaupun wajah dia nampak confius)... sebak hati saya...

Muhammad Adam Hariz

Muhammad Eusoff Hariz
Pernah suatu ketika saya menguncikan diri di dalam bilik ketika majlis bercukur anak-anak saudara saya... Saya terlalu sebak melihatkan diri saya yang tiada kepentingan di majlis itu (perasaan saya je), sedangkan adik-adik saya masing-masing mendukung anak mereka... Saya? Melihat dengan linangan air mata yang berjurai... Apatah lagi soalan-soalan yang diberikan oleh jiran-jiran yang hadir umpama batang-batang jarum yang menyucuk hati saya... Mata-mata orang kampung yang melihat saya... saya rasakan seperti memanah jantung saya... Suami saya? Cool dan relax seperti biasa...

Sehingga kini saya dan suami hanya mampu menumpang kasih sayang dari anak-anak saudara saya yang memanggil kami dengan panggilan Abi dan Umi... Saya amat menyayangi anak-anak saudara saya, dan menganggap mereka seperti anak-anak saya... Adam, Eusoff, Zhariff, Rayyan dan 2 lagi yang dalam perut tu... Umi sayang korang... mmuah... mmuah.. Amat berharap suatu hari nanti Allah akan mengurniakan kami dengan zuriat....
 
Emir Rayyan
 
Muhammad Zhariff

Ya Allah, yang maha pengasih dan penyanyang, yang maha pemurah, yang maha mendengar, yang maha mengetahui akan segala-galanya, segala pujian hanya untukMu, sesungguhnya aku hambamu yang lemah, yang serba kekurangan, aku amat mengetahui bahawa Engkau tidak akan memberikan ujian kepada hambamu yang tidak mampu menanggung ujian itu... Aku bersyukur di atas nikmat yang telah Engkau berikan Ya Allah... Tapi ya Allah, aku hanya seorang manusia biasa yang masih lagi meminta walaupun telah banyak yang telah engkau berikan... Aku memohon kepada mu ya Allah, berikanlah aku zuriat dari keturunanku ya Allah, zuriat yang soleh dan solehah... Makbulkanlah doaku dan doa suamiku Ya Allah...

Saturday, November 27, 2010

Memelihara Kebahagiaan Rumahtangga - Bahagian 2

Post ini adalah hasil penulisan Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood dalam artikelnya yang bertajuk Ciri-Ciri Suami Idaman Bahagian 2 di dalam Majalah Solusi Isu No. 25, m/s 83-84


Memanggil Dengan Panggilan Manja
Panggilan terhadap isteri memainkan peranan penting dalam mengikat hati suami isteri. Panggilan juga menunjukkan tahap kemesraan antara suami isteri. Misalnya seseorang yang memanggil isterinya dengan panggilan nama atau panggilan "maknya", "awak" dan lain-lain yang seumpamanya, sudah tentu berbeza implikasinya berbanding dengan panggilan "darling", "yang" dan seumpamanya.

Rasulullah s.a.w memanggil Sayidatina Aisyah dengan panggilan "Ya Humaira" (si merah jambu). panggilan ini menunjukkan kasih sayang baginda kepada Aisyah. Baginda juga sering memanggil isteri-isteri baginda dengan panggilan yang mesra dan lunak.

Jauhi Dengan Panggilan Buruk
Allah amat melarang hamba-hambaNya memanggil orang lain dengan gelaran-gelaran yang boleh mendatangkan kehinaan kepada orang tersebut. Ini termasuklah gelaran yang digunakan oleh suami isteri.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan jangan kamu memanggil nama-nama atau gelaran yang buruk. Ingatlah bahawa seburuk-buruk panggilan ialah panggilan yang buruk sesudah iman dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang melampaui batas." (Surah al-Hujurat 49:11)


Suka Memberi Hadiah
Hadiah merupakan tanda kasih atau simbol kepada kasih sayang suami terhadap isterinya. Rasulullah s.a.w amat menggalakkan amalan memberi hadiah dalam rumahtangga kerana dengan cara ini kasih akan bertambah. Seorang suami tidak perlu menunggu isterinya yang memberi hadiah, sebaliknya suami hendaklah melakukan amalan ini terlebih dahulu.

