Showing posts with label Kisah Sadis. Show all posts
Showing posts with label Kisah Sadis. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

.:Bahagian 4 - Ujian DariNya Buat Yang Mampu Sahaja:.

Kesedihan kawan saya yang saya kongsikan, mempunyai hikmah dari sudut pandangan saya. Allah tidak memberikannya semata-mata yang buruk sahaja. Jika dilihat, Allah menganugerahkannya dengan zuriat yang merupakan harta yang tak ternilai di dunia ini. Allah memeberikannya zuriat yang mana Nabi Zakaria memohon untuk mendapatkannya berpuluh tahun. Bersyukurlah wahai sahabatku.

Sesungguhnya Allah menunjukkan kasih-sayangNya dengan ujian-ujian yang diturunkan kepada hambanya, seperti sakit yang kita hidapi, manusia yang tidak pernah sakit dan tidak ditimpa musibah ialah Firaun. pPikir-pikirkanlah.

Di lihat dari sudut kedekatannya dengan Allah s.w.t, dia lebih beruntung, dengan masalahnya itu, menjadikan dia lebih banyak beribadat. Banyak juga melakukan solat-solat sunat, hanya untuk memohon akan petunjuk dari Allah, memohon untuk Allah membuka hati suaminya ke jalan yang benar, memohon kepada Allah Supaya mengampunkan dosa-dosa suaminya. membuatkan dia lebih banyak berzikir mengingati Allah. Sedangkan orang lain lupa, alpa dan terlena dibuai nikmat yang Allah berikan kepada mereka. Bersyukurlah kau sahabatku.

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasullullah s.a.w bersabda,

"Seorang wanita yg mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kpd suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya." (HR Abu Nuaim)

Maka, sahabatku, ketaatan kamu kepada suami selagi tidak melanggar hukum islam, memudahkan kamu mendekati Jannah! Allah telah memberikan peluang itu kepada kamu. Tapi dalam keadaan yang tertekan dan marah takut pula akan terjadinya derhaka, maka bersabarlah. Namun tak saya nafikan, sedangkan dalam keadaan biasa seorang isteri sering terlupa akan batasannya. Saya mendoakan yang terbaik buat dia dan suaminya, semoga Allah memberikan dia jalan yang sebaik-baiknya. Ingatlah ujian yang Allah beri itu adalah ujian yang mampu ditanggung oleh kamu!

~Wallahualam~

Monday, January 24, 2011

.:Bahagian 3 - Ujian DariNya Buat Yang Mampu Sahaja:.

Cerita sahabat saya, saya dengari lagi, katanya, dia begitu terasa dengan kata-kata suaminya bila dia menutup grill dengan bunyi yang agak kuat, memang salah dirinya, katanya. "Ko ingat ni rumah ko!", itu kata suaminya bila grill tu ditutup. Dia kata, memang betul pun kata suaminya, tiada satu sen pun duit dia dalam rumah tu, semua duit suaminya.

Ya Allah, mengucap saya, "Itu memang tanggungjawab suami ko pada ko...", ujar saya. Apa yang suami dia tanamkan pada dirinya memang berkesan! Sebab dia pernah cerita bahawa suaminya pernah berkata yang saya terjemahkan seperti ini, si suami menganggap yang si isteri tak membawa keuntungan kepadanya, kerana dia sahaja yang keluarkan duit, si isteri tidak dapat mendatangkan duit! Siapakah manusia ini? Layakkah dia digelar suami? Apa yang difahaminya dengan tanggungjawab sebagai suami? Memang dia ni tak sekolah!

Hari ahad yang lepas, family kandungnya datang melawat, suaminya hanya menunjukkan muka yang masam dan tidak bertegur dengan ibu dan bapanya. Bagi saya itu adalah sangat biadab! its to much! Tak tau langsung menghormati orang tua. Sebelum ini pun sahabat saya pernah bercerita tentang kekurang hajaran suaminya kepada bapanya, tapi saya tak dapat nak ingat dengan baik apa ceritanya, yang saya ingat memang dia ni tak bermoral.

