Wednesday, March 2, 2011

.:Nikmatnya Pertengkaran Suami Isteri:.

"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri" satu ungkapan yang biasa didengar, dari zaman P. Ramlee lagi. Tapi serius saya tak tau apa kaitan lidah yang tergigit dengan suami isteri, kalau ada sedikit pemahaman pun mungkin sebab lidah dan gigi tu dalam satu ruang, mulut... Suami isteri pun dalam satu ruang, rumah... Kan... kan... kan... Agaknya tulah kaitannya... hehehehehe...

Sorang kawan saya, anak dara, bujang, belum berkahwin, pandangannya sangat cantik tentang perkahwinan... Apa yang terkeluar dari mulutnya hanyalah kegembiraan, keriangan dalam perkahwinan... Masih tak nampak asam garam lain dalam rumahtangga, ataupun itulah impiannya, angannya untuk sebuah perkahwinan, keindahan, keharmonian tanpa perbalahan arau pergaduhan.

Saya pula, waktu sezaman dengannya tiada langsung impian atau angan kehidupan berumahtangga, berbeza sungguh, saya tak sempat nak bermimpi atau berangan akan kehidupan suami isteri ketika itu, tup... tup... je terus kahwin... hahahahha... Harap-harap dia tak terlalu obses dengan keindahan dalam perkahwinan, agar tak datang kekecewaan yang terlampau apabila angannya tidak menjadi kenyataan...

Cerita saya sebenarnya tentang pergaduhan, pertengkaran, salah faham, apa jualah istilahnya... Tapi memang sesuatu yang tak sedap di dengarkan... Tapi bagi saya, tanpa pergaduhan, tanpa pertengkaran, hidup saya tak berwarna... hahahahaha... boleh gitu? Serius ni... Bila tak gaduh saya rasa hambar... So, dalam sebulan tu perlu ada gaduh-gaduh dalam 2 hingga 3 kali... Hahahahahaha... Adakah bunyinya macam sedikit gila?

Saya rasa yang dah berumahtangga ada yang nampak suasana selepas gaduh... Akan lebih harmoni... Sedikit Kasih sayang akan bertambah... sedikit pemahaman tentang pasangan akan meningkat... Begitu juga dengan kesilapan yang dilakukan, akan disedari kemudiannya... Pastu... Rasa tambah bahagia... Ada perubahan yang sedikit ketara...

Biasanya gaduh atau bertengkar ni timbul bila ada ketakpuasan dalam hati pasangan masing-masing... Bila sebelah pihak sound lagi sebelah pihak... Sebelah pihak mula melenting... Tak mengaku kesalahan atau ego... Atau... Merasakan tu bukan satu kesalahan... Pastu mulalah agenda bertengkar... Bertengkar... bertengkar... 2 - 3 jam... Pastu senyap... Masing-masing menyepi diri... Protes... Tak nak tegur... Si perempuan diam seribu bahasa... merajuk masuk bilik... lagi hebat yang jenis sakit hati, amik kunci kereta... belah... Pegilah mana-mana... Tempat yang pada waktu sedarnya takut nak pergi... boleh sampai dalam keadaan merajuk dan sakit hati.... Wanita sekarang bukan macam dulu... Kalau tak lelaki yang belah... keluar rumah...

Lepas tu mulalah agenda massage... bermassage... Meluah perasaan... Saya rasa inilah cara paling berkesan... Bila bercakap guna mulut... tak sempat nak pikir... keluar semua yang bukan-bukan.... Suara meninggi... Sudahnya.... Jadi derhaka kepada suami... Tapi bila bermassage ni... Sempat lagi berpikir.... Ayat pun cantik je susun... Si suami pulak bila baca... Sempatlah berfikir dengan waras... Betul tak... Ada tak sesapa pernah cuba gaduh dengan SMS... Lagi menjadi tau... hahahahaha....