Waktu Yang sesuai Untuk Memberi Hadiah
  • Ketika pulang dari tempat kerja
  • Pada hari ulang tahun kelahiran isteri
  • Pada hari ulang tahun perkahwinan
  • Ketika suami mendapat ganjaran lebih seperti bonus
  • Ketika mendapat sesuatu kejayaan dalam kerjayanya. Isteri akan rasa dihargai kerana berasa khidmat dan pengorbanannya selama ini diiktiraf oleh suami

Ulasan Saya:

Panggilan kepada suami isteri >> memang penting, tapi terpulang pada keselesaan pasangan tersebut, tetapi panggilan yang baik dan romantis sememangnya kan lebih melihatkan kebahagiaan rumahtangga. Di tahun 2000 ini, kita lebih terbuka, panggilan mesra seperti sayang sudah ramai yang menggunakannya berbanding zaman ibu bapa kita dahulu, ini satu petanda yang baik dalam mencipta keharmonian rumahtangga, tapi sayangnya lebih meluasnya panggilan mesra ini, lebih banyak pula keruntuhan rumahtangga, tapi jangan lupa faktor lain juga perlu dilihat ye kawan-kawan, panggilan adalah salah satu caranya dan perlu ditambah dengan yang lain-lainnya.

Pemberian hadiah >> Isteri juga boleh melakukannya, tapi yang saya tahu, isteri atau lebih sesuai wanita/perempuan sememangnya amat sensitif dengan perkara-perkara ini. Setahu saya juga perempuan memang suka memberi hadiah dan ganjaran. Jadi, mereka tentu lebih suka apabila mereka mendapatkannya kerana apa yang mereka lakukan itulah yang mereka inginkan... Wanita juga sukakan sesuatu yang surprise... Tapi janganlah comment plak bila hadiah yang anda dapat tidak menepati kehendak anda... Coz lelaki memang tak berapa tahu apa kehendak kita... jadi tunjukkanla appreciation kita then cakaplah elok-elok, macam ni contohnya... contoh je ni tau... 

"Terima kasih, saya suka hadiah ni... tapi lain kali bagi pulak saya hadiah jam Swatch ke... Sun Glasses Gucci ke... Handbag Guess ke..."

tapi sambil gelak-gelak... Apa yang penting akhirnya anda kene berkata...

"Saya serius ni... saya memang nakkan benda-benda tu..."

Coz, kalau anda kata, anda bergurau, mereka memang akan menganggap anda bergurau... sebabnya mereka straight to the point... kalau ada yang sensitif pun saya rasa 1 dalam 50... Perlu diingat wanita bukannya terlalu inginkan kemewahan (kalau dapat satu kelebihan la kan... rezeki x kan nak tolak..), mereka cuma ingin dihargai dan disayangi... ~Wallahualam~

Sambungan Bahagian 3 (Akhir)

Friday, November 26, 2010

Dua Langkah Memulakan Rawatan Kesuburan


PERINGATAN:
Langkah ini adalah berdasarkan pengalaman saya... Ini adalah kaedah rawatan moden.


Pengalaman saya

Kebetulan saya ke sebuah klinik, demam masa tu, jadi saya mengambil kesempatan bertanyakan masalah saya, then, doktor bagi saya satu surat, macam surat rujukan untuk ke hosp kerajaan bagi merujuk masalah saya... surat tu saya bawa ke hospital kerajaan, untuk pertama kali datang, bukan terus jumpa doktor and buat check up, tapi juz utk buat appointment, so, next time datang ikut tarikh appointment tu... baru memulakan checkup, soalan rutin adalah tentang kitaran haid, masa tu hubby saya dah buat sperm count, so terus proceed kepada saya rawatan tu, bermula dengan check darah, pastu scan rahim, makan ubat subur (chlomid) for 3 cycle (tp x jadi gak), pastu check lagi, dia bagi lagi chlomid untuk 2 cycle lagi, bagi folic asid (mkn hari2), doktor juga ajar saya cara kiraan waktu subur (http://drazwan.blogspot.com/2008/01/mengira-waktu-subur-wanita.html). lastly dia suh saya buat HSG... tapi x sempat sebab saya kene posting ke Perak - untuk semua treatment tu memakan masa 2 tahun... Lepas tu saya tukar ke swasta pula (baca entry saya sebelum ni rawatan dengan Datin Dr Mimin)