Luahan perasaan sahabat saya, saya dengar dengan hati yang bengkak. Kalaulah membunuh di dunia ini tidak berdosa, maka, saya akan menjadi pembunuh. Terkenangkan kegembiraan kami bersama dari kecil, membesar bersama sahabat saya ini, membuatkan hati saya sedih. Dia gadis yang cantik, yang digilai ramai ke mana pun dia pergi. Jodohnya, dengan suaminya ini. Mungkin ketika ini sahabat saya, hanya nampak hartanya, sifatnya ketika itu, pengaruh suaminya, ataukah sahabat saya di... Wallahualam.

Tapi berbeza sungguh si suami semasa belum berkahwin dengan sahabat saya ini, walaupun ketika itu saya memang agak tidak bersetuju dengan jodohnya ini. Kerana saya melihat dari segi pegangan agamanya, solatnya. Saya tak senang hati. Tapi siapa saya untuk menghalang jodoh yang ditentukan olehNya. Sebelum kahwin, suaminya sangat baik terhadap family sahabat saya. Memang selalu datang rumah sahabat saya bertemu dengan ibu bapanya, menolong segalanya yang boleh ditolong! tapi memang hampeh! Semuanya lakonan belaka!

Teringat saya akan majlis merisik mereka, hari yang cantik itu tiba-tiba turun hujan batu! Allahuakbar, memang tak pernah turun hujan batu sebelum ini di perkampungan itu, detik hati saya adakah ini satu petanda? Doa saya agar semuanya baik sahaja. Dihari pertunangan, ribut melanda sehingga tercabut pokok durian, luruh gugur semua buahnya yg baru berputik, hilang daunnya di bawa angin mengganas. Detik hati saya, adakah ini petanda?

Di hari perkahwinannya, awan hitam mula berarak, tapi berkat doa seorang ibu dan ayah agaknya, Allah menjadikan cuaca cantik semula. Malangnya di hari perkahwinan di sebelah lelaki, rombongan pengantin perempuan yang kebiasaannya akan bersama-sama menjamu selera bersama pengantin (kat johorlakan), dibiarkan begitu sahaja, hanya dijemput menjamu selera di atas rumah, bukan bersama pengantin, membuku hati saya ketika itu sebagai sahabatnya, sedih melihatkan ibu bapa dan saudara terdekatnya yang termanggu-manggu duduk di sofa dan lantai beralas permaidani dan tikar getah, menanti hidangan yang baru dicedok dari periuk di bawah khemah. Bukan makanan cantik seperti makanan untuk makan beradab.

Tau tak hidangan makanan beradap yang terhidang cantik di meja pengantin tu untuk siapa? Untuk gang-gang si suami, cina, india dan entah siapa lagi yang confirm bukan saudara-mara pengantin perempuan. Kemudian abang ipar pengantin perempuan membisikkan di telinga suami saya, ada minum-minum kat bawah. Allahuakbar, Tuhan sahaja yang tahu ketika itu. Apa saya nak kata? Apa saya nak buat? Hanya Allah yang mengetahui akan segalanya. Semua saudara-mara pengantin perempuan hanya berdiam diri. Dan menambah kesadisan di malam itu, pengantin perempuan diserang histeria! Kata 'dukun' si suami, ada orang nak kenakan suaminya, tapi kene pada isterinya. Hurmmmmm.

Itu kisah dulu dan kisah semalam, sahabat saya berharap akan ada perubahan nanti, sentiasa berharap agar Allah memberi petunjuk kepada suaminya, dia berdoa dan terus berdoa. Dia sering juga dengan sengaja membiarkan sejadah terbentang, dengan sengaja meletakkan buku agama di sebelah tempat tidur suaminya, dengan sengaja memasang cd ceramah agama, dengan harapan dapat membuka pintu hati suaminya.

Katanya, di sebalik apa yang saya lihat 'jahat' ada juga kebaikan dari suaminya, tidak semuanya 'jahat', kerana suaminya masih menyediakan makan pakai yang cukup untuk anak-anaknya. "Untuk ko? dia bagi?", soal saya, "ada...", lambat dan teragak-agak. Kemudia dia menyambung, "Masa nak bersalin tu memang aku tak ada duit langsung kat tangan, sekarang adalah... 20 ringgit, takpelah, aku bukan nak beli apa pun", Aduh! Sakitnya hati saya, penuhnya air di mata saya yang menanti untuk tumpah, yang saya tahan demi tak nak menambahkan kesedihan di hatinya.

