Wednesday, February 9, 2011

.:Bola... Bola... Bola... Aku? Layan...:.

Lama dah tak update cerita kita 2 orang ni, saya tengah mem'busy'kan diri dengan berjinak-jinak di dalam online biznes, saja je suka-suka...

Ni nak cerita pasal bola sepak, hmmmmm... 1st time saya tengok bola kat stadium, PERAK VS JOHOR, kat Stadium Indera Mulia, Ipoh... wakakakakakaka... Ni pun sebab melayan my hubby yang gila bola tula... Kalau saya bergolek sekali ngan bola, mesti dia kejear bola punya... Ala, lelaki memang sinonim dengan bola... Sampai minum bola, makan bola, tido bola...


Kalau kat rumah tengok bola, saya, tido... Sebab memang tak boleh masuk betullah saya dengan bola... Kejar sana, kejar sini... bola keluar padang... Pastu GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLL! Tak pun... Aduhhhhhhhhh.... Bola kene tiang... Whoaaaaaaaaaa.... Bila pemain buat hal....

Kat stadium, tak boleh nak tido, kene layan jugak. Masa nak beli tiket, hubby tanya nak duduk mana? Grand Stand ke? Huh! Apa tu? Rupa-rupanya tempat tengok bola yang ada kelas ckit, ada bumbung, harga tiket? RM 20 seorang untuk Grand stand, kalau tempat duduk biasa RM 10. Waaaaaa... RM 20 tu boleh wat tambah beli Lipstik baru... Hehehehehe... Pompuan... Pompuan...


Memang bingit sikitla duduk kat stadium tu... Mana yang duduk memaki hamun pemain yang terlepas gol... yang terlepas passing bola... Yang mengutuk pemain yang tertendang pihak kegemaran mereka... Dengan nyanyian dan bunyi gendang dipalu sebagai satu semangat bagi pasukan pilihan.... Agak pening jugakla... Yang bestnya, Hubby menyokong PERAK dengan bersungguh-sungguh, walaupun kitorang orang JOHOR... Hurmmmm... Saya mengerutkan kening, menyengetkan mulut ke kanan ke kiri, tak paham, bagi menjawab persoalan tu, saya pun tanya....

"Abang, kitakan orang Johor, kenapa bersungguh benor sokong Perak?" Bisik saya, walaupun macam menjerit.

"Kalau nak mati kene kutuk, kene lanyak, sokongla Johor, tak nampak belakang tu semua penyokong Perak? Kan kita kat Perak ni..." Pulak? Camtu rupanya, kata saya dalam hati.


Bagi saya, agak menarik jugak menonton bola kat stadium secara live, berbanding tengok kat tv, walaupun mata saya tak berapa nak tertumpu pada perlawanan di padang, sebab mata dan telinga saya lebih suka melihat gelagat penonton lain dan mendengar ulasan mereka. Kelakar pun ada, cuba kasi diorang main bola... mesti hancussssss... Hahahahahahahahahaha....


Pasal permainan malam tu, bagi saya yang tak minat bola ni, makin tak minat, tak mantap langsung permainan diorang tu... huhuhuhuhuhuhuhu... Rasa rugi plak RM 20 tu... Diorang perlu bermain bukan hanya menggunakan kaki, tetapi otak juga... Apapun teruskan usaha anda wahai pemain-pemain bola sepak di Malaysia... Semoga berjaya!

Akhirnya, di masa tambahan, 10 saat sebelum wisel di tiup, menandakan waktu tamat permainan, di kala penonton telah mengangkat bontot untuk meninggalkan stadium dengan perasaan hampa, Perak berjaya menjaringkan gol... Perak~1, Johor FC~0.

No comments: