Showing posts with label Rawatan Kesuburan. Show all posts
Showing posts with label Rawatan Kesuburan. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

.:Intra Uterine Insemination ~ IUI:.

Setelah 5 hari 5 malam membuat research tentang IUI maka... Kali ini entry saya berkisar dengan IUI, bukan apa dah alang-alang membaca dan membuat sedikit penyiasatan (ala-ala Detective Conan), rasa macam nak tulis plak, ini kesimpulan dari semua pembacaan saya tentang IUI... Video kat bawah ni dah bleh faham dah...


IUI ialah...
Intra Uterine Insemination, bahasa malaysianya 'Permanian Dalam Rahim' iaitu sperma akan dimasukkan ke dalam rahim melalui serviks dengan menggunakan tiub kecil, maka persenyawaan akan berlaku di dalam rahim dengan sendirinya ~ ni kira shortcut la, sperma tak payah berenang jauh2... hehehehe...

Sperma tu pulak akan dibersihkan/ dicuci (sperm washing)terlebih dahulu bertujuan untuk memilih sperma yang sihat dan active. Untuk IUI ni sperma yang diperlukan sekurang-kurangnya 5 juta, tapi untuk peratus hamil yang lebih tinggi, 20 juta ke atas adalah yang terbaik...

IUI ni di buat pada hari ovulasi, jadi doktor kene kiralah...

Peratus Kejayaan IUI...
Tanpa menggunakan ubat kepada isteri, peratusnya sangat kecil, lebih kurang 6% sahaja (huhuhu... kecik giler). Tetapi sekiranya penggunaan ubat yang boleh merangsang folikel, peratusnya ialah 30%. Tapi, jumlah sperma yang kurang boleh mengecilkan peluang kehamilan, secara puratanya, peratus untuk hamil ialah 15% - 20%.

Nak sembang & Tanya pendapat yang berpengalaman..
Daripada ruangan ni http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=13306 , kat sini pun bleh http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-167815-page-87.htmlbanyak pendapat tentang peratus kejayaan IUI ni... Pada saya apa yang penting usaha, rezeki kita tak tau kan...


Pembaca sekalian, kitorang amat mengharapkan doa anda supaya segala urusan kami dipermudahkan... Mana tau ada rezeki kami dengan usaha ini... Amin...

P/S : Nak tau dengan detail bleh tengok kat laman web di bawah ni...

Wednesday, January 5, 2011

::Next Treatment::

Allahuakbar... Subhanallah... Hanya Allah yang mengetahui akan segalanya, akan apa yang dirancangkan, sebagai manusia, saya hanya mampu berusaha... Kata orang usaha tangga kejayaan... Kalau dulu saya berusaha untuk dapatkan degree, pastu master... Kita tau usaha kita tu akan berhasil... tau limit nya, 4 tahun lg grad, 1 tahun setengah lagi dapat master... sekarang ni usaha saya kabur di hujung jalan... tak tau bila... Suami saya kata "Percayalah pada percaturan Allah s.a.w".

Berbalik pada treatment saya, ikutkan rancangan awal doktor, bulan Jan ni saya akan memulakan IUI, tapi, manusia hanya merancang, atas nasihat doktor, kami memilih untuk buat pada bulan April nanti... Sebabnya, ada sedikit problem pada kami berdua... Problem apa... Hahahaha... Nak secret la kat sini... Tapi yang penting ada problem... Sekarang ni tengah tunggu satu lagi keputusan daripada doktor... Hope semuanya ok...

Dalam hati saya sekarang hanya berdoa semoga Allah mempermudahkan jalan kami... Kadangkala saya rasa pasrah dengan semuanya... Malas nak pikir...

Our next plan is... getting adopted child... Ada sesapa tak nak bagi baby tak... Saya nak yang baru lahir... Lelakila kalau boleh, perempuan pun boleh (tp sy sendirilah yang kene jadi ibu susuan)... Lagipun kan sekarang ni my sister baru melahirkan anak... so, blehla numpang jadi ibu susuan... hehehehehe... Banyak songel...

Chyok... Chayok... dont worry be happy!


Friday, November 26, 2010

Dua Langkah Memulakan Rawatan Kesuburan


PERINGATAN:
Langkah ini adalah berdasarkan pengalaman saya... Ini adalah kaedah rawatan moden.