Dan sehingga saya menulis ini, suaminya masih tidak mahu bercakap dengannya sejak dia balik dari berpantang anak ke dua di kampung, yang mana perginya tidak berhantar, baliknya tidak berjemput. Saya menasihatkan dia agar terus sahaja bercakap dengan suaminya, walaupun ketika ini, dia seperti bercakap dengan dinding batu-bata yang sedang beku, kerana jika tidak saya takut dia tidak mentaati suami, atau bahasa mudah derhaka kepada suami.

Saya juga menasihatkan agar cuba muhasabah diri, lihat kesalahan diri sendiri, biar berat dugaan di duni, semoga ringan di akhirat kelak, dengan harapan kata-kata saya ini sedikit sebanyak dapat meredakan keresahan hatinya. Kerana itu sahaja yang saya mampu untuk menolongnya, dengan nasihat saya, walaupun nasihat itu pahit di lidah saya.

BAHAGIAN 4 : HIKMAHNYA

.:Bahagian 2 - Ujian DariNya Buat Yang Mampu Sahaja:.

Luahan perasaan kawan saya itu membuatkan saya teringat peristiwa-peristiwa yang lepas, bermula dari mula perkahwinannya, 3 bulan usia perkahwinan adalah bulan madu bagi pasangan suami isteri, tapi tidak dia, dia didatangi ujian yang bukan sedikit, tetapi hebat bagi saya. Saya sebagai wanita jika menerima ujian sebegitu, saya tak akan sanggup untuk menerima suami sebegitu.

Melihat video suami sendiri dengan wanita lain, boleh membuatkan hati saya hancur lebur, berkecai-kecai, tak dapat digambarkan. Tapi dia boleh memaafkan suaminya (mungkin tak dapat lupakan). Meneruskan perkahwinannya hingga hari ini. Benci juga saya dengan sikapnya yang begitu, tapi saya tak berada ditempatnya, dan tak tahu apa yang dipikirkannya.

Tau tak macamana suaminya meminta maaf? Pada saya dia memang tak tahu hukum agama atau baginya berzina itu hanyalah dosa yang sangat kecil. Dia hanya minta maaf begitu sahaja, malah sebelum itu sempat mengungkit pelbagai masalah yang di buat oleh si isteri, yang pada hemat saya hanya untuk menutup kesalahannya yang seumpama bangkai gajah itu dengan sehelai daun rambutan!

Sedihya saya bila teringatkan ceritanya bahawa dia pernah keguguran untuk kandungannya yang pertama, tapi yang amat menyedihkan, suaminya tiada disisi, sibuk dengan bisnesnya, hanya ibu bapanya sahaja yang menemaninya. Sehinggalah dia keluar dari hospital.

Menunggu kehadiran cahaya mata memang indah buat bakal ayah dan ibu. Memang dia gembira, tapi diselubungi keperitan yang saya tak tau nak ungkapkan, tapi melihatkan dia, saya memang sangat kagum kerana masih boleh melalui harinya dengan tenang. Tak taula dalam hatinya bagaimana.

Dia pernah dilempang oleh suaminya ketika dia mengandungkan anaknya yang sulung, nasib sempat disambut oleh bapa kandungnya. Kalau tak, saya tak tahulah apa yang akan terjadi. Jika difikirkan semula, betapa beraninya si suami melempang si isteri di dalam rumah tempat tinggalnya dari kecil, di hadapan ibu bapa yang menjaganya, yang mengasuhnya dengan penuh kasih sayang, yang memberinya kehidupan yang sempurna.

Di manakah pula keberanian si bapa ketika itu? Terkesima.... Hanya mampu menghalau si menantu keluar dari rumah. Namun selepas itu, si menantu datang dengan membawa pelbagai buah tangan memohon maaf. Huh! Memang menyakitkan hati saya!

Pernah dia mengadu setelah melahirkan anaknya yang sulung, suaminya menyatakan bahawa kasih sayangnya hanya untuk anaknya sahaja sekarang, dan kerana anak itulah dia suaminya masih bertahan dengannya, apa yang mampu dia katakan? Hanya air mata yang tumpah sebagai tanda luahan hatinya. Sedangkan semasa ankanya di dalam kandungan tiada perhatian di beri. Itu yang pertama, yang ke dua lagilah, dia seorang sahaja yangmenangani anaknya, yang membesarkan anaknya, kasih sayang suaminya hanya dinilaikan dengan wang, umpamanya membayar gaji seorang pembantu rumah, yang perlu menjaga makan pakai si anak.