Masalah kesuburan berlaku apabila pasangan tersebut sudah berkahwin dalam tempoh 2 tahun tetapi masih belum mendapat zuriat... tetapi bagi saya ia bergantung kepada faktor umur, sekiranya anda berkahwin di umur yang muda, 25 years below, waiting for 2 years before doing the treatment.. is ok, but... if your age, when u get married is 26 and above... i think, juz wait for 1 year only... pastu terus je pegi jumpa doktor and dapatkan pandangan.

Jadi, bagaimana nak memulakan rawatan kesuburan? Bila nak mulakan? Di mana nak buat? Nak jumpa siapa?

Itu adalah antara persolannya yang bermain difikiran bagi sesiapa yang ingin membuat rawatan dengan berjumpa doktor. So, saya simpulkan hanya 2 langkah mudah sahaja diperlukan;


1st Step: Suami & Isteri
  • Terus sahaja ke klinik or hospital swasta yang berkaitan dengan O&G (Pakar sakit puan)- cepat, kos agak tinggi - dapatkan consultation dari doktor di klinik/ hospital berkenaan - doktor akan guide kita untuk buat rawatan dan check up..
  • Datang ke hospital-hospital kerajaan, pergi ke bahagian O&G - Yang ni kos dia murah - Pertama kali datang hanya untuk membuat appointment - Prosedur agak lambat - datang untuk dapatkan consultation from the doctor

2nd Step: Suami - Sperm Count
  • Boleh buat di mana-mana Pathlab yang ada - kos RM60-RM80 - setahu saya Pathlab ni ada di seluruh Malaysia and juz walk in to do the test
  • Atau pergi ke hospital-hospital swasta (Pantai, KPJ dll), biasanya diorang ada makmal untuk menjalankan ujikaji.
  • Kerajaan - saya x pasti, tapi saya rasa pasti ada dan lebih murah

Mengikut pengalaman saya, lebih mudah sekiranya suami membuat sperm count terlebih dahulu sebelum isteri membuat rawatan... Ujian ni jugak boleh dibuat sebelum berjumpa dengan doktor, coz doktor akan suruh buat juga akhirnya. ~Wallahualam~

Memelihara Kebahagiaan Rumahtangga - Bahagian 1

Hari ni saya membelek-belek majalah kegemaran suami saya Solusi (isu no. 25), baca celup-celup, tengok-tengok gambar, sampai satu muka surat tu tajuk dia 'Ciri-Ciri Suami Idaman-Bahagian 2' (Nak cari bahagian 1)... Hasil tulisan Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood... Idola saya.. Saya baca isinya... hmmm... menarik... so, terdetik hati dan tangan saya untuk berkongsi bacaan saya... saya rumuskan dan ceritakan seringkasnya... walaubagaimanapun, huraian ini adalah dari sudut pandangan saya sendiri...