Pastu baik... Bila baik ni... dah sedar dah kesalahan masing-masing (yang tak sedar tu memang beruang kutub!)... Cuba untuk memperbaiki diri sendiri... Kemesraan sedikit bertambah... kan... kan... kan... Betul tak... Tapi AWAS ya... ni alkisahnya kalau gaduh kecik-kecik je... kes tak basuh pinggan ke... kes letak baju sepah2 ke... kes siapa kene tukar lampin... kes makan tak tunggu isteri ke atau sebaliknya.... Pendek kata, kes kecikla... Kalau besar cam kes curang tu... Ada gak hikmahnya... Tapi nikmatnya... tak tau... hehehehehe...

Wassalam....

Thursday, February 17, 2011

.:Kek Coklat Basah Sedap:.


KEK KUKUS COKLAT BASAH

BAHAN-BAHAN
11/2 Cawan Mentega
1 1/4 Tepung Naik Sendiri
1 Cawan Gula Kastor
1 Cawan Gula Perang
1 Cawan Serbuk Koko
1 Sudu Kecil Esen Vanila
4 Biji Telur
1 Cawan Susu Segar

CARA MENYEDIAKAN
~ Ayak tepung dengan serbuk koko
~ Pukul mentega bersama gula kastor dan gula perang hingga gebu
~ Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga kembang
~ Panaskan susu hingga suam, Tuangkan sedikit demi sedikit
~ Masukkan tepung dan serbuk koko
~ Pukul hingga gebu, tangkan dalam bekas
~ kukus hingga masak

* cawan yang nak digunakan tu, cawan yang yang orang dulu-dulu buat minum kopi, warna putih dgn piring putih tu, takpun suka hatila nak guna cawan apa, besar cawan, besarlah kek, banyakla dia.
* Boleh jugak di tuang dlm acuan kecil-kecil.

TOPING
Serbuk Koko (dibancuh dulu dgn air)
Susu Pekat Manis (Ikut suka manisnya)
1 Sudu Butter (untuk nak nampak kilat)
Tambahkan tepung jagung kalau cair sangat
MASAK ATAS DAPUR TAU!

*semua sukatan terpulang pada anda...


Sunday, February 13, 2011

.:Bola Lagi:.

Malam ni untuk kali ke duanya saya teman hubby pergi tengok bola live kat Stadium Perak... Kali lagi meriah daripada tengok Perak lawan Johor FC tu, maybe sebab malam minggu kot, tu yang meriahnya terlebih-lebih... Apatah lagi lawannya Negeri Sembilan yang ada pasangan kembar sensasi si Aidil Zafuan dan Zakuan Adha tu. Tapi malam ni si pengantin baru tu tak turun padang, bulan madu kot.



Untuk perlawanan ni tiket kitorang RM 10/orang. duduk kat tempat open, bukan Grand Stand tu... Tiket pun warna lain... Warna kuning plak, grand stand warna pink... Sebelum ni tengok bola tak paham apa-apa... sekarang dah paham ckit-ckit... hehehehe... tapi tadi ada satu benda tak paham, bila bola out orang tepuk tangan, tanya kat hubby kenapa? Dia diam je... tak tau nak jawab kot... wakakakaka...


Perak telah membelasah Negeri Sembilan dengan 2-0, kelebihan bermain di padang sendiri memudahkan diorang dapat mata, gol pertama tu dapat penalti, betul-betul depan gawang, saja jelah kalau tak masukkan, nampak Perak sebagai penyerang, Negeri Sembilan menahan... dan... Penyokong nogori balik dengan tangan kosong... tak pe... relax...


Bila bola masuk dalam gawang, maksudnya gol lakan... Semua orang bersorang macam nak gila, tak pelah semangat kesukananlah katakan, tapi yang saya tak suka, penonton yang tak bermoral, membaling bekas-bekas minuman ke arah padang, kesian pak cik rela yang duk mengadap penonton tu... habis track penuh dengan cawan-cawan kertas, air terpercik sana-sini... huhuhuhuu... Tak bermoral sungguh...


tu satu hal, ada satu lagi hal yang saya tak gemar, ASAP ROKOK! Waaaaaaaaa... Sakit jantung rasanya... diorang ni memanglah... Tapi nak buat macam mana dah tempat awam kan...