Si suami juga pernah mengeluarkan ayat lebih kurang seperti ini semasa anaknya yang pertama masih di dalam kandungan "Nasib ada anak tu... kalau tak dah lama dah...", apakah perumpamaan yang boleh diberikan kepada lelaki seperti itu?

BAHAGIAN 3

Sunday, January 23, 2011

.:Bahagian 1 - Ujian DariNya Buat Yang Mampu Sahaja:.

Semalam, seseorang yang amat saya kenali mengadu nasibnya kepada saya, katanya, dia dah tak tahan dengan keadaan rumahtangganya. Dia tak tau nak buat apa dengan perkahwinannya yang semakin suram walaupun usia perkahwinan baru mencecah 3 tahun. Suaminya bersikap dingin dan tidak ambil kisah. Mempunyai 2 orang anak yang comel sepatutnya memberikan kebahagian kepada pasangan suami isteri, tetapi tidak baginya, tanggungjawab menjaga anak diserahkan bulat-bulat kepadanya.

Walaupun dalam keadaan sarat mengandung anak ke dua, dia terpaksa sendirian pergi membuat checkup, ops, bukan sendirian tapi membawa bersama anak pertamanya yang berusia setahun lebih, bayangkanlah macamana keadaan dia menangani semua ini. Suaminya hanya memenuhi tanggungjawab yang berupa kewangan, mungkin suaminya menganggap wang boleh menyelesaikan semua masalah.

Alasan si suami selalunya adalah kerana kerjanya yang tidak menentu, suaminya bekerja sendiri, yang memebuatkan dia tak ada masa untuk keluarga. saya sendiri tak habis pikir, apa yang dia buat sampai 2 - 3 pagi duk dalam kebun? Mungkin menjaga kebun dari dicerobohi (positif).

Kelahiran anak kedua tidak dihadiri oleh si suami, walaupun dalam keadaan pantang, suami hanya datang menjenguk 2 -3 kali, tu pun tanpa huluran tangan untuk membantu isteri yang di dalam pantang, bukan anak nombor dua je si suami bersikap lepas tangan, tapi dari anaknya yang pertama lagi, secara positif thinking, maybe si suami tak reti menunjukkan rasa kasih sayangnya kepada isteri dan anak-anak.

Walaupun begitu, suaminya masih melengkapi keperluan harian mereka, cumanya, keadaan si suami yang suka marah-marah dan bersikap dingin membuatkan jiwa mudanya tertekan. Menjadi ibu di usia muda dengan ujian sebegini memungkinkan seseorang bersikap di luar batasan. Alhamdullillah tidak dengan dirinya. Allah menjadi tempat dia mengadu nasib.

Di akhir bicara kami malam tadi, dia berkata, dia tak boleh tinggalkan suami dia dalam keadaan macam ni, walaupun 3 tahun menderita, sebab dia kesian dengan keadaan suaminya yang tiada landasan agama. Jika disenaraikan dosa besar yang telah dilakukan, hanya membunuh sahaja tiada dalam senarai.

Dia juga takut sekiranya berlaku penceraian, suaminya akan merampas kedua-dua anaknya yang selama ini dijaga dan di belai sepenuhnya oleh dirinya. Inilah yang paling ditakuti olehnya sebagai isteri dan ibu.

BERSAMBUNG BAHAGIAN 2

Wednesday, December 8, 2010

::Bila Allah Kata Bukan Rezeki Kita::

Ini adalah kronologi berkenaan percubaan saya dan zaujati dalam mengambil anak angkat:

Cubaan 1 : Akhir 2008
Berita tentang seorang bayi yang akan dilahirkan, dan ingin diberikan kepada orang disampaikan oleh adik ipar saya (adik kepada isteri saya). Hamba Allah tersebut adalah pekerja kepada suami adik ipar saya, biras saya, bila dia tanya, kitorang, okla... Tapi akhirnya... Baby tu di ambil oleh kawan kepada adik ipar saya tu... Walaupun mulanya diorang tu ragu2 nak ambil, baby tu lelaki... Betullah kan... Bila Allah Kata Bukan Rezeki Kita... Maka...