PETUA MENGEKALKAN SIFAT ROMANTIS
  • Isteri mesti bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana yang romantik - Pada saya bilik tidur adalah sesuatu yang privacy kepada suami dan isteri, perlu sentiasa kemas dan bersi, semestinya berbau wangi, walaupun kadang-kadang bila kita letak pewangi contohnya lilin yg wangi tu dia akan tanya... "ni lilin-lilin ni nak buat apa?"... huhuhu..
  • Isteri hendaklah menjaga penampilan - Maksudnya pakai baju cantik-cantik, wangi-wangi, sikat rambut elok-elok (kalau rambut cam sarang tebuan, pegi je rebonding), ni sebenarnya dapat menyenangkan hati suami... walaupun dia akan kata... "buang tebiat ke awak ni?" atau "ni nak pegi mana ni?"....
  • Usah malu mengungkapkan kata cinta - Keegoan biasanya yang menolak suami atau isteri untuk mengeluarkan perkataan yang romantis selain dari perasaan malu, tapi pada saya tanpa ungkapan kita boleh luahkan dengan perbuatan... Ungkapan cinta yang terlalu kerap juga akan menjadikan perkataan itu nampak 'murah'... so, sekali-sekala lebih sweet... hehehehe (gelak gedik)
  • Bijak mencari masa berdua-duaan - Kehadiran zuriat sememangnya menambah kebahagiaan, tapi sukar untuk mencetuskan suasana romantik, so, pegilah bercuti berdua... main lari-lari tepi pantai, golek-golek atas pasir (cam industan tu), candle light dinner... huih romantiknya... mesti akan menyuburkan semula perasaan sayang dan cinta yang kita x sedar kepudarannya....
  • Layangkan kad ucapan romantik - Pada sesiapa yang berat mulut untuk mengungkapkan  kata cinta, penulisan adalah penyelesaiannya, cubalah... Saya pasti isteri akan sangat teruja bila dapat kad seperti tu... walaupun kad tu cuma harga 50 posen atau kad tu anda terjumpa dalam laci orang lain (kes rembatla ni) tapi janganlah cakap ngan pasangan anda tu... huahuahua..
  • Tangani masalah dengan segera - Masalah perselisihan faham memang sering terjadi... biasalah tu... tapi cepat-cepatlah selesaikan... jangan pendam lama-lama... duduklah berbincang... tapi tunggulah bila dah sejuk sikit... takut jadi lain plak... x pun kalau x puas hati sangat... tulis surat je... ini boleh mengelakkan si isteri dari meninggikan suara (derhaka plak nantikan..)
SKETSA KASIH SAYANG RASULULLAH S.A.W
'Rasulullah s.a.w selalu berpegangan tangan dengan isterinya semasa mereka berada di rumah. Kadangkala Baginda memotong kuku isterinya, mandi junub bersama-sama dan akan mengajaksalah seorang daripada isteri Baginda untuk bermusafir bersama-sama utuk mengeratkan ikatan kasih sayang. Baginda juga memanggil isteri-isteri baginda dengan panggilan yang mesra dan menyenangkan' (Dato' Siti Nor Bahyah, Solusi isu no. 25. m/s 83)


NOTIS
Ada lagi yang nak saya kongsikan... Nanti saya akan mengetuk lagi papan ni untuk bahagian 2...

Tuesday, November 9, 2010

Translate The Words Of 'Small Heart'


AMARAN
Kisah ini saya harapkan menjadi panduan dan pedoman kepada semua, yang buruk dijadikan pengajaran, yang baik sebagai pedoman...


Bila berkata tentang 'small heart' terasa kelakar... dah beleh jadi Salleh Yaacob... tapi cerita saya hari ni x kelakar lagsung... sedih bagi saya

;-(;-(;-(

Menjalani kehidupan yang x berapa normal pada pandangan manusia lain (setengah2 orang je)... ini antara kisah kenangan saya yang saya x bleh lupa... tentang kata-kata manusia yang hidup di dunia tentang kitorang... (Tetiba nak touching hari ni)...

Walaubagaimanapun... saya dah maafkan semuanya, walaupun x bleh nak melupakannya...
KISAH 1
Alkisah dijadikan cerita, saya meng'oder' sejenis kuih kot... makananla yang penting... dengan penuh excitednya saya menunggu... tiba je orang yg saya meng'oder' tu kat depan rumah, saya pantas ke hadapan, hampanya, kuih saya x ada, kuih lain di bawa, tapi x apa... yang sedih jawapan yang diberi... 'hah... ko x ngandung, x apa... kalau nak ngandung dulu'... ayat tu x kisah bg setengah orang, bagi saya... SAYA BERKECIL HATI...
(U)(U)(U)

KISAH 2
Di dalam satu kenduri, berkisar pasal mengisar kacang tanah, seorang mak cik tanya saya, 'kacang ni nak halus ke, nak kasar?', saya kata 'halus pun sedap jugak, kalau saya suka halus', tetiba seorang wanita mengandung menyampuk 'kasar pun sedap jugak'... its ok actually... but its begin not ok when the makcik said 'hah... ko x ngandung, x payah ikut cakap ko'... ayat yang dikeluarkan... mungkin x kisah bagi setengah orang... tapi bagi saya... SAYA BERKECIL HATI...
 (U)(U)(U)

