Monday, December 6, 2010
Memelihara Kebahagiaan Rumahtangga - Bahagian 3
Monday, November 29, 2010
"Abang, Siapa Nak Doakan Kita Bila Kita Mati? Kita Tak Ada Anak.."
Daripada Anas r.a, berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang selepas matinya;
- Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan orang untuk beramal ibadat didalamnya
- Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya
- Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya
- Orang yang menggali perigi ada orang yang menggunakannya
- sesiapa yang menanam tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung
- Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama diamalkan orang yang mempelajarinya
- Orang yang meninggalkan anak yang soleh iaitu anak yang selalu diajar ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya tanpa mengurangi pahala anak iti sendiri.
Abu Hurairah berkata, rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara iaitu sedekah yang berjalan terus, ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan baik baginya"
******************************************************
Maka timbullah persoalan di benak si Isteri dan timbullah persoalan darinya, "Abang, siapa pula yang akan mendoakan kita bila kita mati? Kitakan tak ada anak..." Soal si Isteri perlahan. Si suami tersentak dengan persoalan itu. Namun si Suami buat-buat cool je. Persoalan itu segera bermain-main dalam fikiran si Suami selama beberapa hari sambil berdoa kepada Allah agar memberikan jawapan kepadanya.
Seperti biasa setiap hari Selasa si Suami akan menghadiri kelas Bahasa Arab bimbingan Ustaz Mohd Khalid bin Salikin Al-renggami. Dalam kelas yang sunyi si suami cuba mendengar dan mengikuti kelas walaupun matanya sangat mengantuk dan kepalanya terhenguk-henguk macam ayam mematuk beras, tiba-tiba matanya kembali segar sebaik sahaja mendengar sebaris ayat yang disampaikan oleh Ustaz Khalis, "Apakah maksud anak yang soleh yang mendoakan ibu bapanya ketika sudah tiada? Adakah anak kandung sendiri? Bagaimana bagi mereka yang tiada anak? sesungguhnya Allah itu maha Adil".
Lalu beliau meneruskan, " maksud anak soleh sangat luas. Tidak terbatas kepada anak kandung sendiri. Anak soleh termasuklah anak saudara kita, anak jiran-jiran kita, anak murid kita, orang-orang yang menyampaikan ilmu yang baik untuk mereka tidak kira tua atau muda secara langsung atau tidak".
Mata si Suami kembali segar membulat walaupun sebenarnya matanya agak kecil (sepet), seperti kata orang-orang sekeliling. dengan senyuman membunga hingga ke telinga membuatkan matanya yang kecil semakin mengecil, si Suami merasa tidak sabar untuk pulang ke rumah untuk memberitahu si Isteri. habis sahaja kelas Ustaz Khalid, si Suami terus balik, member-member ajak pergi ngeteh (agenda biasa untuk membesarkan perut bila habis kelas atau mesyuarat) pun tidak dihiraukan.
Samapai sahaja di rumah si Suami terus memberitahu si Isteri tentang ilmu yang baru didapatinya sebentar tadi sekaligus menjawab semua persoalan yang bermain di fikiran mereka berdua. Maka kembali cerialah hidup kedua pasangan ini. Pesan si Suami kepada si Isteri yang juga seorang pendidik, "Ikhlaskan diri dalam menyampaikan ilmu, semoga anak-anak soleh ini kan mendoakan kita apabila tiada kelak".
MORAL OF THE STORY:
- Sentiasa bersangka baik kepada Allah terhadap ujian yang kita hadapi kerana Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Adil.
- Kepada pendidik sekalian, hendaklah sentiasa mengiklaskan diri dalam menyampaikan ilmu tidak kira berapa teruknya anak murid kita. Mudah-mudahan keberkatan dalam keikhlasan kita menyampaikan ilmu akan menjadikan mereka seorang anak yang soleh.
- Jangan kedekut atau segan untuk menyampaikan ilmu walaupun nampak macam biasa je ilmu tu.
- Ilmu yang Allah kurniakan amatlah luas umpama mencelup jari di lautan lalu diangkat jari itu. Air di jari ibarat ilmu yang kita ada, sedangkan lautan adalah ilmu yang masih kita tidak tahu.
- Rajin-rajinlah menhadiri majlis ilmu, kuliah agama. Bagi mereka yang hatinya keras, sentiasa tidak tenang, gusar dan sentiasa dihantui pelbagai masalah, amalkan selalu menghadirinya, tidak kira di mana. Kenapa? tak percaya? Cuba dulu... tak perlu makan pil banyak-banyak...