AKHIRNYA!!!! 2~0

Friday, February 11, 2011

.:Al-Kisah Si Ketam:.


Al kisah tersebutlah cerita kerajinan yang terserlah di akhir-akhir ini, setelah hubby saya kata performance saya sudah menurun... huhuhu... Ada aku kesah! Hahahahahaha... Maka hari yang bertuah ini, saya telah membuat rekod baru dengan memasak ketam lemak cili api... Yang kesiannya tak reti nak siang ketam, nak buang kulit atas dia tu... Kalau ikutkan saya, masak je sekali dengan kulit atas tu... Wakakakakaka... tak salahkan? kan? Nasib baik ada kawan saya si Cik Puan Mayaslinda yang ajar saya... Tq ya... Dan balik, saya ajar hubby plak, hubby plak jadi mangsa siang and potong 2 ketam tu... Thanks jugak kat hubby...

Dan.. Inilah pertama kali saya memasak ketam dengan tangan sendiri, sebelum ni, tukang masak saya yang berada di merata-rata tempat yang masakkan untuk saya dan hubby... Actually, saya tak berapa minat ketam, sebab susah nak makan... Ni pun masih sengal-sengal gigi sebab gigit kulit ketam, demi isinya... huaaaaaa........

Maka inilah hasilnya ketam masak lemak cili api saya yang dipersembahkan kepada 'KING' kat rumah saya ni... Macam biasa, hubby tak banyak bunyi, sebab tekak dia memang senang sesangat dilayan, semuanya sedap, kalau saya masak batu ngan kayu pun sodap jo...


RESEPI PALING SENANG SEDUNIA
Ketam ~ 3 ekor
Cili Api ~ 8 batang
Kunyit ~ 1/2 inci
Santan, Garam, Asam Keping (saya letak separuh kiub ayam maggi)
SIAP! TARAAAAA!

Sekarang ni, masa tulis cerita si ketam ni, yang tinggal hanya kulitnya sahaja, itupun lumat dikunyah hubby saya yang tak berbelas kasihan tu... wakakakakakaka....

Wednesday, February 9, 2011

.:Bola... Bola... Bola... Aku? Layan...:.

Lama dah tak update cerita kita 2 orang ni, saya tengah mem'busy'kan diri dengan berjinak-jinak di dalam online biznes, saja je suka-suka...

Ni nak cerita pasal bola sepak, hmmmmm... 1st time saya tengok bola kat stadium, PERAK VS JOHOR, kat Stadium Indera Mulia, Ipoh... wakakakakakaka... Ni pun sebab melayan my hubby yang gila bola tula... Kalau saya bergolek sekali ngan bola, mesti dia kejear bola punya... Ala, lelaki memang sinonim dengan bola... Sampai minum bola, makan bola, tido bola...


Kalau kat rumah tengok bola, saya, tido... Sebab memang tak boleh masuk betullah saya dengan bola... Kejar sana, kejar sini... bola keluar padang... Pastu GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLL! Tak pun... Aduhhhhhhhhh.... Bola kene tiang... Whoaaaaaaaaaa.... Bila pemain buat hal....

Kat stadium, tak boleh nak tido, kene layan jugak. Masa nak beli tiket, hubby tanya nak duduk mana? Grand Stand ke? Huh! Apa tu? Rupa-rupanya tempat tengok bola yang ada kelas ckit, ada bumbung, harga tiket? RM 20 seorang untuk Grand stand, kalau tempat duduk biasa RM 10. Waaaaaa... RM 20 tu boleh wat tambah beli Lipstik baru... Hehehehehe... Pompuan... Pompuan...


Memang bingit sikitla duduk kat stadium tu... Mana yang duduk memaki hamun pemain yang terlepas gol... yang terlepas passing bola... Yang mengutuk pemain yang tertendang pihak kegemaran mereka... Dengan nyanyian dan bunyi gendang dipalu sebagai satu semangat bagi pasukan pilihan.... Agak pening jugakla... Yang bestnya, Hubby menyokong PERAK dengan bersungguh-sungguh, walaupun kitorang orang JOHOR... Hurmmmm... Saya mengerutkan kening, menyengetkan mulut ke kanan ke kiri, tak paham, bagi menjawab persoalan tu, saya pun tanya....