KISAH 3
Di sebuah rumah... 'ko ni bila x der isi lagi ke?' seorang wanita berusia bertanya... 'x der lagi' jawab saya perlahan... 'orang x tanya tau, ko belajar sampai tinggi mana kalau jumpa, dia tanya anak ko berapa?' (saya further study masa tu, master)... 'x der rezeki kot' suara saya semakin perlahan... kata-kata itu.... mungkin x kisah bagi setengah orang... tapi bagi saya... SAYA BERKECIL HATI...
 (U)(U)(U)

Ini antara 3 kisah yang paling saya ingat... banyak lagi... dan setiap SAYA BERKECIL HATI itu... air mata saya pasti mengalir... pernah jugak saya menangis semasa cukur jambul anak2 sedara saya (anak adik2 saya)... kerana mengenangkan saya yang tidak punya apa...

Adakalanya, saya juga berasa jauh hati dengan keluarga sendiri... Pada hal... benda tu small matter je... Adakalanya hati saya berbisik (setan ni hasut )...
'patut pun mak n abah saya susah untuk menjenguk saya, berbanding adik-adik saya, sebab x der apa yang istimewa pada saya, mereka mestilah nak kan kegembiraan bersama cucu-cucu mereka'... Austagfirullah... Istigfar saya... mereka x salah langsung...

Pernah dulu masa saya masih tinggal di Johor, saya cakap dengan mak saya, 'akak duk dekat, jaranglah mak datang umah akak, nanti nak duduk jauh-jauhla... mak mesti tengok' (kata-kata tu suatu doa) akhirnya saya tercampak ke utara... lagilah susah untuk family saya ke sini... Apa lagi tiada penyeri hati (setan kacau lagi)...

Tapi saya tahu, keluarga saya tidak sekalipun berniat meminggir saya, jauh sungguh perkataan saya sampai 'meminggir'... Maafkan saya berfikiran begitu... Ini disebabkan keadaan saya yang menyebabkan terlalu mudah untuk SAYA BERKECIL HATI... Saya tahu mereka SAYANGKAN saya dan hubby... Saya juga tahu mereka juga sentiasa menDOAkan saya... cuma saya je... fikir yang bukan-bukan... Tapi sesiapa yang sama macam saya mesti faham perasaan saya ni...

MORAL: Sentiasalah berfikiran positif... Sentiasa beristigfar... Tiada ibu atau ayah yang x sayangkan anaknya... Berhati-hati bila berkata-kata (nasihat utk saya jugak)...

P/S: Mintak maaf utk both of mak dan abah saya... harap suatu hari nanti kedua-dua mak dan abah (termasuk family mentua saya) dapat datang ke sini utk melihat cucu mereka... amin...   terima kasih kepada MAK dan ABAH serta family saya yang sentiasa support saya... TQ

:-D:-D:-D

Sunday, November 7, 2010

InsyaAllah : Lagu Motivasi Kitorang

Seharian saya dan my hubby mendengar lagu-lagu dari Maher Zain... My hubby sampai beli cd (original ye)... Saya... hehehehe... mmg sukala... Lagu-lagu yang menarik hati saya dan hubby antaranya InsyaAllah, Thank You Allah, For The Rest Of My Life (lagu utk saya dr hubby... hehehe) dan Barakallah... Tapi untuk diri saya dan hubby sebagai motivasi kitorang dengarkan lagu ni... supaya kitorang x mudah putus asa... dan sentiasa redha dan ingat Allah maha mengetahui atas segalanya...


INSYAALLAH

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO
Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way


For The Rest Of My Life I'll Be with U




Thursday, November 4, 2010

Bersyukur, Redha Dan Sabar

Selepas apa yang telah saya dan My Hubby usahakan... Saya kini berserah kepadaNya yang Esa... Kitorang saling berpesan diantara satu sama lain bila ada diantara kitorang yang mengeluh mengingatkan kepayahan dalam mendapatkan zuriat... Ayat hubby dan saya yang sering kami lontarkan ialah...