Cubaan 2 : Awal 2009
Daripada adik ipar saya yang sama (banyak pulak le lubang dia ni), seorang wanita ingin memberikan anak yang dikandungnya, memang excited gak dah masa tu... Tapinya, demand la pulak... Nak bersalin kat swasta... Duit plak masa tu di paras bahaya... Tak dapeklah den nak nolongnya... tak adalah rezeki.... Tulah... Bila Allah Kata Bukan Rezeki Kita... Dia yang lebih nmengetahui...


Cubaan 3 : Julai 2009
Makcik kepada isteri saya beritahu, saudara sebelah suaminya , telah kematian suami, sedang mengandung anak ke tiga, jadi tak mampulah nak menyara, kalau boleh nak bagila kat orang... Bila dengar je kitorang memang excited berganda-gandalah... Tunggu punya tunggu, senyap je, isteri saya pun telefonlah mak dia (mak mentua saya), rupanya mak mentua saya tak sampai hati nak bagi tau yang family sebelah suami wanita yang nak bagi anak tu, tak nak bagi kat orang... Diorang nak bela... Maka, begitulah Bila Allah Kata Bukan Rezeki Kita... Frustrated jugakla masa tu...


Cubaan 4 : September 2010
Dalam bulan puasa, adik ipar isteri saya (biras saya), ada seorang makcik bagi tau dia, ada seorang wanita ni nak bagi anak dia, anak ke tiga, dia memang tunggu masa je nak bersalin, saya dan isteri excited untuk kali ke tiga... Kitorang pun dapatkan alamat, dan pergilah jumpa wanita tu...

Ya Allah! Memang kesian tempat tinggal mereka, sempat saya berfikir macamanalah kehidupan mereka, dua family dengan bilangan kanak-kanak dalam tu 8 orang, memang sempit, dengan keluasan rumah tu hanya boleh letak kerusi rotan, dan rak yang nak roboh... Adalah space sikit buat duduk... memang kecil dan dan agak kotor... Bersyukur seketika saya dengan apa yang Allah dah berikan pada saya...

Memang dah nekad dalam hati, niat nak tolong, bila saya tanya wanita tu yang tengah sarat mengandung bila nak melahirkan, dia tak tau due yang tepat, rupanya dia tak pernah langsung jumpa doktor sepanjang kehamilan, oh ya, wanita tu adalah warga indonesia yang berkahwin dengan orang Malaysia... Isteri saya mencadangkan supaya bawa wanita tu ke klinik untuk pemeriksaan, di pendekkan cerita, di klinik tulah baru kitorang tahu bahawa wanita tu adalah PATI... Yang langsung tiada pasport...

Bila Allah Kata Bukan Rezeki... Atas nasihat bebrapa orang, terpaksalah kitorang lupakan, walaupun kecewa sesangat... Ini disebabkan susah bagi kitorang untuk mengambilnya sebagai anak angkat, prosedur tersangkut, mereka tiada sijil sah perkahwinan, anak dia yang 2 orang lagi tu pun rasanya tak ada surat beranak... Susah nak sekolahkan budak tu nanti... Dan macam2 lagi...



Begitulah kehendak Allah, sesungguhnya dia memang maha mengetahui akan segalanya, apa yang terbaik untuk hambanya... isteri saya sempat buat sunat istikharah, meminta petunjuk masa cubaan ke 4 tu, dan mungkin itulah kehendakNya.... Kami redha... Kami hanya mampu berdoa dan berusaha, semoga Allah mendengar doa kami dan memberkati usaha kami...
~Wallahualam~

Tuesday, November 9, 2010

Translate The Words Of 'Small Heart'


AMARAN
Kisah ini saya harapkan menjadi panduan dan pedoman kepada semua, yang buruk dijadikan pengajaran, yang baik sebagai pedoman...


Bila berkata tentang 'small heart' terasa kelakar... dah beleh jadi Salleh Yaacob... tapi cerita saya hari ni x kelakar lagsung... sedih bagi saya

;-(;-(;-(

Menjalani kehidupan yang x berapa normal pada pandangan manusia lain (setengah2 orang je)... ini antara kisah kenangan saya yang saya x bleh lupa... tentang kata-kata manusia yang hidup di dunia tentang kitorang... (Tetiba nak touching hari ni)...