"Abang, kitakan orang Johor, kenapa bersungguh benor sokong Perak?" Bisik saya, walaupun macam menjerit.

"Kalau nak mati kene kutuk, kene lanyak, sokongla Johor, tak nampak belakang tu semua penyokong Perak? Kan kita kat Perak ni..." Pulak? Camtu rupanya, kata saya dalam hati.


Bagi saya, agak menarik jugak menonton bola kat stadium secara live, berbanding tengok kat tv, walaupun mata saya tak berapa nak tertumpu pada perlawanan di padang, sebab mata dan telinga saya lebih suka melihat gelagat penonton lain dan mendengar ulasan mereka. Kelakar pun ada, cuba kasi diorang main bola... mesti hancussssss... Hahahahahahahahahaha....


Pasal permainan malam tu, bagi saya yang tak minat bola ni, makin tak minat, tak mantap langsung permainan diorang tu... huhuhuhuhuhuhuhu... Rasa rugi plak RM 20 tu... Diorang perlu bermain bukan hanya menggunakan kaki, tetapi otak juga... Apapun teruskan usaha anda wahai pemain-pemain bola sepak di Malaysia... Semoga berjaya!

Akhirnya, di masa tambahan, 10 saat sebelum wisel di tiup, menandakan waktu tamat permainan, di kala penonton telah mengangkat bontot untuk meninggalkan stadium dengan perasaan hampa, Perak berjaya menjaringkan gol... Perak~1, Johor FC~0.

Sunday, January 30, 2011

.:Bahagian 4 - Ujian DariNya Buat Yang Mampu Sahaja:.

Kesedihan kawan saya yang saya kongsikan, mempunyai hikmah dari sudut pandangan saya. Allah tidak memberikannya semata-mata yang buruk sahaja. Jika dilihat, Allah menganugerahkannya dengan zuriat yang merupakan harta yang tak ternilai di dunia ini. Allah memeberikannya zuriat yang mana Nabi Zakaria memohon untuk mendapatkannya berpuluh tahun. Bersyukurlah wahai sahabatku.

Sesungguhnya Allah menunjukkan kasih-sayangNya dengan ujian-ujian yang diturunkan kepada hambanya, seperti sakit yang kita hidapi, manusia yang tidak pernah sakit dan tidak ditimpa musibah ialah Firaun. pPikir-pikirkanlah.

Di lihat dari sudut kedekatannya dengan Allah s.w.t, dia lebih beruntung, dengan masalahnya itu, menjadikan dia lebih banyak beribadat. Banyak juga melakukan solat-solat sunat, hanya untuk memohon akan petunjuk dari Allah, memohon untuk Allah membuka hati suaminya ke jalan yang benar, memohon kepada Allah Supaya mengampunkan dosa-dosa suaminya. membuatkan dia lebih banyak berzikir mengingati Allah. Sedangkan orang lain lupa, alpa dan terlena dibuai nikmat yang Allah berikan kepada mereka. Bersyukurlah kau sahabatku.

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasullullah s.a.w bersabda,

"Seorang wanita yg mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kpd suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya." (HR Abu Nuaim)

Maka, sahabatku, ketaatan kamu kepada suami selagi tidak melanggar hukum islam, memudahkan kamu mendekati Jannah! Allah telah memberikan peluang itu kepada kamu. Tapi dalam keadaan yang tertekan dan marah takut pula akan terjadinya derhaka, maka bersabarlah. Namun tak saya nafikan, sedangkan dalam keadaan biasa seorang isteri sering terlupa akan batasannya. Saya mendoakan yang terbaik buat dia dan suaminya, semoga Allah memberikan dia jalan yang sebaik-baiknya. Ingatlah ujian yang Allah beri itu adalah ujian yang mampu ditanggung oleh kamu!