"Sesuatu yang berlaku itu tentu ada hikmahnya... Bersyukurlah dengan apa yang Allah dah bagi sekarang"

Hubby pernah kata kepada saya;
"sekiranya Allah membukakan hijab apakah yang akan berlaku sekiranya apa yang kita kehendaki di berikan begitu sahaja, pastinya kita akan bersyukur yang teramat sangat"

Dalam kitorang menantikan apa yang akan prosedur seterusnya, doa dan beberapa amalan dari al-quran kitorang amalkan... Antaranya doa Nabi Zakaria... Solat Taubat dan solat hajat... Tapi saya lebih malas berbanding hubby yang lebih istiqamah :D... Semoga Allah menjauhkan saya dengan sifat itu...


Doa nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat dan menghadapi kehidupan dalam kesabaran.

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-anbiya, ayat 89)


هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)


 
Selain dari tu kitorang banyak membaca melalui blog dan laman web berkenaan dengan amalan yang perlu dilakukan untuk mendapatkan zuriat, antaranya

Pengambilan Suplemen
Yang mana pengambilan beberapa vitamin seperti vitamin C, E, B12, Zink, Selenium dan banyak lagi yang boleh membantu meningkatkan kesuburan (ada masa nanti saya buat huraian yang lebih detail). Vitamin-vitamin tersebut juga boleh didapati melalui makanan harian kita (pasni nak serang farmasi).

Tabiat Pemakanan
Pemakanan yang tidak sihat boleh mengakibatkan kurangnya kesuburan, dalam bacaan saya pengambilan makanan laut boleh meningkatkan kualiti sperma. Manakala pengambilan kafein boleh menyebabkan kurang kesuburan kepada kedua-dua pasangan (mulai sekarang x bleh minum kafein... huhuhuhu). Satu lagi... Tembikai, boleh meningkatkan produksi sperma (wow, nak beli tembikaila...)

Perkara Yang Perlu Dielakkan
Merokok (memang patut pun, busuk), kafein (mcm kat atas), Ikan... ha ikan? sesetengah ikan mengandungi kadar merkuri yang tinggi (ikan apa x dpt cari lagi, nanti ye), tapi ikan paling baik adalah ikan salmon dan tuna (tuna ni sama ngan ikan tongkol@ikankayukan...)

Tips Untuk Lelaki
Jangan pergi sauna, jangan pakai jeans ketat, jangan merokok...


Itulah antaranya yang kitorang buat... Yang penting perlu ingat apa yang kita miliki kini dan bersyukurlah dengannya... Serta sentiasalah redha dengan setiap kehendaknya... Bersabarlah dengan setiap ujian darinya... Sesungguhnya ujian itu adalah tanda Dia tidak melupakan kita sebagai hambanya...

P/S: Nanti nak cerita pasal hasutan syaitan dalam otak saya... hehuhahehaha



Tuesday, November 2, 2010

HysteroSalphingoGram (HSG X-RAY)

Alhamdulillah siap jugak satu prosedur... Pengalaman baru... X mungkin dilupakan... Ini cerita saya tentang pengalaman saya selama satu jam setengah di dalam bilik x-ray... Di Hospital Pantai, Ipoh..

AMARAN
Pengalaman yang saya lalui utk HSG ini mungkin x sama dgn org lain, setiap org berbeza... mungkin org lain x rasa mcm saya & lebih mudah...

Tepat kul 9.30 am, saya masuk dlm ruangan x-ray khas utk tujuan HSG, x sama dengan bilik x-ray yg lain... Nampak satu mesin yang sangat besar... Satu tempat utk pembaringan... Saya disuruh baring (masa ni dah tukar kain)... Bila baring di depan saya ada 3 monitor macam komputer, tp besar ckit... 1st monitor nama saya, 2nd gambar x-ray, bahagian perut dibawah yang terletaknya rahim...

10 minit kemudian datang Doc bahagian radiologi, Datin (Dr) Norulhuda... Memulakan prosedur... Untuk HSG, satu alat perlu dimasukkan melalui alat sulit bertujuan memasukkan cecair berwarna utk mengetahui sama ada saluran tiub fallofio tersumbat atau tidak... Tiub pertama dimasukkan tidak berjaya, ke dua, ke tiga dan ke empat... Percubaan tidak berjaya...