~WALLAHUALAM~
Sunday, November 28, 2010
.:Makbulkan Doa Kami Ya Allah:.
| My Beutiful Family |
Saya dikelilingi oleh wanita-wanita yang mengandung... Dan yang baru melahirkan anak... Mahupun sedang membesarkan anak... Saya? Saya hanya melihat... Bila berkumpul pastinya topik berkisar kerenah anak-anak mereka, pengalaman melahirkan anak dan jugak pengalaman semasa hamil... Saya? Masih menjadi pendengar setia... Sedikit sebanyak saya jadikan sandaran pengalaman untuk diri saya...
Saya pernah bertanya dengan anak saudara saya Adam, 3 tahun usianya, ketika itu sibuk dia bertanyakan baby dalam perut ibunya, lalu saya bertanya "Dalam perut Umi ada tak baby?" (anak-anak saudara saya memanggil saya Umi), Adam jawab dengan anggukan (walaupun wajah dia nampak confius)... sebak hati saya...
| Muhammad Adam Hariz |
| Muhammad Eusoff Hariz |
| Emir Rayyan |
| Muhammad Zhariff |
Saturday, November 27, 2010
Memelihara Kebahagiaan Rumahtangga - Bahagian 2
Memanggil Dengan Panggilan Manja
Panggilan terhadap isteri memainkan peranan penting dalam mengikat hati suami isteri. Panggilan juga menunjukkan tahap kemesraan antara suami isteri. Misalnya seseorang yang memanggil isterinya dengan panggilan nama atau panggilan "maknya", "awak" dan lain-lain yang seumpamanya, sudah tentu berbeza implikasinya berbanding dengan panggilan "darling", "yang" dan seumpamanya.
Rasulullah s.a.w memanggil Sayidatina Aisyah dengan panggilan "Ya Humaira" (si merah jambu). panggilan ini menunjukkan kasih sayang baginda kepada Aisyah. Baginda juga sering memanggil isteri-isteri baginda dengan panggilan yang mesra dan lunak.
Jauhi Dengan Panggilan Buruk
Allah amat melarang hamba-hambaNya memanggil orang lain dengan gelaran-gelaran yang boleh mendatangkan kehinaan kepada orang tersebut. Ini termasuklah gelaran yang digunakan oleh suami isteri.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan jangan kamu memanggil nama-nama atau gelaran yang buruk. Ingatlah bahawa seburuk-buruk panggilan ialah panggilan yang buruk sesudah iman dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang melampaui batas." (Surah al-Hujurat 49:11)
Suka Memberi Hadiah
Hadiah merupakan tanda kasih atau simbol kepada kasih sayang suami terhadap isterinya. Rasulullah s.a.w amat menggalakkan amalan memberi hadiah dalam rumahtangga kerana dengan cara ini kasih akan bertambah. Seorang suami tidak perlu menunggu isterinya yang memberi hadiah, sebaliknya suami hendaklah melakukan amalan ini terlebih dahulu.
Waktu Yang sesuai Untuk Memberi Hadiah
- Ketika pulang dari tempat kerja
- Pada hari ulang tahun kelahiran isteri
- Pada hari ulang tahun perkahwinan
- Ketika suami mendapat ganjaran lebih seperti bonus
- Ketika mendapat sesuatu kejayaan dalam kerjayanya. Isteri akan rasa dihargai kerana berasa khidmat dan pengorbanannya selama ini diiktiraf oleh suami
Pemberian hadiah >> Isteri juga boleh melakukannya, tapi yang saya tahu, isteri atau lebih sesuai wanita/perempuan sememangnya amat sensitif dengan perkara-perkara ini. Setahu saya juga perempuan memang suka memberi hadiah dan ganjaran. Jadi, mereka tentu lebih suka apabila mereka mendapatkannya kerana apa yang mereka lakukan itulah yang mereka inginkan... Wanita juga sukakan sesuatu yang surprise... Tapi janganlah comment plak bila hadiah yang anda dapat tidak menepati kehendak anda... Coz lelaki memang tak berapa tahu apa kehendak kita... jadi tunjukkanla appreciation kita then cakaplah elok-elok, macam ni contohnya... contoh je ni tau...
"Terima kasih, saya suka hadiah ni... tapi lain kali bagi pulak saya hadiah jam Swatch ke... Sun Glasses Gucci ke... Handbag Guess ke..."
tapi sambil gelak-gelak... Apa yang penting akhirnya anda kene berkata...
"Saya serius ni... saya memang nakkan benda-benda tu..."