~Wallahualam~

Monday, January 24, 2011

.:Bahagian 3 - Ujian DariNya Buat Yang Mampu Sahaja:.

Cerita sahabat saya, saya dengari lagi, katanya, dia begitu terasa dengan kata-kata suaminya bila dia menutup grill dengan bunyi yang agak kuat, memang salah dirinya, katanya. "Ko ingat ni rumah ko!", itu kata suaminya bila grill tu ditutup. Dia kata, memang betul pun kata suaminya, tiada satu sen pun duit dia dalam rumah tu, semua duit suaminya.

Ya Allah, mengucap saya, "Itu memang tanggungjawab suami ko pada ko...", ujar saya. Apa yang suami dia tanamkan pada dirinya memang berkesan! Sebab dia pernah cerita bahawa suaminya pernah berkata yang saya terjemahkan seperti ini, si suami menganggap yang si isteri tak membawa keuntungan kepadanya, kerana dia sahaja yang keluarkan duit, si isteri tidak dapat mendatangkan duit! Siapakah manusia ini? Layakkah dia digelar suami? Apa yang difahaminya dengan tanggungjawab sebagai suami? Memang dia ni tak sekolah!

Hari ahad yang lepas, family kandungnya datang melawat, suaminya hanya menunjukkan muka yang masam dan tidak bertegur dengan ibu dan bapanya. Bagi saya itu adalah sangat biadab! its to much! Tak tau langsung menghormati orang tua. Sebelum ini pun sahabat saya pernah bercerita tentang kekurang hajaran suaminya kepada bapanya, tapi saya tak dapat nak ingat dengan baik apa ceritanya, yang saya ingat memang dia ni tak bermoral.

Luahan perasaan sahabat saya, saya dengar dengan hati yang bengkak. Kalaulah membunuh di dunia ini tidak berdosa, maka, saya akan menjadi pembunuh. Terkenangkan kegembiraan kami bersama dari kecil, membesar bersama sahabat saya ini, membuatkan hati saya sedih. Dia gadis yang cantik, yang digilai ramai ke mana pun dia pergi. Jodohnya, dengan suaminya ini. Mungkin ketika ini sahabat saya, hanya nampak hartanya, sifatnya ketika itu, pengaruh suaminya, ataukah sahabat saya di... Wallahualam.

Tapi berbeza sungguh si suami semasa belum berkahwin dengan sahabat saya ini, walaupun ketika itu saya memang agak tidak bersetuju dengan jodohnya ini. Kerana saya melihat dari segi pegangan agamanya, solatnya. Saya tak senang hati. Tapi siapa saya untuk menghalang jodoh yang ditentukan olehNya. Sebelum kahwin, suaminya sangat baik terhadap family sahabat saya. Memang selalu datang rumah sahabat saya bertemu dengan ibu bapanya, menolong segalanya yang boleh ditolong! tapi memang hampeh! Semuanya lakonan belaka!

Teringat saya akan majlis merisik mereka, hari yang cantik itu tiba-tiba turun hujan batu! Allahuakbar, memang tak pernah turun hujan batu sebelum ini di perkampungan itu, detik hati saya adakah ini satu petanda? Doa saya agar semuanya baik sahaja. Dihari pertunangan, ribut melanda sehingga tercabut pokok durian, luruh gugur semua buahnya yg baru berputik, hilang daunnya di bawa angin mengganas. Detik hati saya, adakah ini petanda?

Di hari perkahwinannya, awan hitam mula berarak, tapi berkat doa seorang ibu dan ayah agaknya, Allah menjadikan cuaca cantik semula. Malangnya di hari perkahwinan di sebelah lelaki, rombongan pengantin perempuan yang kebiasaannya akan bersama-sama menjamu selera bersama pengantin (kat johorlakan), dibiarkan begitu sahaja, hanya dijemput menjamu selera di atas rumah, bukan bersama pengantin, membuku hati saya ketika itu sebagai sahabatnya, sedih melihatkan ibu bapa dan saudara terdekatnya yang termanggu-manggu duduk di sofa dan lantai beralas permaidani dan tikar getah, menanti hidangan yang baru dicedok dari periuk di bawah khemah. Bukan makanan cantik seperti makanan untuk makan beradab.

Tau tak hidangan makanan beradap yang terhidang cantik di meja pengantin tu untuk siapa? Untuk gang-gang si suami, cina, india dan entah siapa lagi yang confirm bukan saudara-mara pengantin perempuan. Kemudian abang ipar pengantin perempuan membisikkan di telinga suami saya, ada minum-minum kat bawah. Allahuakbar, Tuhan sahaja yang tahu ketika itu. Apa saya nak kata? Apa saya nak buat? Hanya Allah yang mengetahui akan segalanya. Semua saudara-mara pengantin perempuan hanya berdiam diri. Dan menambah kesadisan di malam itu, pengantin perempuan diserang histeria! Kata 'dukun' si suami, ada orang nak kenakan suaminya, tapi kene pada isterinya. Hurmmmmm.

Itu kisah dulu dan kisah semalam, sahabat saya berharap akan ada perubahan nanti, sentiasa berharap agar Allah memberi petunjuk kepada suaminya, dia berdoa dan terus berdoa. Dia sering juga dengan sengaja membiarkan sejadah terbentang, dengan sengaja meletakkan buku agama di sebelah tempat tidur suaminya, dengan sengaja memasang cd ceramah agama, dengan harapan dapat membuka pintu hati suaminya.

Katanya, di sebalik apa yang saya lihat 'jahat' ada juga kebaikan dari suaminya, tidak semuanya 'jahat', kerana suaminya masih menyediakan makan pakai yang cukup untuk anak-anaknya. "Untuk ko? dia bagi?", soal saya, "ada...", lambat dan teragak-agak. Kemudia dia menyambung, "Masa nak bersalin tu memang aku tak ada duit langsung kat tangan, sekarang adalah... 20 ringgit, takpelah, aku bukan nak beli apa pun", Aduh! Sakitnya hati saya, penuhnya air di mata saya yang menanti untuk tumpah, yang saya tahan demi tak nak menambahkan kesedihan di hatinya.

Dan sehingga saya menulis ini, suaminya masih tidak mahu bercakap dengannya sejak dia balik dari berpantang anak ke dua di kampung, yang mana perginya tidak berhantar, baliknya tidak berjemput. Saya menasihatkan dia agar terus sahaja bercakap dengan suaminya, walaupun ketika ini, dia seperti bercakap dengan dinding batu-bata yang sedang beku, kerana jika tidak saya takut dia tidak mentaati suami, atau bahasa mudah derhaka kepada suami.

Saya juga menasihatkan agar cuba muhasabah diri, lihat kesalahan diri sendiri, biar berat dugaan di duni, semoga ringan di akhirat kelak, dengan harapan kata-kata saya ini sedikit sebanyak dapat meredakan keresahan hatinya. Kerana itu sahaja yang saya mampu untuk menolongnya, dengan nasihat saya, walaupun nasihat itu pahit di lidah saya.

BAHAGIAN 4 : HIKMAHNYA

.:Bahagian 2 - Ujian DariNya Buat Yang Mampu Sahaja:.

Luahan perasaan kawan saya itu membuatkan saya teringat peristiwa-peristiwa yang lepas, bermula dari mula perkahwinannya, 3 bulan usia perkahwinan adalah bulan madu bagi pasangan suami isteri, tapi tidak dia, dia didatangi ujian yang bukan sedikit, tetapi hebat bagi saya. Saya sebagai wanita jika menerima ujian sebegitu, saya tak akan sanggup untuk menerima suami sebegitu.

Melihat video suami sendiri dengan wanita lain, boleh membuatkan hati saya hancur lebur, berkecai-kecai, tak dapat digambarkan. Tapi dia boleh memaafkan suaminya (mungkin tak dapat lupakan). Meneruskan perkahwinannya hingga hari ini. Benci juga saya dengan sikapnya yang begitu, tapi saya tak berada ditempatnya, dan tak tahu apa yang dipikirkannya.

Tau tak macamana suaminya meminta maaf? Pada saya dia memang tak tahu hukum agama atau baginya berzina itu hanyalah dosa yang sangat kecil. Dia hanya minta maaf begitu sahaja, malah sebelum itu sempat mengungkit pelbagai masalah yang di buat oleh si isteri, yang pada hemat saya hanya untuk menutup kesalahannya yang seumpama bangkai gajah itu dengan sehelai daun rambutan!

Sedihya saya bila teringatkan ceritanya bahawa dia pernah keguguran untuk kandungannya yang pertama, tapi yang amat menyedihkan, suaminya tiada disisi, sibuk dengan bisnesnya, hanya ibu bapanya sahaja yang menemaninya. Sehinggalah dia keluar dari hospital.

Menunggu kehadiran cahaya mata memang indah buat bakal ayah dan ibu. Memang dia gembira, tapi diselubungi keperitan yang saya tak tau nak ungkapkan, tapi melihatkan dia, saya memang sangat kagum kerana masih boleh melalui harinya dengan tenang. Tak taula dalam hatinya bagaimana.

Dia pernah dilempang oleh suaminya ketika dia mengandungkan anaknya yang sulung, nasib sempat disambut oleh bapa kandungnya. Kalau tak, saya tak tahulah apa yang akan terjadi. Jika difikirkan semula, betapa beraninya si suami melempang si isteri di dalam rumah tempat tinggalnya dari kecil, di hadapan ibu bapa yang menjaganya, yang mengasuhnya dengan penuh kasih sayang, yang memberinya kehidupan yang sempurna.

Di manakah pula keberanian si bapa ketika itu? Terkesima.... Hanya mampu menghalau si menantu keluar dari rumah. Namun selepas itu, si menantu datang dengan membawa pelbagai buah tangan memohon maaf. Huh! Memang menyakitkan hati saya!

Pernah dia mengadu setelah melahirkan anaknya yang sulung, suaminya menyatakan bahawa kasih sayangnya hanya untuk anaknya sahaja sekarang, dan kerana anak itulah dia suaminya masih bertahan dengannya, apa yang mampu dia katakan? Hanya air mata yang tumpah sebagai tanda luahan hatinya. Sedangkan semasa ankanya di dalam kandungan tiada perhatian di beri. Itu yang pertama, yang ke dua lagilah, dia seorang sahaja yangmenangani anaknya, yang membesarkan anaknya, kasih sayang suaminya hanya dinilaikan dengan wang, umpamanya membayar gaji seorang pembantu rumah, yang perlu menjaga makan pakai si anak.

Si suami juga pernah mengeluarkan ayat lebih kurang seperti ini semasa anaknya yang pertama masih di dalam kandungan "Nasib ada anak tu... kalau tak dah lama dah...", apakah perumpamaan yang boleh diberikan kepada lelaki seperti itu?

BAHAGIAN 3

Sunday, January 23, 2011

.:Bahagian 1 - Ujian DariNya Buat Yang Mampu Sahaja:.

Semalam, seseorang yang amat saya kenali mengadu nasibnya kepada saya, katanya, dia dah tak tahan dengan keadaan rumahtangganya. Dia tak tau nak buat apa dengan perkahwinannya yang semakin suram walaupun usia perkahwinan baru mencecah 3 tahun. Suaminya bersikap dingin dan tidak ambil kisah. Mempunyai 2 orang anak yang comel sepatutnya memberikan kebahagian kepada pasangan suami isteri, tetapi tidak baginya, tanggungjawab menjaga anak diserahkan bulat-bulat kepadanya.

Walaupun dalam keadaan sarat mengandung anak ke dua, dia terpaksa sendirian pergi membuat checkup, ops, bukan sendirian tapi membawa bersama anak pertamanya yang berusia setahun lebih, bayangkanlah macamana keadaan dia menangani semua ini. Suaminya hanya memenuhi tanggungjawab yang berupa kewangan, mungkin suaminya menganggap wang boleh menyelesaikan semua masalah.