Walaubagaimanapun... saya dah maafkan semuanya, walaupun x bleh nak melupakannya...
KISAH 1
Alkisah dijadikan cerita, saya meng'oder' sejenis kuih kot... makananla yang penting... dengan penuh excitednya saya menunggu... tiba je orang yg saya meng'oder' tu kat depan rumah, saya pantas ke hadapan, hampanya, kuih saya x ada, kuih lain di bawa, tapi x apa... yang sedih jawapan yang diberi... 'hah... ko x ngandung, x apa... kalau nak ngandung dulu'... ayat tu x kisah bg setengah orang, bagi saya... SAYA BERKECIL HATI...
(U)(U)(U)

KISAH 2
Di dalam satu kenduri, berkisar pasal mengisar kacang tanah, seorang mak cik tanya saya, 'kacang ni nak halus ke, nak kasar?', saya kata 'halus pun sedap jugak, kalau saya suka halus', tetiba seorang wanita mengandung menyampuk 'kasar pun sedap jugak'... its ok actually... but its begin not ok when the makcik said 'hah... ko x ngandung, x payah ikut cakap ko'... ayat yang dikeluarkan... mungkin x kisah bagi setengah orang... tapi bagi saya... SAYA BERKECIL HATI...
 (U)(U)(U)

KISAH 3
Di sebuah rumah... 'ko ni bila x der isi lagi ke?' seorang wanita berusia bertanya... 'x der lagi' jawab saya perlahan... 'orang x tanya tau, ko belajar sampai tinggi mana kalau jumpa, dia tanya anak ko berapa?' (saya further study masa tu, master)... 'x der rezeki kot' suara saya semakin perlahan... kata-kata itu.... mungkin x kisah bagi setengah orang... tapi bagi saya... SAYA BERKECIL HATI...
 (U)(U)(U)

Ini antara 3 kisah yang paling saya ingat... banyak lagi... dan setiap SAYA BERKECIL HATI itu... air mata saya pasti mengalir... pernah jugak saya menangis semasa cukur jambul anak2 sedara saya (anak adik2 saya)... kerana mengenangkan saya yang tidak punya apa...

Adakalanya, saya juga berasa jauh hati dengan keluarga sendiri... Pada hal... benda tu small matter je... Adakalanya hati saya berbisik (setan ni hasut )...
'patut pun mak n abah saya susah untuk menjenguk saya, berbanding adik-adik saya, sebab x der apa yang istimewa pada saya, mereka mestilah nak kan kegembiraan bersama cucu-cucu mereka'... Austagfirullah... Istigfar saya... mereka x salah langsung...

Pernah dulu masa saya masih tinggal di Johor, saya cakap dengan mak saya, 'akak duk dekat, jaranglah mak datang umah akak, nanti nak duduk jauh-jauhla... mak mesti tengok' (kata-kata tu suatu doa) akhirnya saya tercampak ke utara... lagilah susah untuk family saya ke sini... Apa lagi tiada penyeri hati (setan kacau lagi)...

Tapi saya tahu, keluarga saya tidak sekalipun berniat meminggir saya, jauh sungguh perkataan saya sampai 'meminggir'... Maafkan saya berfikiran begitu... Ini disebabkan keadaan saya yang menyebabkan terlalu mudah untuk SAYA BERKECIL HATI... Saya tahu mereka SAYANGKAN saya dan hubby... Saya juga tahu mereka juga sentiasa menDOAkan saya... cuma saya je... fikir yang bukan-bukan... Tapi sesiapa yang sama macam saya mesti faham perasaan saya ni...

MORAL: Sentiasalah berfikiran positif... Sentiasa beristigfar... Tiada ibu atau ayah yang x sayangkan anaknya... Berhati-hati bila berkata-kata (nasihat utk saya jugak)...

P/S: Mintak maaf utk both of mak dan abah saya... harap suatu hari nanti kedua-dua mak dan abah (termasuk family mentua saya) dapat datang ke sini utk melihat cucu mereka... amin...   terima kasih kepada MAK dan ABAH serta family saya yang sentiasa support saya... TQ

:-D:-D:-D