Coz, kalau anda kata, anda bergurau, mereka memang akan menganggap anda bergurau... sebabnya mereka straight to the point... kalau ada yang sensitif pun saya rasa 1 dalam 50... Perlu diingat wanita bukannya terlalu inginkan kemewahan (kalau dapat satu kelebihan la kan... rezeki x kan nak tolak..), mereka cuma ingin dihargai dan disayangi... ~Wallahualam~
Sambungan Bahagian 3 (Akhir)
Friday, November 26, 2010
Dua Langkah Memulakan Rawatan Kesuburan
Masalah kesuburan berlaku apabila pasangan tersebut sudah berkahwin dalam tempoh 2 tahun tetapi masih belum mendapat zuriat... tetapi bagi saya ia bergantung kepada faktor umur, sekiranya anda berkahwin di umur yang muda, 25 years below, waiting for 2 years before doing the treatment.. is ok, but... if your age, when u get married is 26 and above... i think, juz wait for 1 year only... pastu terus je pegi jumpa doktor and dapatkan pandangan.
Jadi, bagaimana nak memulakan rawatan kesuburan? Bila nak mulakan? Di mana nak buat? Nak jumpa siapa?
Itu adalah antara persolannya yang bermain difikiran bagi sesiapa yang ingin membuat rawatan dengan berjumpa doktor. So, saya simpulkan hanya 2 langkah mudah sahaja diperlukan;
1st Step: Suami & Isteri
- Terus sahaja ke klinik or hospital swasta yang berkaitan dengan O&G (Pakar sakit puan)- cepat, kos agak tinggi - dapatkan consultation dari doktor di klinik/ hospital berkenaan - doktor akan guide kita untuk buat rawatan dan check up..
- Datang ke hospital-hospital kerajaan, pergi ke bahagian O&G - Yang ni kos dia murah - Pertama kali datang hanya untuk membuat appointment - Prosedur agak lambat - datang untuk dapatkan consultation from the doctor
2nd Step: Suami - Sperm Count
- Boleh buat di mana-mana Pathlab yang ada - kos RM60-RM80 - setahu saya Pathlab ni ada di seluruh Malaysia and juz walk in to do the test
- Atau pergi ke hospital-hospital swasta (Pantai, KPJ dll), biasanya diorang ada makmal untuk menjalankan ujikaji.
- Kerajaan - saya x pasti, tapi saya rasa pasti ada dan lebih murah
Mengikut pengalaman saya, lebih mudah sekiranya suami membuat sperm count terlebih dahulu sebelum isteri membuat rawatan... Ujian ni jugak boleh dibuat sebelum berjumpa dengan doktor, coz doktor akan suruh buat juga akhirnya. ~Wallahualam~
Memelihara Kebahagiaan Rumahtangga - Bahagian 1
PETUA MENGEKALKAN SIFAT ROMANTIS
- Isteri mesti bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana yang romantik - Pada saya bilik tidur adalah sesuatu yang privacy kepada suami dan isteri, perlu sentiasa kemas dan bersi, semestinya berbau wangi, walaupun kadang-kadang bila kita letak pewangi contohnya lilin yg wangi tu dia akan tanya... "ni lilin-lilin ni nak buat apa?"... huhuhu..
- Isteri hendaklah menjaga penampilan - Maksudnya pakai baju cantik-cantik, wangi-wangi, sikat rambut elok-elok (kalau rambut cam sarang tebuan, pegi je rebonding), ni sebenarnya dapat menyenangkan hati suami... walaupun dia akan kata... "buang tebiat ke awak ni?" atau "ni nak pegi mana ni?"....
- Usah malu mengungkapkan kata cinta - Keegoan biasanya yang menolak suami atau isteri untuk mengeluarkan perkataan yang romantis selain dari perasaan malu, tapi pada saya tanpa ungkapan kita boleh luahkan dengan perbuatan... Ungkapan cinta yang terlalu kerap juga akan menjadikan perkataan itu nampak 'murah'... so, sekali-sekala lebih sweet... hehehehe (gelak gedik)
- Bijak mencari masa berdua-duaan - Kehadiran zuriat sememangnya menambah kebahagiaan, tapi sukar untuk mencetuskan suasana romantik, so, pegilah bercuti berdua... main lari-lari tepi pantai, golek-golek atas pasir (cam industan tu), candle light dinner... huih romantiknya... mesti akan menyuburkan semula perasaan sayang dan cinta yang kita x sedar kepudarannya....
- Layangkan kad ucapan romantik - Pada sesiapa yang berat mulut untuk mengungkapkan kata cinta, penulisan adalah penyelesaiannya, cubalah... Saya pasti isteri akan sangat teruja bila dapat kad seperti tu... walaupun kad tu cuma harga 50 posen atau kad tu anda terjumpa dalam laci orang lain (kes rembatla ni) tapi janganlah cakap ngan pasangan anda tu... huahuahua..