Pengalaman saya

Kebetulan saya ke sebuah klinik, demam masa tu, jadi saya mengambil kesempatan bertanyakan masalah saya, then, doktor bagi saya satu surat, macam surat rujukan untuk ke hosp kerajaan bagi merujuk masalah saya... surat tu saya bawa ke hospital kerajaan, untuk pertama kali datang, bukan terus jumpa doktor and buat check up, tapi juz utk buat appointment, so, next time datang ikut tarikh appointment tu... baru memulakan checkup, soalan rutin adalah tentang kitaran haid, masa tu hubby saya dah buat sperm count, so terus proceed kepada saya rawatan tu, bermula dengan check darah, pastu scan rahim, makan ubat subur (chlomid) for 3 cycle (tp x jadi gak), pastu check lagi, dia bagi lagi chlomid untuk 2 cycle lagi, bagi folic asid (mkn hari2), doktor juga ajar saya cara kiraan waktu subur (http://drazwan.blogspot.com/2008/01/mengira-waktu-subur-wanita.html). lastly dia suh saya buat HSG... tapi x sempat sebab saya kene posting ke Perak - untuk semua treatment tu memakan masa 2 tahun... Lepas tu saya tukar ke swasta pula (baca entry saya sebelum ni rawatan dengan Datin Dr Mimin)


Masalah kesuburan berlaku apabila pasangan tersebut sudah berkahwin dalam tempoh 2 tahun tetapi masih belum mendapat zuriat... tetapi bagi saya ia bergantung kepada faktor umur, sekiranya anda berkahwin di umur yang muda, 25 years below, waiting for 2 years before doing the treatment.. is ok, but... if your age, when u get married is 26 and above... i think, juz wait for 1 year only... pastu terus je pegi jumpa doktor and dapatkan pandangan.

Jadi, bagaimana nak memulakan rawatan kesuburan? Bila nak mulakan? Di mana nak buat? Nak jumpa siapa?

Itu adalah antara persolannya yang bermain difikiran bagi sesiapa yang ingin membuat rawatan dengan berjumpa doktor. So, saya simpulkan hanya 2 langkah mudah sahaja diperlukan;


1st Step: Suami & Isteri
  • Terus sahaja ke klinik or hospital swasta yang berkaitan dengan O&G (Pakar sakit puan)- cepat, kos agak tinggi - dapatkan consultation dari doktor di klinik/ hospital berkenaan - doktor akan guide kita untuk buat rawatan dan check up..
  • Datang ke hospital-hospital kerajaan, pergi ke bahagian O&G - Yang ni kos dia murah - Pertama kali datang hanya untuk membuat appointment - Prosedur agak lambat - datang untuk dapatkan consultation from the doctor

2nd Step: Suami - Sperm Count
  • Boleh buat di mana-mana Pathlab yang ada - kos RM60-RM80 - setahu saya Pathlab ni ada di seluruh Malaysia and juz walk in to do the test
  • Atau pergi ke hospital-hospital swasta (Pantai, KPJ dll), biasanya diorang ada makmal untuk menjalankan ujikaji.
  • Kerajaan - saya x pasti, tapi saya rasa pasti ada dan lebih murah

Mengikut pengalaman saya, lebih mudah sekiranya suami membuat sperm count terlebih dahulu sebelum isteri membuat rawatan... Ujian ni jugak boleh dibuat sebelum berjumpa dengan doktor, coz doktor akan suruh buat juga akhirnya. ~Wallahualam~

Tuesday, November 2, 2010

HysteroSalphingoGram (HSG X-RAY)

Alhamdulillah siap jugak satu prosedur... Pengalaman baru... X mungkin dilupakan... Ini cerita saya tentang pengalaman saya selama satu jam setengah di dalam bilik x-ray... Di Hospital Pantai, Ipoh..

AMARAN
Pengalaman yang saya lalui utk HSG ini mungkin x sama dgn org lain, setiap org berbeza... mungkin org lain x rasa mcm saya & lebih mudah...

Tepat kul 9.30 am, saya masuk dlm ruangan x-ray khas utk tujuan HSG, x sama dengan bilik x-ray yg lain... Nampak satu mesin yang sangat besar... Satu tempat utk pembaringan... Saya disuruh baring (masa ni dah tukar kain)... Bila baring di depan saya ada 3 monitor macam komputer, tp besar ckit... 1st monitor nama saya, 2nd gambar x-ray, bahagian perut dibawah yang terletaknya rahim...

10 minit kemudian datang Doc bahagian radiologi, Datin (Dr) Norulhuda... Memulakan prosedur... Untuk HSG, satu alat perlu dimasukkan melalui alat sulit bertujuan memasukkan cecair berwarna utk mengetahui sama ada saluran tiub fallofio tersumbat atau tidak... Tiub pertama dimasukkan tidak berjaya, ke dua, ke tiga dan ke empat... Percubaan tidak berjaya...

"Laluan ke pangkal rahim u kecil, tiub x boleh masuk" Datin Dr kata.
"Sebab ni ke saya x boleh pregnant" saya tanya ragu-ragu
"Oh... Tu kene tanya Dr O&G" Datin Dr Norul membalas
"Saya x boleh buat... So, kene panggil Datin Dr Miminla ye" Dati Dr Norul memberitahu asistant dia. Saya hanya diam, sejuk satu hal, dengan bahagian pinggang ke bawah terdedah, mmg sangat sejuk... Dalam hati saya berdoa semoga dipermudahkan segalanya...

5 minit kemudian, Datin Dr Mimin pakar O&G (Dr rujukan saya) datang... Dia kata kita try ye... 2 tiub dia try masih x boleh masuk... Rasa sengal-sengal sakit terasa setiap kali dia cuba memasukkan tiub... Tp saya masa boleh bertahan...

"X bolehla... Try u call bilik operation mintak.... bla... bla... bla..." Datin Dr Mimin beri arahan pada pegawai x-ray. Kemudian dia beritahu saya " kita cuba yang last ni ye... kalau x boleh jugak kita cuba cara lain" aku x der perasaan apa-apa... Cuma rasa sakit kat bawah tu je... Akibat pelbagai alat di cuba utk dimasukkan ke pangkal rahim saya.

Alat tu sampai... Saya x nmpk bentuknya... cuma saya rasa dia merupakan alat dari besi... Yang bertujuan membentuk jalan yg lebih besar ke ruang rahim saya... Masa nila perasaan sakit yang saya x dapat nak gambarkan macamana rasa sakit yang saya rasa... Tp saya still ok... Tangan saya menggenggan kuat kain selimu di dada... Sambil Datin Dr Mimin cuba memasukkan alat ke rahim saya... Lepas tu saya dengar... "its should be ok kan..." Dlm masa yg sama monitor menunjukkan terdapat sesuati seperti rod di rahim saya...

"Ok... kita masukkan liquid tu la ye" Datin Dr Mimin beritahu pegawai x-ray, kemudia beralih ke saya "tarik nafas ye... tenang" dan dia menyuntik liquid tu... Allahuakbar... Masa tu saya x tau nak kata apa... Sakit yang x tau camana nak kata... Setiap kali cecair tu di masukkan... Saya rasa... Macam nak buang air besar pun ada... "Ok, cukupla ye... muka u dah pucat" masa tu mmg saya rasa muka n tgn saya x der aliran darah... rasa nak pitam... Bila Dr cabut alat-alat yang digunakan dr rahim saya... Rasa tu masa ada... Dan tidak berkurang...

Pegawai x-ray suruh saya relax sebentar dan kemudian suruh saya tukar pakaian semula, dan memberikan saya tuala wanita, berlaku sedikit pendarahan... Waaa... Sakit... Memang still rasa nak meneran... Nak mengeluarkan sesuatu supaya lega... Memang saya buang air besar hampir 4 kali...

Dengan muka yg pucat, dan berjalan macam org baru lepas bersalin, saya dapatkan En Hubby saya... Dan berehat, mata macam nak tertutup... Gelap... Tapi saya lawan... Dlm setengah jam keadaan beransur pulih... Tp rasa sakit-sakit sengal tu masih ada... And now saya still bleeding... Masih terasa-rasa di pangkal rahim... Dr bagi saya MC 2 hari...

Dua jam kemudian... Nilah resultnya.... Alhamdulillah... Semua normal...


Gambar X-Ray... Carilah mana rahim... Mana tiub... Mana kilang telur... Yang hitam cam tompok tu liquid yang dimasukkan... Yang macam rod tula alat yang dimasukkan utk suntikan...


Sekian... Rawatan kali ini... Tunggu bulan Januari tahun depan untuk IUI... InsyaAllah... Doakan kitorang berjaya.... En hubby, sabar ye... kita usaha dan doa... selebihnya... Kita berserah...