Thursday, January 13, 2011

.:Makan Time ~ Restoran Tasik Raban:.

Nampaknya nilah entry paling sedap pertama yang saya masukkan... makanya, ini adalah group entry yang baru dan sedap, tentang makan! Yummy.. yum.. yum.. So, untuk entry pertama tentang makan ni, saya nak cerita pasal Restoran Tasik Raban. Restoran ni ada 3 cawangan rasanya kat Perak ni... Tapi yang memenuhi tekak diva saya ni ialah restoran yang betul-betul terletak di Tasik Raban, Lenggong. Tepi highway je, jalan nak ke Gerik. satu lagi terletak di Ipoh, dekat dengan stadium.


Apa yang sedap kat sini? ha moh sini si tekak diva nak bagi tau... Ikan bakar dia paling saya suka, sedap, ada banyak jenis, tak ingat, tapi saya suka talapia... Masyukkkkkk.. Dengan dia punya rencah ikan bakar tu, memang ngamlah... kalau saya makan dengan en suami saya tu, cukuplah dengan nasi, ikan bakar, ulam, tempoyak + sambal belacan, tak pun air asam dia... fuiyooooooo... marvelous!!!


Harga dia? Ha.. Boleh tahanla... Pada saya ia berpatutan bila compare dengan rasa, kebesaran ikan tu memangmantop!!! Yang kat atas tu seekor dalam RM 28. Selalunya kalau saya & En suami makan, nasi 2 pinggan + ikan bakar + ulam-ulaman (1 pinggan penuh) + aneka sambal + air yang sedap-sedap = RM 35 - 38. Tak pernah lagi over RM 40.


Yummy... Yum.. Yum.. Ha... Ni namanya kerabu perut, sedap, pendek kata dan panjang pun turut berkata-kata, kat sini memang sedap. Bukak waktu tengah hari sampai pukul 4 petang.
 So, camana? Sedap tak? Nak tau mohle ke Perak!!! Rasa yong, jangan tak rasa, makan Yeop, jangan tak makan... Memang sedap hingga menjilat jari (sunah nabi tu). Tapi kan, lupa nak amik gambar lauk-pauk dia yang lain, yang beraneka jenis, sampai ikan pekasam pun ada... Andaian saya ada dalam 30 jenis lauk-pauk yang boleh di makan, yang tak boleh makan pun ada... Makanan palsu sebagai hiasan!

SELAMAT MENCUBA! SELAMAT MENCEKIK! SELAMAT MELANTAK!
yang penting memang sedap di tekak diva saya!

1 comment:

Papa-NtiQ said...



Salam. Saya baru singgah Restoran Tasik Raban di Lenggong bersama keluarga. Sangat puas hati dengan hidangan2 terutama ikan2 bakar dengan pelbagai jenis ikan sungai. Tempat parking luas dan ruang makan pun luas. Saya baru letak gambar2 yang diambil masa makan disini dalam blog saya di http://www.blogmakanbest.blogspot.com

Senang2 tu jenguk2 la ye blog saya ni. Semua topik 100% tentang makan, makan dan makan hihi…tempat makan2 yang menarik di merata tempat terutama sekali di Johor tanah tumpah darah ku :) Sila tinggal kn komen ye bila menyinggah tu dan kalu minat follow yer…terima kasih banyak2