"Laluan ke pangkal rahim u kecil, tiub x boleh masuk" Datin Dr kata.
"Sebab ni ke saya x boleh pregnant" saya tanya ragu-ragu
"Oh... Tu kene tanya Dr O&G" Datin Dr Norul membalas
"Saya x boleh buat... So, kene panggil Datin Dr Miminla ye" Dati Dr Norul memberitahu asistant dia. Saya hanya diam, sejuk satu hal, dengan bahagian pinggang ke bawah terdedah, mmg sangat sejuk... Dalam hati saya berdoa semoga dipermudahkan segalanya...

5 minit kemudian, Datin Dr Mimin pakar O&G (Dr rujukan saya) datang... Dia kata kita try ye... 2 tiub dia try masih x boleh masuk... Rasa sengal-sengal sakit terasa setiap kali dia cuba memasukkan tiub... Tp saya masa boleh bertahan...

"X bolehla... Try u call bilik operation mintak.... bla... bla... bla..." Datin Dr Mimin beri arahan pada pegawai x-ray. Kemudian dia beritahu saya " kita cuba yang last ni ye... kalau x boleh jugak kita cuba cara lain" aku x der perasaan apa-apa... Cuma rasa sakit kat bawah tu je... Akibat pelbagai alat di cuba utk dimasukkan ke pangkal rahim saya.

Alat tu sampai... Saya x nmpk bentuknya... cuma saya rasa dia merupakan alat dari besi... Yang bertujuan membentuk jalan yg lebih besar ke ruang rahim saya... Masa nila perasaan sakit yang saya x dapat nak gambarkan macamana rasa sakit yang saya rasa... Tp saya still ok... Tangan saya menggenggan kuat kain selimu di dada... Sambil Datin Dr Mimin cuba memasukkan alat ke rahim saya... Lepas tu saya dengar... "its should be ok kan..." Dlm masa yg sama monitor menunjukkan terdapat sesuati seperti rod di rahim saya...

"Ok... kita masukkan liquid tu la ye" Datin Dr Mimin beritahu pegawai x-ray, kemudia beralih ke saya "tarik nafas ye... tenang" dan dia menyuntik liquid tu... Allahuakbar... Masa tu saya x tau nak kata apa... Sakit yang x tau camana nak kata... Setiap kali cecair tu di masukkan... Saya rasa... Macam nak buang air besar pun ada... "Ok, cukupla ye... muka u dah pucat" masa tu mmg saya rasa muka n tgn saya x der aliran darah... rasa nak pitam... Bila Dr cabut alat-alat yang digunakan dr rahim saya... Rasa tu masa ada... Dan tidak berkurang...

Pegawai x-ray suruh saya relax sebentar dan kemudian suruh saya tukar pakaian semula, dan memberikan saya tuala wanita, berlaku sedikit pendarahan... Waaa... Sakit... Memang still rasa nak meneran... Nak mengeluarkan sesuatu supaya lega... Memang saya buang air besar hampir 4 kali...

Dengan muka yg pucat, dan berjalan macam org baru lepas bersalin, saya dapatkan En Hubby saya... Dan berehat, mata macam nak tertutup... Gelap... Tapi saya lawan... Dlm setengah jam keadaan beransur pulih... Tp rasa sakit-sakit sengal tu masih ada... And now saya still bleeding... Masih terasa-rasa di pangkal rahim... Dr bagi saya MC 2 hari...

Dua jam kemudian... Nilah resultnya.... Alhamdulillah... Semua normal...


Gambar X-Ray... Carilah mana rahim... Mana tiub... Mana kilang telur... Yang hitam cam tompok tu liquid yang dimasukkan... Yang macam rod tula alat yang dimasukkan utk suntikan...


Sekian... Rawatan kali ini... Tunggu bulan Januari tahun depan untuk IUI... InsyaAllah... Doakan kitorang berjaya.... En hubby, sabar ye... kita usaha dan doa... selebihnya... Kita berserah...