Alasan si suami selalunya adalah kerana kerjanya yang tidak menentu, suaminya bekerja sendiri, yang memebuatkan dia tak ada masa untuk keluarga. saya sendiri tak habis pikir, apa yang dia buat sampai 2 - 3 pagi duk dalam kebun? Mungkin menjaga kebun dari dicerobohi (positif).

Kelahiran anak kedua tidak dihadiri oleh si suami, walaupun dalam keadaan pantang, suami hanya datang menjenguk 2 -3 kali, tu pun tanpa huluran tangan untuk membantu isteri yang di dalam pantang, bukan anak nombor dua je si suami bersikap lepas tangan, tapi dari anaknya yang pertama lagi, secara positif thinking, maybe si suami tak reti menunjukkan rasa kasih sayangnya kepada isteri dan anak-anak.

Walaupun begitu, suaminya masih melengkapi keperluan harian mereka, cumanya, keadaan si suami yang suka marah-marah dan bersikap dingin membuatkan jiwa mudanya tertekan. Menjadi ibu di usia muda dengan ujian sebegini memungkinkan seseorang bersikap di luar batasan. Alhamdullillah tidak dengan dirinya. Allah menjadi tempat dia mengadu nasib.

Di akhir bicara kami malam tadi, dia berkata, dia tak boleh tinggalkan suami dia dalam keadaan macam ni, walaupun 3 tahun menderita, sebab dia kesian dengan keadaan suaminya yang tiada landasan agama. Jika disenaraikan dosa besar yang telah dilakukan, hanya membunuh sahaja tiada dalam senarai.

Dia juga takut sekiranya berlaku penceraian, suaminya akan merampas kedua-dua anaknya yang selama ini dijaga dan di belai sepenuhnya oleh dirinya. Inilah yang paling ditakuti olehnya sebagai isteri dan ibu.

BERSAMBUNG BAHAGIAN 2

Saturday, January 22, 2011

.:Berhenti Berfikir, Bukan Berhenti Berdoa:.

Semalam saya membelek-belek entry dalam blog saya yang jumlahnya sangatlah ciput ini, pastu barulah saya perasan post saya sekarang semuanya tentang tempat-tempat yang kitorang pergi, kedai makan yang kitorang terjah, tentang aktiviti yang kitorang buat... Tak der pun post tentang rawatan untuk mendapatkan babykan... yang mana asal pembinaan blog saya ni bertujuan berkongsi masalah saya tentang mendapatkan zuriat...

Buat masa ni saya akan berhenti seketika membuat post yang berkaitan dengan zuriat, kitorang tak nak berfikir tentang masalah ni untuk masa ini, tapi tak bererti kami sudah berhenti berharap atau berputus asa... Cuma nak berehat seketika, lagi pun rawatan seterusnya akan di jalankan bulan April nanti... Tapi, kami akan terus berdoa semoga Allah memberikan jalan mudah buat kami....

Harapan saya, mak, abah, mak mentua, abah mentua, adik-adik saya, adik-adik ipar saya, rakan-rakan saya, dan pembaca blog saya sentiasa mendoakan agar suatu hari nanti Allah akan memakbulkan doa kitorang...

Kepada mereka yang selalu menyoal saya "bila nak dapat anak" jawapan tu tak bocor lagi, Allah simpan sebaiknya... Yang saya tahu, sememangnya ada hikmah di sebalik semua ini...

Jadi bagi mengelakkan saya dari terus berfikir yang boleh membuatkan saya bersedih, maka saya pun membuatlah post yang happening... yang gumbira-gumbira... yang menggumukkan... hahahahaha... Apapun saya harap post2 saya tu sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mencari info yang seangkatan dengan entry dalam blog saya.. Saya akhiri celoteh saya dengan serangkap pantun... ececeh...

Jalan-jalan di tepi paya,
Sambil mengutip si daun pandan,
Bila membaca di blog saya,
Ambil yang baik jadikan teladan....

Manis sidara berbaju kebaya,
Bermain selut mencari lokan,
Bila membaca di blog saya,
Apa yang buruk sila buangkan...