- Tangani masalah dengan segera - Masalah perselisihan faham memang sering terjadi... biasalah tu... tapi cepat-cepatlah selesaikan... jangan pendam lama-lama... duduklah berbincang... tapi tunggulah bila dah sejuk sikit... takut jadi lain plak... x pun kalau x puas hati sangat... tulis surat je... ini boleh mengelakkan si isteri dari meninggikan suara (derhaka plak nantikan..)
'Rasulullah s.a.w selalu berpegangan tangan dengan isterinya semasa mereka berada di rumah. Kadangkala Baginda memotong kuku isterinya, mandi junub bersama-sama dan akan mengajaksalah seorang daripada isteri Baginda untuk bermusafir bersama-sama utuk mengeratkan ikatan kasih sayang. Baginda juga memanggil isteri-isteri baginda dengan panggilan yang mesra dan menyenangkan' (Dato' Siti Nor Bahyah, Solusi isu no. 25. m/s 83)
Tuesday, November 9, 2010
Translate The Words Of 'Small Heart'
Bila berkata tentang 'small heart' terasa kelakar... dah beleh jadi Salleh Yaacob... tapi cerita saya hari ni x kelakar lagsung... sedih bagi saya


Walaubagaimanapun... saya dah maafkan semuanya, walaupun x bleh nak melupakannya...









Ini antara 3 kisah yang paling saya ingat... banyak lagi... dan setiap SAYA BERKECIL HATI itu... air mata saya pasti mengalir... pernah jugak saya menangis semasa cukur jambul anak2 sedara saya (anak adik2 saya)... kerana mengenangkan saya yang tidak punya apa...
Adakalanya, saya juga berasa jauh hati dengan keluarga sendiri... Pada hal... benda tu small matter je... Adakalanya hati saya berbisik (setan ni hasut )...
'patut pun mak n abah saya susah untuk menjenguk saya, berbanding adik-adik saya, sebab x der apa yang istimewa pada saya, mereka mestilah nak kan kegembiraan bersama cucu-cucu mereka'... Austagfirullah... Istigfar saya... mereka x salah langsung...
Pernah dulu masa saya masih tinggal di Johor, saya cakap dengan mak saya, 'akak duk dekat, jaranglah mak datang umah akak, nanti nak duduk jauh-jauhla... mak mesti tengok' (kata-kata tu suatu doa) akhirnya saya tercampak ke utara... lagilah susah untuk family saya ke sini... Apa lagi tiada penyeri hati (setan kacau lagi)...
Tapi saya tahu, keluarga saya tidak sekalipun berniat meminggir saya, jauh sungguh perkataan saya sampai 'meminggir'... Maafkan saya berfikiran begitu... Ini disebabkan keadaan saya yang menyebabkan terlalu mudah untuk SAYA BERKECIL HATI... Saya tahu mereka SAYANGKAN saya dan hubby... Saya juga tahu mereka juga sentiasa menDOAkan saya... cuma saya je... fikir yang bukan-bukan... Tapi sesiapa yang sama macam saya mesti faham perasaan saya ni...
MORAL: Sentiasalah berfikiran positif... Sentiasa beristigfar... Tiada ibu atau ayah yang x sayangkan anaknya... Berhati-hati bila berkata-kata (nasihat utk saya jugak)...



Sunday, November 7, 2010
InsyaAllah : Lagu Motivasi Kitorang
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way
| For The Rest Of My Life I'll Be with U |
Thursday, November 4, 2010
Bersyukur, Redha Dan Sabar
"Sesuatu yang berlaku itu tentu ada hikmahnya... Bersyukurlah dengan apa yang Allah dah bagi sekarang"
Hubby pernah kata kepada saya;
"sekiranya Allah membukakan hijab apakah yang akan berlaku sekiranya apa yang kita kehendaki di berikan begitu sahaja, pastinya kita akan bersyukur yang teramat sangat"
Dalam kitorang menantikan apa yang akan prosedur seterusnya, doa dan beberapa amalan dari al-quran kitorang amalkan... Antaranya doa Nabi Zakaria... Solat Taubat dan solat hajat... Tapi saya lebih malas berbanding hubby yang lebih istiqamah :D... Semoga Allah menjauhkan saya dengan sifat itu...
Doa nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat dan menghadapi kehidupan dalam kesabaran.
وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-anbiya, ayat 89)
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Tuesday, November 2, 2010
HysteroSalphingoGram (HSG X-RAY)
Gambar X-Ray... Carilah mana rahim... Mana tiub... Mana kilang telur... Yang hitam cam tompok tu liquid yang dimasukkan... Yang macam rod tula alat yang dimasukkan utk suntikan...
